Salam.. Semalam setelah habis meting AMT PIM, aku telah mengadakan satu lagi perjumpaan bersama seorang lagi sahabiah dalam usaha untuk membincangkan beberapa isu. Dalam perjumpaan tersebut, banyak yang dikupas dan disyarah. Dari nas Alquran sehingga analogi logik akal, semuanya dikeluarkan, disebut. Dan akhirnya satu resolusi dibuat, iaitu perubahan.
Namun sehingga hari ini, entah di mana perubahan itu. US masih menjadi anjing zionis Israel, memusuhi negara islam yang tidak sehaluan seperti Iran dan Palestin, sama seperti presiden-presiden yang lain sebelumnya. Begitu juga dengan kempen keselamatan jalan raya yang sehingga kini kadar kemalangan masih lagi tinggi.
Banyak lagi contoh-contoh yang dapat kita lihat dan alami saban hari. Sehingga akhirnya kita mula berputus asa, berkerat rotan, berpatah arang dengan harapan-harapan perubahan. Malah kadang-kala perubahan yang digulakan lebih teruk daripada yang keadaan sebelumnya. Semua ini menimbulkan satu persoalan dibenak aku, perubahan ini hanya sekadar retorik atau memang di atas landasan kefahaman?
NAWAITU
Akhirnya aku mendapat jawapannya. Di situlah ibu segala persoalan yang mendatang dibenakku. Nawaitu atau niat merupakan ibu segala setiap apa yang kita buat, sama ada perkara baik atau sebaliknya.
Nawaitu juga yang akan membezakan antara perubahan retorik atau atas dasar kefahaman. Ramai yang mengungkap kata-kata untuk berubah, berhijrah, bertukar dari perkara buruk, jahat kepada perkara baik, mulia namun bukan semua berjaya mencapai matlamat tersebut.
Ada yang tersungkur di tengah jalan. Malah ada yang tersungkur selepas kemenangan mencapai perubahan. Mengapa? Kerana perubahan tersebut bukan kerana kefahaman mengapa perlu dilakukan perubahan, kepentingan perubahan tersebut tetapi hanya sekadar retorik untuk menyelamatkan diri, mengejar kepentingan peribadi, sikap ego dan seumpamanya. Dan akhirnya, perubahan yang dicanang, hilang dari agenda dan diganti dengan agenda memenuhi tuntutan hawa nafsu.
Lihat gambar di atas, walaupun dua bot berada di sungai yang sama, namun masing-masing dengan nawaitu masing-masing. Memperlihatkan kepada kita, betapa pentingnya nawaitu dalam proses perubahan. Perbezaan nawaitu akan menghasilkan perubahan yang berbeza, sama ada retorik atau kefahaman.
Sekian, Salam..
No comments:
Post a Comment