Friday 29 January 2010

Terima Kasih Ya Allah..

Salam teman-teman. Apa khabar semua? Harap-harap sihat je.. Aku di bumi Kelantan ni sihat je. Cuma cam biasalah, sibuk sikit dengan aktiviti-aktiviti yang sedikit sebanyak sedang cuba mematangkan aku.. hehe..

Terima kasih Ya Allah, yang telah banyak membantu memudahkan urusan-urusan yang kadang kala mencabar akal warasku. Sama ada yang tersurat dan yang tersirat. Aku sejak masuk menyambung belajar di IPG ni banyak sibuk dengan jemaah dan persatuan yang masing-masing menuntut komitmen yang tinggi. Namun Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak urusan aku.


Saturday 23 January 2010

Wajah Permulaan Senyum

Salam teman-teman.. Pekabo? Harap-harap semua sihat je.. Aku pun sihat jugak.. hihi.. Alhamdulillah, malam ni aku diberi kesempatan untuk mengupdate blog aku setelah agak lama aku tidak berkesempatan. Hari-hari yang berlalu dipenuhi dengan kesibukan study dan berpesatuan. Tambah lak wifi kat IPG aku tu dah cam kene masuk virus je.. hehe

Em kawan-kawan, cuba tengok gambar kambing kat atas tu, happy je kan? Walaupun mungkin tu senyumannya yang terakhir sebelum disembelih tapi dengan senyuman itulah, semuanya seolah olah menjadi indah. Teringat beberapa hari yang lepas seorang sahabatku bertanya, bagaimanakah nak buat orang nampak kita friendly? Aku pun jawablah, cuba buat iras muka tu, cam permulaan nak senyum. Pe pendapat korang? Aku pun dalam proses praktik ni.. Hehehe

Namun aku akui, senyuman merupakan ubat yang cukup mujarab dan juga boleh menjadi senjata yang cukup ampuh. Dengan senyuman kita dapat melembutkan hati seseorang dan dengan senyuman kita dapat menyembunyikan apakah isi hati kita, kan? Best jugak senyuman ni.. hehe

Dalam hidup yang agak sibuk ni, aku banyak belajar tentang kehidupan. Bila mana setiap daripada kita akan cuba untuk membuatkan semua orang di sekeliling kita mengerti dan memahami setiap mesej yang kita ingin sampaikan. Namun tidak semua mesej tu dapat difahami dengan baik. Aku pun naik hairanlah, kenapa la susah sangat orang di sekeliling aku ni nak faham? Atau buat-buat tak faham? Aku pun tak tahu. Mungkin kerana cara aku berfikir agak lain daripada orang lain. Yup, mungkin dan itu mungkin satu kemungkinan yang paling tepat.

Namun itu bukan satu alasan untuk tidak memahami. Aku akan mula bertanya, mengapa begini dan mengapa tidak begitu? Perlukah terjadinya begini dan mengapa tidak terjadi begitu? Huhu penat nak jawab. Jadi resolusinya, biarlah aku sendiri yang memahami apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa isi hati aku, perasaanku. Mungkin hanya itu yang dapat menenangkan jiwa ini. Walaupun jauh di sudut hati masih mahukan sesiapa di luar sana mengerti dan memahami. Hihi lawak lak fikir balik.


Kesibukan ini juga mengajar aku untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah aku lalui. Aku pun kadang-kadang tidak mengerti mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Namun di sana aku mendapat guru yang lebih baik iaitu pengalaman. Guru yang mengajarku banyak perkara dalam kehidupan. Guru yang telah membentuk diriku hari ini. Tq.. hihi

Oklah, teman-teman, salam..

Friday 22 January 2010

Happy Birthday To My Father...


Selamat hari lahir diucapkan kepada ayahku..

Semoga Sentiasa Mendapat Hidayah dan Diselimuti oleh Keredaannya.. Amin..

Sunday 17 January 2010

Bila Terasa Manisnya Ukhuwah Fillah..


Salam sahabat-sahabat.. Pekabo? Long time no post.. hehe.. Maaf la aku sibuk sket 2-3 minggu ni.. Banyak sangat kerja-kerja yang masih tak siap dan menunggu untuk disiapkan.. huhu.. Aku sihat je.. Cuma agak penat baik fizikal atau mental.

Alhamdulillah semalam aku bersama-sama teman seperjuangan yang lain telah berjaya menganjurkan satu bengkel nuqaba'. Bengkel ini menghimpunkan naqib dan naqibah bertujuan meningkatkan kemahiran menguruskan dan merancang usrah serta memberi kefahaman berkenaan islam dengan lebih menyeluruh dan terbuka. Cukup manis ukhuwah yang terjalin. Di mana aku menjadi fesi bahagian memasak, sahabat-sahabat ku yang lain bertungkus lumus mengelola agenda yang telah ditetapkan. Segala penat lelah, sakit-sakit badan terasa berbayar dengan keikhlasan sahabat-sahabat bekerja bersama-sama tanpa sedikit pun rasa hasad dengki.

Lebih manis apabila ukhuwah yang terjalin ini hanya kerana untuk mencari keredaan Allah. Di situ Allah mencampakkan rasa manisnya dalam berukhuwah. Insya Allah sedikit masa lagi aku akan upload gambar-gambar yang disnap dalam program tersebut. hehe.

Dalam minggu ni jugak aku agak sibuk dengan mesyuarat dan perjumpaan jemaah. Alhamdulillah akhirnya penubuhan platform baru iaitu Persatuan Intektual Mualim (PIM) telah berjaya dijalankan. Namun tanggungjawab yang lebih besar iaitu bagaimana untuk menggunakan platform ini seoptima yang mungkin dan menguruskannya dengan sebaik mungkin. Aku ditaklifkan sebagai Timbalan Presiden 1. Jawatan yang cukup besar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Namun aku hanya mampu memohon kepada Allah agar diberi kekuatan, pedoman dan hidayah dalam aku menjalankan amanah ni. Nasib baik tak terpilih jadi JPP. Kalau tak, mesti lagi penat. huhu.. Namun di sini juga aku mengharapkan agar kemanisan ukhuwah itu dapat dirasai bukan sahaja aku malah seluruh warga PIM. Kerana bemula dari situlah, kerja-kerja yang mendatang insya Allah akan menjadi lebih senang dan lancar..

Oklah, aku nak g kelas lak ni.. Take care.. salam

Thursday 7 January 2010

Apabila Mata Tajam Perkataan Menikam...


Salam sahabat-sahabat sekelian. Apa khabar semua? harap-harap sihat hendaknya. Aku di sini juga sihat dengan izinNya. Doakan aku terus sihat untuk sama-sama berjuang untuk agamaNya.. Amin..

Alhamdulillah dalam seminggu ini aku diberi kesempatan oleh Allah swt untuk membedah sebuah buku yang bertajuk 'Catatan Kanvas Kehidupan' karangan Riduan Mohamad Nor DLL. Sebuah buku yang mengumpul nurkilan-nurkilan pejuang-pejuang muda yang berjuang untuk agama Allah dalam tahun-tahun 90an. Tulisan-tulisan yang menceritakan bagaimana suatu perjalanan perjuangan demi menegakkan agama dalam dunia yang cukup benci akan kebangkitan islam. Perjalanan yang penuh dengan susah payah, kepedihan, kesakitan, debaran dan ujian yang cukup untuk menggongcang iman dan taqwa jiwa muda. Namun semuanya berjaya dilalui dengan izinNya dan kini menjadi sirah yang penting untuk tatapan dan iktibar kepada generasi-generasi baru pejuang yang masih setahun jagung.

Jika sebelum ini kita selalu mendengar ungkapan "lidah lebih tajam berbanding mata pedang", namun hari ini aku sedar, titipan nurkilan baris-baris perkataan juga mampu menikam jika perkataan-perkataan itu dititip dengan ikhlas. Belum pernah air mataku menitis takkala membaca sesebuah buku namun hari ini, aku kalah. Terasa benar diri ini masih kerdil, masih terlalu lemah iman yang ada dalam diri. Mengaku seorang islam yang berazam untuk menjadi pejuang agamanya tetapi masih cetek pengetahuan berkenaan agamanya. Mengingatkan kepadaku, perlunya hidup dalam bermuhasabah dan merendah diri dalam mencari keredaan dan keampunannya.

Sahabat-sahabatku, berdampinglah dengan catatan, nurkilan yang mampu mendekatkan dirimu kepadaNya, yang mampu menjadi cermin kepada hidupmu kerana padanya terdapat ilmu, pedoman dan inayah yang mungkin kita sendiri tidak sedar, kita memerlukannya. Salam

Wednesday 6 January 2010

Salam Tahun Baru 2010


Salam teman-teman.. Harap-harap semua sihat dan bersemangat dalam menyambut tahun baru dengan azam dan semangat y berkobar-kobar. Teruskan usaha dan sentiasa berdoa kepada Allah. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...