Wednesday 23 December 2009

Warga Malaysia Dalam Bahaya!


Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je.. Cuti pun dah tak lama dah. Tinggal dalam sepuluh hari je lagi.. Huhuhu.. Camne la tahun depan er? Harap-harap lebih baik dan islam terus bersinar dengan lebih terang..

Korang tahu tak? Warga Malaysia sekarang ni, ramai dalam bahaya dan bahaya ni kalau tak dicegah, akan memudaratkan seluruh warga Malysia. Ni adalah dari pengalaman aku semasa bekerja kat kedai makan pak saudara aku.

Rata-rata pelangan yang datang, mesti ada satu sifat yang cukup tak baik iaitu suka membazir dan pengotor. Setiap kali aku bersihkan meja, mesti ada makanan yang tidak dimakan lagi. Kadang-kadang nasi tu, hilang sikit je.. Lebih parah apabila tak sentuh langsung. Aku rasa cukup sedih. Terbayang jika hidangan tersebut berada di Kemboja, Palestin, Sudan atau mana-mana tempat dimana kebuluran menjadi musuh nombor satu. Tetapi rakyat Malaysia tidak mengerti ini. Kerana leka dengan nikmat yang melimpah ruah. Aku bimbang, jika ini berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti, Allah akan turunkan bala dengan sebab sifat yang buruk ini.



Kedua sifat pengotor. Aku paling geram perokok. Dah la mencemarkan udara. Pernah sekali aku naik selsema sebab asap rokok tu banyak sangat masa sorang mamat tu nak bayar. Lepas dah hisap tu, buang puntung rokok bawah meja. Punya la bangang. Bagi aku, perokok ni bodoh tahap cipan la. Dah la memendekkan umur, menyusahkan orang pulak. Mementingkan diri dan memang tak layak hidup dalam masyarakat. Sebab bodoh sangat. Aku doakan golongan yang dah bangang ni akan mendapat hidayahNya.

Oklah, nak sambung kerja lak ni. Tinggal hari ni dan esok lagi aku kerja. Semalam sakit perut. Separuh hari je kerja.. Hehehe.. Salam

Saturday 19 December 2009

Salam Maal hijrah 1430...


Salam Maal Hijrah 1430 kepada semua umat islam di seluruh dunia..

Selamat Hari Lahir Awak...


Salam.. Hari ni hari lahir si dia.. Selamat hari lahir diucapkan.. Semoga hidup mendatang akan lebih baik dan sentiasa dalam limpahan hidayah dan keredaan ilahi.. Amin..

Wednesday 16 December 2009

Dia Ulama, Dia Pemimpin..


... "Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"...

..."Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu. ...

Dipetik daripada http://www.malaysiakini.com/news/119889

Bagi diriku, cukup hebat seorang manusia ini. Dialah segala-galanya. Bermula seorang anak, menjadi seorang ayah, berterusan menjadi ulama dan sehingga kini menjadi pemimpin. Prinsipnya tetap sama sejak bermulanya beliau mula berjuang dahulu. Namun aku pening, mengapa masih ada yang sanggup menfitnahnya. Di sini aku dapat simpulkan, itulah ujian seorang pejuang. Penuh mehnah dan tribulasi. Aku doakan beliau kuat berjuang di sana. Dan aku diberi kekuatan untuk mencontohinya.

Monday 14 December 2009

I Got To Work!


Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap ok je.. Aku sekarang ni sedang kerja kat restoran pak saudara aku. Huhu penat jgak la tapi oklah.. Puas-puas duduk kat rumah.. Tapi xde banyak kesempatan la nak update blog.. Huhu..

Kawan-kawan wakpe cuti-cuti ni? Aku rase ramai yang bina badan je kot.. Wakaka..

Oklah.. Tata

Tuesday 8 December 2009

Sayanglah Saudaramu Kerana Agamanya...

Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je.. Aku pun sihat jugak.. Bertambah sihat la time cuti ni.. wakaka

Em baru-baru ni aku ada 'berjumpa' dengan sorang sahabatku dalam handphone (bergayut). Dia mengatakan aku ni dah banyak berubah dan makin lama kami cam dah xde 'chemistry'. Aku tak faham ye dan ye pun xfaham aku. So ye cakap lebih baik kalau kami just kawan cam bese je.. Aku pun dengar la dulu pe penjelasannya.. Sorang daie kene pandai dalam kemahiran mendengar kan.. (^_^)

Akhirnya aku dapat satu kesimpulan, dan kesimpulan ni memang Rasulullah dah rakam dalam hadisnya. Cuma saat ni aku diberi peluang untuk menyaksikan kebenarannya.

" ... jika kita hendak mencari teman di dunia, carilah kerana agamanya..."

Begitu la lebih kurang maksudnya. Aku pun tak ingat sangat (otak lembab!). Benar, dalam kita mencari teman, malah bagi aku apa saja dalam dunia ni, first skali kene check kat niat kita. Dan aku belajar dari kesilapan lalu, yang mana niat aku mencari teman dan apa sahaja dalam hidup mesti berfaktorkan kepada perkara-perkara yang fana ( perkara yang idak kekal). Contohnya disebabkan comey ke, molek ke, pe2 jela.. Namun Alhamdulillah, Allah memberi cahaya hidayah untuk aku sedar, semua itu hanya sementara.

Semua ini mengajarku, perlunya aku berubah kepada lebih baik. Cam moto hidup akula.. "Today is better than yesterday" .. Cuma tak amal.. Wakaka.. Pe pun aku berazam dan insya allah aku akan beramal denganya. Cakap je tak jadi kan?

Sahabat, maafkan aku jika perubahan ini mengejutkanmu.. Aku terpaksa demi mencari keredaanNya.. Namun dikau usah risau, janjiku pada dirimu tetap aku akan tunaikan dengan izinNya. Bercinta bukan hanya di dunia tetapi juga di syurga sana. Cinta yang tidak fana..

So, lepas ni kalau tak sayang, nak suka, nak benci, nak suam-suam pun, buatlah kerana Allah.. Sekian, trimas... tata

Sunday 6 December 2009

Apabila Tanggungjawab Datang .....


Tanggungjawab! Semua orang ada tanggungjawabnya yang tersendiri. Memang aku sendiri pun tak boleh nak lari dari tanggungjawab. Dah jadi cam darah daging kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Kan? hihi..

Hari demi hari, aku merasakan tanggungjawab aku makin besar dan membesar cam baby yang baru lahir. Dari hari pertama lahir dan seterusnya, makin membesar dan membesar. Tapi aku merasakan aku masih kecil dalam menerima tanggungjawab yang mendatang ni.. Cam dalam gambar kat atas ni, aku diibaratkan sebagai tangan kecil yang sedang cuba untuk memegang dunia iaitu tanggungjawab yang mendatang. Dengan kemampuan yang terhad, kita terpaksa menjalankan tanggungjawab yang besar. Kita terasa penat, lemah, putus asa dan sebagainya..




Namun itulah hakikatnya, ia seperti gambar ni plak.. Tanggungjawab yang kita dapat tu sebenarnya kecil lagi dari kemampuan kita.. Jika kita berfikir sejenak, kita akan mula menyedari sebenarnya kemampuan kita lebih besar berbanding tanggungjawab yang diberikan. Allah hanya menguji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Betapa kasihnya Allah kepada kita..

Jadi, apa pun tanggungjawab yang diberi atau diamanahkan kepada kita, janganlah kita mengeluh. Kerana ujian itu merupakan tanda Allah sayang kepada kita dan penghapus dosa-dosa..

Wednesday 2 December 2009

Dapat Kereta Baru!!!



Salam.. Pekabo kawan-kawan? Aku kat sini sihat je.. harap-harap kawan-kawan pun sihat jugak.. Amin.. Wakpe cuti-cuti ni? Yang pasti ramai la yang bina badan.. Nak-nak yang tinggal sebelah pantai timur ni, sebab hujan je.. hehehe

Semalam aku dapat kereta baru.. Tapi secondhand je.. Hehehe.. Kereta kancil je.. Mak aku la yang beria-ria nak beli walaupun ayah aku xnak beli.. Ayah aku memang camtu.. Semua kat kepala, kat mata dia je betul. Orang lain kene terima je pe ye cakap.. Tu yang aku kureng sket gan ayah.. huhuhu..

Bagi aku, sebenarnya aku belum bersedia nak pakai kereta walaupun nak sangat.. Sebab aku nak kumpul duit dulu time belajar ni.. Kalau pakai kereta, kos hidup aku akan makin tinggi la.. Nampak gayanya aku dah kene start cari duit sket-sket.. Tapi tak tahu la nak cari camne.. Time cuti ni leh la keje sket-sket.. Insya allah start 7 hb ni aku akan start keje kat kedai Pok Lim, pak saudara aku..Pe pun, aku terima je, dah orang bagi.. Terima kasih mak.. Hihihi

Em cuti-cuti ni, aku agak kurang contact si dia tu.. Di samping sebab aku sibuk dengan kerja-kerja membuat pelan dan sistem untuk kelab aku tu, aku jugak xde duit time-time cuti ni.. Duit aku ada dengan kawan-kawan.. Sem depan aku xnak bagi pinjam dah kat kawan-kawan.. Susah sangat.. Huhuhu..

em oklah, hujan masih turun dengan lebat ni.. aku ingat nak keluar tengok monsun cup daa.. Salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...