Tuesday 24 May 2011

Kanak-Kanak Sedang Diserang!!!

Kanak-kanak, merupakan generasi yang akan mewarnai dunia di masa hadapan. Semenjak dahulu lagi, kanak-kanak sudah mula diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Sejarah telah menceritakan, bagaimana tamadun terawal di dunia, Mesir Purba sejak mula lagi telah melihat potensi yang ada dalam diri kanak-kanak. Kisah Nabi Musa yang diselamatkan oleh permaisuri Firaun ketika itu dan seterusnya dilatih sehingga menjadi seorang menteri dalam kerajaan firaun. Begitu juga dalam sejarah Kerajaan Rom dan China yang melihat pembangunan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan negara.

Senario itu tidak terhenti malah semakin hari pembangunan kanak-kanak semakin diberi perhatian oleh seluruh kerajaan di dunia. Setiap negara melaburkan sebahagian besar ekonomi negara untuk pembinaan kanak-kanak mengikut acuan falsafah negara masing-masing. Namun hari ini, sedar atau tidak, proses pembentukan kanak-kanak bukan sahaja bermula dari tangan ibubapa dan kerajaan, malah sudah merebak ke organisasi yang sedang berusaha untuk menguasai dan membina dunia baru mereka, FREEMASON dan ILLUMINATI!
 

Sedar atau tidak, kanak-kanak hari ini sedang diproses dengan pelbagai agenda dari kedua-dua organisasi syaitan Zionis Dajjal ini. Anda pasti pernah melihat program Tom Tom Bak di saluran ASTRO ceria bukan? Program yang mengumpul kanak-kanak di Malaysia dan diberi peluang untuk berinteraksi di hadapan kaca kamera. Anda sudah tentu akan melihat kanak-kanak juga diberi peluang beraksi di pentas untuk menyanyi, menari persis artis-artis dan selebriti. Dengan gaya lenggok solekan yang tidak lagi mencerminkan seorang kanak-kanak. Malah inilah yang dikatakan BAKAT! 
 

Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi program yang berobjektifkan hiburan mula menyerang kanak-kanak seperti program Bintang Kecil, Kamilah Bintang, Idola Kecil mula tumbuh bak cendawan selepas hujan. Diawal usia lagi, kanak-kanak sudah didendangkan dengan pelbagai hiburan yang jauh dari batasan syariat. Malah ibu bapa seperti dipukau, hanya membiarkan anak-anak mereka terkinja-kinja di pentas, dilihat seluruh pelusuk dunia. Aurat bukan lagi perkara penting. Lebih dahsyat, ibu bapa juga dilihat sama rosaknya dengan memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing.


Hakikatnya kanak-kanak sedang diproses dalam acuan yang ditukangkan oleh musuh-musuh islam dengan matlamat SEKS dan HIBURAN MELAMPAU! Kita dapat lihat juga, bagaimana kanak-kanak dilatih semenjak kecil untuk mendekatkan diri dengan seks dan zina. Terbaru iklan promosi TESCO yang bertemakan dua orang kanak-kanak meminati antara satu sama lain setelah kanak-kanak perempuan tersebut tertarik dengan kanak-kanak lelaki. Secara tersiratnya, dapat kita lihat bagaimana musuh-musuh islam menggunakan jarum yang cukup tajam untuk membuang perasaan malu yang ada dalam diri kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak hari ini juga sedang diserang dari segenap sudut melalui makanan dan teknologi permainan terkini. Jika dahulu kanak-kanak tidak akan lekat untuk berada di dalam rumah, namun hari ini boleh dibilang kanak-kanak yang bermain di luar rumah. Kebanyakannya hanya sibuk beraksi di hadapaan permainan video yang hangat di pasaran kini seperti komputer, PS2, PS3, PSP dan sebagainya. Tiada lagi dalam kamus kehidupan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan di luar. 

Dan makanan mereka tidak lain adalah makanan segera yang bersepah-sepah hari ini. Sebut sahaja KFC, MacD, Pizza Hut, Starbuck, A&W, kanak-kanak mana yang tidak mengetahuinya. Ditambah dengan kesibukan ibubapa dengan kerjaya masing-masing dan kemudahan penghantaran ke depan pintu rumah, ia menjadi pilihan utama kanak-kanak masa kini. Dan hari ini kita dapat melihat pelbagai masalah yang melibatkan kanak-kanak mula timbul. Terbaru, isu obesiti dan penyakit kronik seperti deabetis, jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak semakin meruncing dan mencemaskan.

Semua ini adalah tidak lain adalah untuk melemahkan kanak-kanak khususnya kanak-kanak islam. Ini kerana musuh-musuh islam sedar, kanak-kanak ini akan menentang mereka apabila mereka dewasa jika mereka tidak dididik dengan dakyah-dakyah dan agenda-agenda mereka. Kanak-kanak dilalaikan dengan hiburan dan permainan, ditanam pemikiran untuk bercita-cita dengan dunia, kerjaya dan kekayaan yang langsung hilang pertimbangan akhirat dan agama. Oleh itu, menjadi satu kewajiban kepada semua pihak khususnya ibu bapa, guru dan pihak kerajaan sendiri. 

Wahai muallim-muallim sekelian, bangkitlah kalian untuk menyelamatkan kanak-kanak hari ini. Gunakan segala peluang yang ada untuk menyedarkan dan menyelamatkan mereka dari gelombang kehancuran ini. Kita sudah diberikan peluang oleh Allah, bukan untuk hanya sekadar menikmati hasil gaji dan bonus, namun apa yang paling utama adalah membina jiwa-jiwa kanak-kanak yang cintakan agama, cintakan keamanan dan cintakan kepada Yang Maha Esa.


Sunday 22 May 2011

Sayyid Qutb: Contoh Terbaik Pendukung Gerakan Islam

SAIYID Qutb Ibrahim as-Syazili, dilahirkan pada 9 Oktober 1906M/21 Rejab 1324H di Asyut iaitu antara desa/bandar terbesar di Mesir yang mempunyai sebuah universiti terkenal di situ.
 
Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni tanah air di Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan, pemikir Islam yang ulung dengan beberapa buah pemikiran dan idea yang cukup bernas dalam menangani isu-isu masyarakat yang dijelmakan ilhamnya itu dalam bentuk penulisan menerusi beberapa karya agungnya yang tersohor.
Saiyid Qutb yang cukup terkenal dengan idea-idea bernas mengakui bahawa beliau terpengaruh dengan pendekatan Parti al-Wafd yang banyak menghasilkan tulisan idea pemikir tersohor ketika itu, iaitu Abbas Mahmood al-Aqqad. Abbas banyak mengkritrik pemerintah pada waktu itu dengan pendekatan yang bukan sahaja tidak selari dengan selera rakyat, malah lari daripada pentadbiran negara berasaskan Syariat Islam.
Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul Uloom, Universiti Kaherah pada 1933, Saiyid Qutb ditawarkan menjadi pensyarah di situ dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir (RM6)sebulan.
Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam pembelajaran subjek Kesusateraan Arab di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Di situlah timbul minat mendalam beliau untuk menulis mengenai subjek berkenaan dan berjaya menghasilkan sebuah buku mengenainya bertajuk "Kutb wa as-Syahsiyyat" (Buku-buku dan tokoh-tokoh ternama).
Kemudian beliau melebarkan bakatnya dalam alam penulisan dengan menghasilkan buku "at-Taswir al-Fanni fi al-Quran" yang mendapat sambutan hangat di kalangan sasterawan pada ketika itu.
Kecenderungan kepada Ikhwan Muslimun
Saiyid Qutb dipilih oleh Kementerian Pelajaran sebagai salah seorang anggota delegasi Mesir menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Fundamental Silibus pada 1948 iaitu tahun yang sama kematian Pengasas Gerakan Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna yang ditembak mati di Mesir.
Kematian Imam Hasan amat mengesankan sesetengah rakyat Amerika, berkebetulan Imam Hasan merupakan rakan sekelas dengan beliau ketika menuntut di Universiti Kaherah, namun beliau tidak pernah rapat dan mengetahui perjuangan yang beliau dukungi itu.
Saiyid Qutb bertambah hairan, bagaimana kematian Imam Hasan di Mesir, tetapi disambut besar-besaran di Amerika, di situlah beliau mula cuba menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya melalui Ikhwan Muslimun.
Beliau semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimun merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah, rakyat seluruhnya, malah mampu membentuk peribadi mulia di kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.
Beliau tidak menunggu lama, sekembalinya daripada Amerika, beliau menulis sebuah buku mengenai "Amerika yang aku lihat sendiri dari dalam", begitu juga buku tulisannya mengenai hari kiamat sudah mula diterima oleh pendukung-pendukung Ikhwan Muslimun setelah beliau menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara aktif sebagai anggota Ikhwan. Beliau mahu menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Hasan untuk membawa umat berpegang kepada Islam, walaupun tidak sempat bersama dengan Imam semasa hayatnya.
Cintanya kepada perjuangan Islam yang diasaskan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna semakin menebal dalam sanubarinya. Beliau tidak menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah pun diaktifkan ketika sama-sama menuntut di universiti. Kisah ini terjadi pada 1952 ketika Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan Muslimun tetapi tidak berjaya.
Beliau yang masih bertugas di Kementerian Pelajaran selepas pulang daripada Amerika sudah mula dihidu oleh pihak tertentu di kalangan rejim Presiden Jamal Abdel Naseer. Beliau sering ditukarkan dari satu pejabat ke pejabat yang lain, dari satu daerah ke satu daerah yang lain bertujuan untuk menekannya, akhirnya beliau menghantar surat perletakan jawatan sebagai pegawai pendidikan pada 15 Oktober 1952.
Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, keadaan kehidupan masyarakat dan suasana politik semakin buruk. Kesempatan itu diambil peranan oleh Ikhwan Muslimun untuk melakukan islah dan pemulihan terhadap sistem pentadbiran negara, ekonomi institusi kemasyarakatan untuk dikembalikan kepada Islam.
Saiyid Qutb sebagai salah seorang anggota Ikhwan menulis beberapa buku berkaitan dengan Islam, antara lain buku mengenai "Keadilan sosial dalam Islam" yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dan diulang cetak hingga beberapa kali.
Ditangkap dan digantung sampai mati
Presiden Jamal Abdel Naseer dikatakan gagal dalam percubaan untuk membunuhnya pada 1954 oleh pihak tertentu (dan mungkin juga ia satu provokasi). Namun dikatakan bahawa yang menjadi dalang kepada percubaan membunuhnya itu adalah Ikhwan, walaupun pihak berkenaan tidak mempunyai yang menunjukkan mereka terlibat.
Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan penangkapan besar-besar teradap anggota Ikhwan, salah seorang daripadanya ialah Saiyid Qutb. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dengan menerima pelbagai bentuk seksaan yang tidak pernah dibayangkan beliau sebelum ini.
Penahanan Saiyid Qutb dalam penjara mendapat perhatian mantan Presiden Iraq ketika itu, iaitu Jeneral Abdel Salam Aref yang meminta Presiden Jamal agar membebaskannya. Permintaan itu ditunaikan, Saiyid Qutb dibebaskan pada 1964.
Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau sekali lagi ditangkap dan dituduh menghasut rakyat untuk membakar pusat-pusat makmal sebagai tanda untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Jamal Abdel Naseer.
Pada 29 Ogos 1966, Saiyid Qutb dan tujuh anggota Ikhwan yang lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah adiknya iaitu Muhammad Qutb yang akhirnya dibuang daerah dan menetap hingga kini di Arab Saudi.
Sebelum menjalani hukuman, Saiyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. malam sebelum digantung. Beliau menunggang kuda putih dan Rasulullah s.a.w. bersalam dengannya dan menegaskan bahawa bertenanglah wahai Saiyid, sesungguhnya kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid pada jalan Allah.
Beliau telah meninggalkan satu contoh terbaik kepada pendukung gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah, di samping meninggalkan karya-karya agung dalam bidang sastera, agama dan rencana-rencana yang menyentuh jiwa, sanubari dan pemikiran manusia.

Tuesday 17 May 2011

Analisa Menarik! Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman

Assalam.. Hari ni Mie nak share satu buku yang cukup best. " Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman" karangan Prof Dr Shaharil Mohd Zain.


Buku yang mengesahkan satu kajian analisa yang dijalankan oleh seorang pakar sains dan matematik kelahiran kelantan, Prof Dr Shaharil Mohd Zain. Menurut beliau, analisis ini dibuat berdasarkan menurut perspektif sains dan matematik berkenaan bagaimana seorang pemimpin memimpin sebuah kerajaan berteraskan islam terus bertahan sehingga kini yang menjangkau usia 20 tahun.

Malahan, kepimpinan Tok Guru juga mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Terbaru, duta baru Amerika ke Malaysia, Paul W Jones telah mengunjungi Tok Guru di pejabatnya di Kota Bharu. Sedikit jawapan dari satu soalan lazim yang ditanya kepada seseorang pemimpin, "Bagaimanakah Yang Berhormat memulakan kehidupan setiap hari?" Tok Guru segera menjawab bahawa seperti juga umat Islam yang lain, dia memulakan kehidupan setiap hari dengan solat Subuh, selepas itu dia memastikan tiba di pejabatnya pada jam 8.00 pagi, sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Jawapan ringkas itu serta mengetahui kehidupan Tuan Guru yang serba sederhana itu, duta tersebut merasa kagum. Kemudian mereka berbincang mengenai politik di mana Tuan Guru mengkritik dasar Amerika terhadap Palestin.

Pernah suatu masa dulu seorang wartawan Jerman yang bertemu Tuan Guru di rumahnya di Pulau Melaka begitu kagum apabila mendapati Tok Guru yang merupakan seorang ketua kerajaan menjalani kehidupan sederhana dan tiada beza berbanding masyarakat kampung lain. 

Tok Guru juga pernah menerima kunjungan Duta Brazil ke Malaysia, TYT. H.Y.T Sergio Barcellos Telles dan Duta EU ke Malaysia (klik di sini), Marc Barety bersama 14 orang peserta dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania,Italy, Denmark dan Findland (klik di sini). 

Begitulah bagaimana susuk tubuh ini diberi pengiktirafan oleh dunia namun difitnah nista di negara sendiri. (klik di sini). Sama-sama kita doakan semoga Tok Guru terus diberi kekuatan dan inayah dari Allah dalam memimpin umat islam Kelantan khususnya serta Malaysia dan dunia amnya.. Insya Allah.. Allahu Akbar!!!

Monday 16 May 2011

Exam Week!!!

Assalam.. bermula minggu ni hingga minggu hadapan, Mie akan menduduki peperiksaan.. Jadi.. Kepada sesiapa yang melawat blog Mie ni, Doakan Mie dapat jawab exam dengan baik.. Ok nak sambung study yang xabis lagi..Assalam.. (^_^)

Thursday 12 May 2011

Buah Manggis & Islam

Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit di kampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
 
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah seperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit di situ.
 

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan di antara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
 

"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawapan kepada beberapa soalan tentang Islam yang disoal oleh Ah Seng.
 

"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat dengan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"
 

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.
 

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar di kalangan orang Melayu.
 

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.
 

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.
 

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.
 

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.
 

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.
 

"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ada saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."
 

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.
 

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"
 

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."
 

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.
 

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.
 

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yg dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalau kamu tengok. Kamu tenung lama-lama, ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu boleh komen kalau kamu nak."
 

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.
 

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.
 

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."
 

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."
 

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yg diperintah itu kamu akan melihat keputihannya. Kesuciannya. Kemanisannya. "
 

Ah Seng terdiam dgn penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

Tuesday 10 May 2011

Harga Gula Naik Lagi!!!

Baru je dapat 'nikmat' harga minyak RON 97 naik, ni pulak harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Alasan langkah ni diambil adalah untuk penyelarasan subsidi yang akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
 
Bila dah naik naik tu, mula lah membandingkan harga runcit di Malaysia masih murah berbanding negara jiran lain.. Nilah apa punye sengek la pemimpin hari ni. 
 
Ni nak bagitahu sikit! BETUL harga di negara jiran lebih mahal tapi kerajaan dorang tak cari makan dengan cukai lain.. Di Thailand contohnya, jalanraya FREE je dari Sungai Golok sampai ke sempadan Kemboja. Ada tol kat Bangkok je, tu pun untuk jalan bertingkat. Jalan biasa FREE je... Tambah lak insuran kenderaan amat murah beb! Bayangkan, Mie ke Thailang hari tu, RM80 je setahun. Kereta lak bukan Produa Kancil, Toyota Inova la... Kalau kat Malaysia, RM4k la jawabnya... Tak caya? pergi la sendiri...
 
Pe pun, time kasih pak menteri. Slogan anda amat bermakna, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Trimas jugak kat pengundi pak menteri nih.. Kita kira kat akhirat ye! Undi anda sudah menzalimi kami. MEKASIH!!!

Monday 9 May 2011

The Arrivals Series - PART 6


 

The Arrivals Series - PART 6 (PEPERANGAN TENAGA MANUSIA)

Sunday 8 May 2011

Friday 6 May 2011

Tuesday 3 May 2011

Osama Dead?


Assalam.. Ni Mie dapat dari sorang kawan.. Betul @ salah.. Allah yang Maha Mengetahui..

Monday 2 May 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...