Friday, 4 March 2011

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


 
Perkembangan merupakan suatu proses semulajadi terhadap diri manusia. Perkembangan ini dipengaruhi oleh dua faktor yang menjadikan setiap menusia mempunyai perwatakan dan personaliti yang berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi kognetif, emosi, fizikal dan sosial. Ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dan tahap yang berbeza dalam proses perkembangan masing-masing. Dua faktor tersebut adalah faktor baka dan persekitaran.

Faktor yang pertama adalah faktor baka. Faktor ini melibatkan kesan genetik terhadap perkembangan manusia. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya ( Haliza Hamzah: 2008). Gen-gen ini tersimpan di dalam lokus kromoson ibu dan bapa kanak-kanak tersebut. Apabila proses pensenyawaan antara spema (telur lelaki) dan ovum (telur perempuan) berlaku, kromoson-kromoson ini akan terjalin dan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pada seseorang induvidu. 

Antara perkara yang dipengaruhi oleh baka ibu bapa seseorang adalah ketinggian, warna kulit, rambut, paras rupa, mata dan bentuk badan. Genetik juga menyimpan sifat-sifat intelektual ibu bapa masing-masing. Ia termasuk potensi, bakat, pemikiran dan tabiat semulajadi ibu bapa masing-masing. Contohnya bakat bermain bola sepak yang ada pada bapa kanak-kanak turut ada pada kanak-kanak tersebut. Ini berlaku terhadap pemain veteren terbaik dunia, Madonna dari Argentina apabila anaknya juga turut berbakat dalam sukan bola sepak.
 
Faktor kedua adalah faktor persekitaran. Ia merujuk kepada pengaruh dan pengajaran yang didapati oleh seseorang melalui pengalaman atau sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Proses ini bermula sejak sebelum lahir lagi dan berterusan sehingga meninggal dunia. Antara unsur-unsur yang menjadi pemboleh ubah dalam faktor ini adalah pengaruh rakan sebaya, media massa, hubungan dan masyarakat, keluarga dan alam sekeliling. Selain itu, terdapat lima sistem yang mempengaruhi persekitaran perkembangan seseorang.
 
Sistem yang pertama adalah mikrosistem. Sistem ini berlaku dalam persekitaran yang paling dekat dengannya serta mempunyai masa yang banyak diluangkan bersama. Contohnya ibu bapa, adik-beradik, rakan, jiran dan guru di sekolah. Sistem yang kedua adalah mesosistem. Sistem ini merupakan perkaitan antara setiap sistem mikrosistem dan mempunyai kesan terhadap interaksi dengan mikrosistem lain. Contohnya interaksi yang baik antara seseorang dengan keluarga di rumah akan mempengaruhi sahsiahnya dengan rakan-rakan lain. Sistem ketiga adalah eksosistem. Sistem ini memperlihatkan proses perkembangan melalui perbezaan pengalaman dengan persekitaran atau peristiwa yang berlaku dan memberi impak kepada keadaan dan persekitaran yang lain. Contohnya kedai makan-sekolah. Suasana di kedai makan yang memiliki kemudahan-kemudahan dan peraturan yang tersendiri mempengaruhi perkembangan emosi dan intelektual kanak-kanak tersebut.
 
Sistem seterusnya adalah makrosistem. Sistem ini memaparkan pengaruh dalam sesuatu masyarakat seperti adat resam, norma-norma, amalan dan pantang larang yang mempengaruhi perkembangan seseorang. Contohnya amalan kebebasan dan demokrasi yang diamalkan di Malaysia memberikan peluang pendidikan kepada semua masyarakat tanpa mengira sebarang perbezaan jantina dan status. Sistem terakhir adalah kronosistem. Sistem ini menekankan perubahan keadaan dan persekitaran setempat dalam satu-satu tempoh masa. Contohnya penggunaan teknologi moden terhadap kanak-kanak zaman sekarang yang amat berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu yang lebih bergantung kepada guru dan buku semata-mata.
 
Sumber: Tugasan Perkembangan Kanak-Kanak oleh Mohamad Fahmi Zamri, 2009.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...