Tanggungjawab! Semua orang ada tanggungjawabnya yang tersendiri. Memang aku sendiri pun tak boleh nak lari dari tanggungjawab. Dah jadi cam darah daging kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Kan? hihi..
Hari demi hari, aku merasakan tanggungjawab aku makin besar dan membesar cam baby yang baru lahir. Dari hari pertama lahir dan seterusnya, makin membesar dan membesar. Tapi aku merasakan aku masih kecil dalam menerima tanggungjawab yang mendatang ni.. Cam dalam gambar kat atas ni, aku diibaratkan sebagai tangan kecil yang sedang cuba untuk memegang dunia iaitu tanggungjawab yang mendatang. Dengan kemampuan yang terhad, kita terpaksa menjalankan tanggungjawab yang besar. Kita terasa penat, lemah, putus asa dan sebagainya..

Namun itulah hakikatnya, ia seperti gambar ni plak.. Tanggungjawab yang kita dapat tu sebenarnya kecil lagi dari kemampuan kita.. Jika kita berfikir sejenak, kita akan mula menyedari sebenarnya kemampuan kita lebih besar berbanding tanggungjawab yang diberikan. Allah hanya menguji umatnya mengikut kemampuan umatnya. Betapa kasihnya Allah kepada kita..
Jadi, apa pun tanggungjawab yang diberi atau diamanahkan kepada kita, janganlah kita mengeluh. Kerana ujian itu merupakan tanda Allah sayang kepada kita dan penghapus dosa-dosa..
No comments:
Post a Comment