Monday 28 March 2011

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses perkembangan berlaku mengikut prinsip-prinsip yang telah ditentukan sejajar dengan fitrah kejadian manusia. Prinsip-prinsip ini menjadi garis panduan dalam proses perkembangan manusia dan akan menghasilkan corak perkembangan yang berbeza mengikut tahap perkembangan masing-masing.
 
 
Prinsip pertama adalah proses perkembangan berlaku mengikut turutan dan peringkat tertentu. Turutan ini bermula semenjak lahir lagi. Contohnya perkembangan kognetif kanak-kanak. Pada umur 2-6 tahun, kanak-kanak memiliki pemikiran egosentrik dan transduktif, iaitu hanya mampu berfikir dan melihat dari sudut pandangan mereka sahaja. Mereka tidak mampu melihat perkara yang tersirat dalam sesuatu hal atau keadaan. Setelah berumur 7-12 tahun, mereka mula dapat berfikir secara diduktif dan induktif. Malah mereka mula dapat menyelami perasaan orang lain terutama yang rapat dan selalu bersama mereka khususnya ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

Prinsip yang kedua adalah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada keadaan yang lebih spesifik. Proses ini melibatkan permulaan fungsi umum suatu anggota badan kepada fungsi khusus yang lebih halus dan teliti. Contohnya seorang bayi akan mula menggenggam objek-objek besar seperti jari orang yang lebih dewasa dengan menggunakan seluruh tangan dan jari tetapi apabila semakin membesar, bayi tersebut mula dapat menggenggam dengan hanya menggunakan beberapa jari sahaja. Ini menunjukkan penggunaan seluruh anggota tangan terlebih dahulu sebelum dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang lebih seni seperti jari, tapak tangan, hujung jari, siku, bahu dan lengan.
 
Prinsip yang ketiga adalah pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Proses ini tidak akan terhenti secara drastik dan serta merta. Ia akan berterusan tetapi hanya tahap perkembangan itu sahaja yang tidak sama antara satu sama lain sama ada cepat atau perlahan. Contohnya seorang bayi hanya mampu menggerakan kepala ketika lahir. Setelah itu, bayi tersebut akan mula dapat memutarkan badan, meniarap, menukar posisi badan, merangkak, duduk tanpa bantuan, berdiri dengan bantuan, berjalan, berdiri dengan sendiri, berjalan dengan sendiri seterusnya dapat naik dan turun anak tangga. Ini menunjukkan perkembangan kemahiran-kemahiran secara berterusan. Setiap pencapaian akan menjadi tapak kepada pencapaian yang seterusnya.
 
Prinsip yang keempat adalah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap induvidu. Perbezaan ini berpunca daripada proses pembelajaran dan pengalaman serta interaksi yang dilalui oleh setiap induvidu adalah berbeza.  Perbezaan ini akan melahirkan induvidu yang mempunyai personaliti dan perwatakan yang berbeza. Contohnya, terdapat kanak-kanak yang sudah boleh mula mengeluarkan kata-kata pada usia 6 bulan. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang hanya boleh mengeluarkan kata-kata yang mudah pada usia 9 bulan. Ini menunjukkan tahap perkembangan yang tidak sama antara satu sama lain. Pencapaian di dalam kelas juga berbeza. Terdapat murid-murid yang dapat menguasai pembelajaran dengan cepat manakala terdapat pelajar yang memerlukan masa yang lebih banyak untuk memahami sesuatu.
 

Prinsip yang kelima adalah perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan merupakan proses peningkatan tahap kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada setiap induvidu. Contohnya seorang kanak-kanak memiliki kemahiran menggunakan kaki iaitu bermula dari merangkak, duduk, berjalan, melompat dan akhirnya berlari. Kemahiran-kemahiran ini boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran. Proses pembelajaran adalah suatu usaha untuk meningkatkan kemahiran yang ada sehingga mencapai tahap yang dikehendaki secara berterusan. Kemahiran berlari contohnya dapat dipertingkatkan untuk berlari dengan lebih laju melalui latihan-latihan dan pembelajaran menggunakan alat bantuan sebagai pemangkin untuk mencapai objektif latihan.
 
Rujukan: Mohamad Fahmi Zamri,
Tugasan Perkembangan Kanak-Kanak, 2009.

Friday 25 March 2011

ZoOM In: Moments With My Family... (^_^)

Assalam.. Cuti baru ni sempat Mie jalan-jalan dengan keluarga kat pantai.. Adik Mei yang belajar di Mesir tu ada balik. Tapi ni dah berangkat balik ke Mesir dah.. So, layan jela.. (^_^)
 
 Ni lah adik Mei yang belaajr di Mesir. Nurain Nuha namanya.. Umur 20 tahun.. Ingat kecil-kecil dulu, dia lah body guard Mie. Sebab Mie masa tu kurus kering, selalu kene buli. Dia pulak badan besar, so mana-mana Mie pergi, dialah boday guard Mie..Lawak lak zaman kanak-kanak dulu..hikhikhik..


 Sempat jugak main bola kat sana. Kat rumah terperap je, jadi ada masa main la jugak..hehe
 
 Sekarang dah terbalik dah.. Mie yang besar, dia lak jadi kecik..hahaha
 
 Yang sebelah Nuha tu adik Mei yang no. 5.. Nur Shahida namanya. Umur baru 12 tahun.. Baru ni dapat 8A masa peperiksaan UPSRI. Mie dulu ambil jugak tapi dapat 1A je..hahaha
 
 Yang baju hijau tu sebenarnya anak kawan ayah Mie. Nak ke pantai tu ajak juga dia main skali.. Nama apa tah, lupa suda... Yang baju Hitam tu baru adik Mie.. Anis Husna namanya.. SPM tahun lepas.. Dapat 3A je..Pe pun tahniah jugak..hihi


 Ni tak cukup 2orang...huhu
 

 Bersama dengan mak Mie.. 
 
 Harish tu... hehe.. Punya la marah kalau cakap budak sebaya dia tu kawan dia.. Tapi dalam diam-diam boleh pulak main bola bersama.. Sapelah ajo nih..hikhikhik
 

 Harish + Nuha. 
 
Last snap! Punyalah koya adik Mie nih..Hahaha
 Alhamdulillah.. Detik bersama keluarga ibarat detik syurga dunia. Semoga kebahagiaan kekal hingga ke akhirat..Insya Allah.. (^_^)

Monday 21 March 2011

Rabi'atul Adawiyah Stories: Power Of Muslimah.

Assalam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat je. Hari ni Mie nak share satu cerita yang mengisahkan seorang srikandi yang amat hebat dalam sejarah Islam. Semoga sama-sama beroleh manfaat. (^_^)
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Merupakan anak keempat dalam keluarganya. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau.

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
 
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
 
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
 
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
 
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
 
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
 
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
  
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
 
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
 
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
 
KISAH 2 :
 

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
 
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.
 
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
 
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
 
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
 
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
 
KISAH 3 :
  

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
 
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
 
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
 
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
 
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"
 
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
 
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.
 
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
 
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.
 
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
 
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
 
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
 
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
  
Makam Rabi'atul Adawiyah
Sama-sama berfikir sejernak wahai adam dan hawa, di mana kita jika dibanding dengannya? Mohonlah petunjuk dan inayah dariNya.. Insya Allah..

Welcome Praktikum!!!

Stat 20 Mac hingga 21 April, Mie praktikum.. So kerja-kerja update blog nih agak berkurangan..huhu.. Jadi jumpa lagi.. Insya allah, jika diberikan sedikit ruang, Mie akan update lagi.. (^_^)

Friday 4 March 2011

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


 
Perkembangan merupakan suatu proses semulajadi terhadap diri manusia. Perkembangan ini dipengaruhi oleh dua faktor yang menjadikan setiap menusia mempunyai perwatakan dan personaliti yang berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi kognetif, emosi, fizikal dan sosial. Ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dan tahap yang berbeza dalam proses perkembangan masing-masing. Dua faktor tersebut adalah faktor baka dan persekitaran.

Faktor yang pertama adalah faktor baka. Faktor ini melibatkan kesan genetik terhadap perkembangan manusia. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya ( Haliza Hamzah: 2008). Gen-gen ini tersimpan di dalam lokus kromoson ibu dan bapa kanak-kanak tersebut. Apabila proses pensenyawaan antara spema (telur lelaki) dan ovum (telur perempuan) berlaku, kromoson-kromoson ini akan terjalin dan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pada seseorang induvidu. 

Antara perkara yang dipengaruhi oleh baka ibu bapa seseorang adalah ketinggian, warna kulit, rambut, paras rupa, mata dan bentuk badan. Genetik juga menyimpan sifat-sifat intelektual ibu bapa masing-masing. Ia termasuk potensi, bakat, pemikiran dan tabiat semulajadi ibu bapa masing-masing. Contohnya bakat bermain bola sepak yang ada pada bapa kanak-kanak turut ada pada kanak-kanak tersebut. Ini berlaku terhadap pemain veteren terbaik dunia, Madonna dari Argentina apabila anaknya juga turut berbakat dalam sukan bola sepak.
 
Faktor kedua adalah faktor persekitaran. Ia merujuk kepada pengaruh dan pengajaran yang didapati oleh seseorang melalui pengalaman atau sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Proses ini bermula sejak sebelum lahir lagi dan berterusan sehingga meninggal dunia. Antara unsur-unsur yang menjadi pemboleh ubah dalam faktor ini adalah pengaruh rakan sebaya, media massa, hubungan dan masyarakat, keluarga dan alam sekeliling. Selain itu, terdapat lima sistem yang mempengaruhi persekitaran perkembangan seseorang.
 
Sistem yang pertama adalah mikrosistem. Sistem ini berlaku dalam persekitaran yang paling dekat dengannya serta mempunyai masa yang banyak diluangkan bersama. Contohnya ibu bapa, adik-beradik, rakan, jiran dan guru di sekolah. Sistem yang kedua adalah mesosistem. Sistem ini merupakan perkaitan antara setiap sistem mikrosistem dan mempunyai kesan terhadap interaksi dengan mikrosistem lain. Contohnya interaksi yang baik antara seseorang dengan keluarga di rumah akan mempengaruhi sahsiahnya dengan rakan-rakan lain. Sistem ketiga adalah eksosistem. Sistem ini memperlihatkan proses perkembangan melalui perbezaan pengalaman dengan persekitaran atau peristiwa yang berlaku dan memberi impak kepada keadaan dan persekitaran yang lain. Contohnya kedai makan-sekolah. Suasana di kedai makan yang memiliki kemudahan-kemudahan dan peraturan yang tersendiri mempengaruhi perkembangan emosi dan intelektual kanak-kanak tersebut.
 
Sistem seterusnya adalah makrosistem. Sistem ini memaparkan pengaruh dalam sesuatu masyarakat seperti adat resam, norma-norma, amalan dan pantang larang yang mempengaruhi perkembangan seseorang. Contohnya amalan kebebasan dan demokrasi yang diamalkan di Malaysia memberikan peluang pendidikan kepada semua masyarakat tanpa mengira sebarang perbezaan jantina dan status. Sistem terakhir adalah kronosistem. Sistem ini menekankan perubahan keadaan dan persekitaran setempat dalam satu-satu tempoh masa. Contohnya penggunaan teknologi moden terhadap kanak-kanak zaman sekarang yang amat berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu yang lebih bergantung kepada guru dan buku semata-mata.
 
Sumber: Tugasan Perkembangan Kanak-Kanak oleh Mohamad Fahmi Zamri, 2009.

Thursday 3 March 2011

Hu Sakitnya Kaki...

Assalam.. Pekabo teman-teman? harapnya sihat sahaja.. Mie pun sihat je..cuma kaki nih sakit sgt, sibuk bersukan dalam sukan tara tahun nih.. Mie ni AJK statistik je, cuma penat jugak lah sebab kena bersukan jugak untuk kutip mata u rumah sukan.. Hari nih lari 400m. Fuh punyalah sakit kaki.. Sebenarnya dari semalam lagi sakit, tapi hari nih nak duduk dalam solat pun menyengat-nyengat rasa.. Xpelah..Mungkin ada hikmahnya.. Oklah nak sambung kerja yang tak siap-siap lagi nih..Assalam.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...