Thursday, 20 May 2010

Salahkah Aku Teman? Tolonglah Jawab...


Salam tengah malam.. Dari tadi lagi (19/5) sejak lepas exam nak update blog tapi tah kenapa takde hati nak tulis. Banyak yang bermain di minda, bergodak di hati namun tak satu yang menarik hati. Membuat diri terasa terawang-awang antara suka, duka, cinta, rindu, sayang dan macam-macam lagi perasaan yang mendatang.

Lebih kurang seminggu, aku cuba lari dari persoalan ini. Lari untuk aku memberi ruang untuk peperiksaanku. Semua berkisar kepada hakikat yang dibincangkan hari itu. Hakikat yang telah banyak disebut-sebut sebelumnya. Aku cuba untuk bertahan, cuba memekakkan telinga, matikan hati dari hakikat itu. Namun akhirnya aku rasa, cukup lah untuk setakat ini..


" Dia rasa fed up dengan sistem yang kau buat,"

" Ramai yang fed up dengan sistem yang kau buat,"

" Dia jadi camni sebab fed up dengan sistem kau,"

" Fahmi jangan buat banyak sistem kat adik-adik,"

" Mu naik jangan buat sistem dah la,"

Untuk sekalian kalinya, aku jua sendiri memujuk hati yang rasa cukup perit, menelan setiap kata-kata itu. Terngiang-ngiang di telinga, menusuk hati, benak yang berfikir, "Salahkah aku?". Salahkah aku, menjalankan tanggungjawab aku apabila diberi amanah itu? Salahkah aku apabila cuba bagi yang terbaik untuk amanah itu? Salahkah aku teman? sahabat?

Seolah-olah semua itu hak aku, milik aku, keputusan aku dalam menentukan sama ada ia diluluskan atau sebaliknya. Inikah yang dinamakan sepakat? Bila baik sama-sama bergembira namun bila ada kelemahan, aku yang dibebankan? Salah akukah teman? Tolong sangat-sangat jawab!

Hakikatnya aku tidak pernah membuat keputusan itu sendirian. Aku hanya mencadang, dan sepakat yang meluluskan. Mencadang apa yang telah aku fikirkan yang terbaik. Namun mengapa, mengapa bila ada kelemahan, kekurangan, aku yang dibebankan?

Hak akukah sistem itu? Hak akukah sistem ini? Setelah diputuskan bersama, masih hak akukah sistem itu dan ini? Bila aku mohon dibincangkan, jawapannya, aku jalankan dahulu, maklumkan kepada mereka. Dan akhirnya aku dibebankan?

Aku buntu memikirkannya. Aku buntu dalam mencari keputusan untuk persoalan ini. Adakah memang ini jalanku? Adakah ini hakikat perjuanganku? Jawablah teman.. Tolong jangan biarkan aku tertanya-tanya begini.. Jika salah, katakan salah. Jika silap, katakan silap. Jika mahu aku berhenti, cakapkan saja.. Biar cukup aku di sini. Tidak lagi menyiksa siapa-siapa, untuk menerima apa pun dariku.

Aku tak kesah, aku mengerti, aku memahami... Bahawa hidupku bukan untuk dikongsi, dimengerti oleh sesiapa pun. Aku tak memaksa untuk menerima apa pun dari ku. Aku tidak memaksa untuk siapa-siapa memberi juga kepadaku. Telah biasa aku memujuk sendiri. Telah biasa aku memberi sesuatu untuk diri sendiri. Telah biasa aku berkongsi dengan diri sendiri sahaja. Namun jangan menyiksaku begini..

Jika tidak mahu, minta sahaja aku pergi.. Jika dah puas, minta sahaja aku pergi.. Jika dah tak memerlukan, minta sahaja aku pergi.. Akan ku pergi.. Tak usah berdalih-dalih lagi.. Kamu hanya menyusukku dengan perit, sakit.. Biarlah aku pergi... Jika itu yang terbaik buat kalian..

Aku tidak kesah lagi hidup dalam duniaku. Kerana memang sudah biasa hidupku di situ. Jangan seksa ku, jangan ganggu aku, jangan salahkan aku lagi.. Dan jangan minta aku datang lagi ke dunia kalian, membina sistem itu atau ini.. Aku sudah serik, aku sudah penat..

4 comments:

Anonymous said...

fahmi............nape ni???

Rushd_ieda said...

Emmm....Sistem & fahmi x dapat dipisahkan..dirimu begitu berharga dik..:-)..
apa kata Ami join mana2 kursus anjuran individu2 yg pakar dalam membuat sistem dalam pengurusan bagi mendapatkan PENGIKTIRAFAN terhadap sistem2 yang Ami rangka..A legal Course!!Dapatkan SIJIL yang DIIKTIRAF!!Why not..zaman skrang zaman LAN..Zaman ISO..Zaman Audit..Zaman SIRIM..barulah hasil pemikiran kita diiktiraf..betul x??..kena dapatkan gelaran sikit Mi..macam datuk2 dapat gelaran AMN..Pingat Diraja lah..

yusra said...

Assalamualaikum,
Maaf untuk mengatakan bahawa saya juga antara orang yang diberi ujian dalam memahami sistem...
InsyaAllah, Fahmi tidak salah... sistem adalah sesuatu yang cukup penting... Apa yang dikata orang mungkin kerana mereka sedikit rasa terbeban, mereka sukar untuk mengerti, mereka perlukan masa...,
Memahami sistem itu seringkali buat orang rasa resah dan gusar, yelah, sebab mindset akan mengatakan bahawa sistem adalah sesuatu yang sukar dan komplikated...
tapi tak mengapa, itu namanya dia sedar dengan tanggungjawab dan dia rasa itu sesuatu yang berat..
tambahan pula, mereka bukanlah dalam kalangan orang yang mengerti sebagaimana orang yang merangka mahupun mempersetujui, pencapaian kefahaman seseorang itukan berbeza...
jangan risau dan usah sedih, ya!, Kamu antara orang terbaik, disebalik yang mengkritik, cubalah kamu tegar menghadapinya,, ayuh jangan down,ya! Doakan banyak2 pada Allah moga Dia menjukki semua orang yang bersamamu dalam jalan indah ini untuk memahami sistem2 itu, InsyaAllah mereka pasti mengerti, yakinlah! ... Kamu x keseorangan,kan? ,Kamu sayang mereka bukan ?
Ingat, fikiran manusia berbeda... Syukurlah atas nikmat kurniaan Allah padamu, Hargailah ia... Syukran
take note : SABAR

fahmi89 said...

syukran sahabat-sahabat atas segala nasihat dan sokongan kepada saya untuk terus bersama dalam perjuangan ini.. syukran jazilan.. (^_^)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...