Saturday 31 July 2010

Aku Mengagumi Lelaki Bermisai Kontot Itu..


Salam.. Teman-teman shat? Mie pun sihat juge.. Hari ini Mie nak share salah seorang insan yang Mie kagumi, Adolf Hitler. Anda tentu sudah mengenali nama ini, seorang pemimpin agung yang memimpin Jerman menjadi salah satu negara yang hancur sebelumnya selepas perang dunia pertama menjadi negara pertama di dunia yang berjaya menawan seluruh benua eropah kecuali negara England.

Namun hari ini semuanya menjadi sejarah setelah perang dunia kedua tamat dan beliau rebah menyembah bumi bersama-sama negaranya. Hari ini namanya diburuk-burukkan dengan begitu dahsyat. Bagi teman-teman yang mempunyai astro di rumah, sudah pasti akan dapat melihat agenda pemburukan yang dahsyat di channel history dan discovery. Berbagai-bagai rencana dan dokumentasi disiarkan seperti 'Lost Film In Would War 2' dan sebagainya. Malah tentera jerman juga digambarkan dengan sifat ganas, tidak berperikemanusiaan dan lemah. Hakikat bahawa eropah yang pernah ditawan oleh jerman ditenggelamkan oleh cerita kehebatan pakatan berikat British-Amerika-Rusia mengalahkan sebuah negara terkuat dimasa itu.

Namun mengapa Mie mengagumi beliau? Malah beliau amat terkenal dengan peristiwa pembunuhan ramai-rami paling terkenal, Holocoust? Tambah lagi beliau sudah kalah dalam perang dunia itu?

Yup, semua itu tidak disangkal lagi. Namun bagi Mie, beliau merupakan seorang yang cukup genius dalam membuat perancangan. Siapa sangka, dengan jerman ketika itu terikat dengan perjanjian berat sebelah dengan negara-negara eropah lain, dapat membina kekuatan tentera yang cukup besar dan kuat malah mempunyai teknologi termaju pada waktu itu. Setelah kekuatan dapat dibina, beliau merancang untuk menggunakan kekuatan dengan semaksimum mungkin dan mengkoordinat dengan betul serta strategik. Bukan dengan serangan membuta tuli dan semborono walaupun kekuatan yang ada amat kuat.


Panzer, kereta kebal jerman terbaik selepas Tiger, menjadi mimpi ngeri kepada kereta kebal lain sezamannya.

Selain itu, Mie juga amat kagum dengan beliau yang bercita-cita besar dan optimis dalam membuat perancangan. Ciri-ciri ini amat penting kepada seorang pemimpin untuk membawa kemajuan terhadap kumpulan atau organisasi yang diketuai. Setiap pemimpin hendaklah sentiasa selangkah ke hadapan dan berpandangan jauh dalam apa jua keputusan dan tindakan. Walaupun ramai yang tidak senang dengan sifat sebegini. Contohnya Tun Dr Mahadhir sewaktu beliau memerintah dahulu. Kadang-kadang dalam tindakannya dilihat mengarut 10 tahun dahulu, namun hari ini kita dapat melihat hasilnya yang dapat memberi manfaat kepada negara.

Mungkin Mie mengaguminya kerana hari ini Mie juga terlibat dalam pengurusan organisasi. Mie juga terlibat dalam membuat perancangan untuk meningkatkan kekuatan dan keupayaan organisasi. Walaupun tidaklah serumit pengurusan badan-badan besar lain namun konsep dan prinsip sedikit sebanyak dapat diaplikasikan. Teman-teman juga boleh mendapatkan cerita yang jarang kita dengar mengenai Adolf Hitler di blog ni, http://selamanyanamakuima.blogspot.com/2010/07/adolf-hitler-sudut-kisah-yang-jarang.html.

Walaupun beliau gagal untuk memenangi perang tersebut, namun tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang genius dalam membuat perancangan. Antara faktor yang menyebabkan kegagalan perancangannya adalah akibat sabotaj dari pegawai-pegawai dan kakitangannya sendiri. Boleh dikatakan beliau jatuh disebabkan khianat dan taktik kotor musuhnya.

Oklah, setakat itu sahaja. Teman-teman boleh mencari sendiri cerita berkenaan beliau di sesawang internet atau buku-buku di pasaran. Sekian, salam..

Friday 30 July 2010

Cerita Di Kaki Dan Di atas Langit...

Salam.. Apa khabar teman-teman? Harapnya sihat sahaja. Mie pun sihat jugak. Cuma agak sibuk dengan sedikit program dengan adik-adik dalam persatuan. Balik rumah sewa dah penat nak update blog ni..huhu.. Alhamdulillah hari ni ada sedikit masa untuk blog ni.. Ikut hati nak tidur tapi rugi pulak rasanya kalau tidur.. (^_^)


Hari ini Mie nak cerita sikit pengalaman Mie semasa trip ke Langkawi baru-baru ni. Paling sedih apabila yang paling utama iaitu agama dibuang sejauh-jauhnya dari kehidupan. Mie teringat semasa menaiki kapal terbang. Satu pengalaman yang menarik namun amat sedih, agama seolah-olah tidak wujud. Sedih lagi ia berlaku di sebuah negara yang mengaku sebagai negara islam dan syarikat penerbangan tersebut juga dimiliki oleh anak tempatan.

Selepas melalui tangga untuk menaiki kapal terbang, penumpang akan disambut oleh sang pramugari dan pramugara. Manis senyumannya namun amat sedih, aurat seolah-olah tiada dalam kamus protokol hidup. Jika non-muslim itu, tidak hairanlah namun yang menyedihkan, yang muslim pun sama sahaja malah ada yang lebih teruk lagi. Di manakah agama diletakkan? Sebelum penerbangan pula, tiada seulas pun ungkapan-ungkapan doa padahal bencana boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Inikah yang dikatakan negara islam? Ko jawab la pemimpin-pemimpin islam Malaysia..



Kat atas ni pulak, satu keajaiban pada Mie bila dapat melihat awan-awan yang terbentuk. Mungkin jika kita hanya melihat dari bawah, dari daratan, hanya kelihatan seperti satu lapisan putih yang kadang kala berombak-ombak. Kadang-kadang pula seolah-olah bergumpal-gumpal. Namun apabila melihat dari atas, bentuknya amat mengagumkan. Seperti satu dataran yang terdapat bukit bukau, pohon yang rendang, beralun-alun seperti lautan dan sungai dan macam-macam lagi.

Terpaku Mie memerhati setiap inci awan yang dilalui. Seolah-olah terdapat hidupan yang hidup di dalamnya. Amat mengasyikkan. Seolah-olah mereka hidup dan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Malah seolah-olah hidupan yang hidup di atasnya akan memasuki ruang awan itu apabila terdapat pesawat melintasi awan-awan tersebut. Yang tinggal hanya kepulan-kepulan putih yang kosong, sunyi tanpa sebarang tanda.

Terlintas di fikiran Mie, jika benar terdapat hidupan di atas sana,, adakah mereka hidup seperti kita dan sama-sama beriman dengan yang maha esa? Adakah kehidupan kita hari ini akan sama seperti sedia kala? Namun itu hanya persoalan-persoalan yang pada Mie, setiap orang ada jawapan tersendiri. Namun hakikatnya hari ini, sains masih belum menemui apa-apa hidupan di atas sana. Siapa tahu, mungkin pada masa hadapan, wujud penemuan hidupan di atas sana? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Salam..

Tuesday 27 July 2010

Salam Nisfu Sya'ban...


Salam nisfu Sya'ban kepada semua umat islam di seluruh dunia. Tinggal lagi lima belas hari untuk kita membuka tirai Ramadhan untuk kali yang ke 21 bagi Mie. Terasa baru je lagi Ramadhan lepas meninggalkan diri. Namun itulah masa, setia terus bergerak walau kita selalu melupakannya. Tak pernah menoleh lagi ke belakang, terus maju kehadapan walau ada makhluk yang tertinggal.

Kata Allah di dalam Al-Qur'anul Karim,

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh.
Serta berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
surah Al-'ashr (1-3)

Sekali lagi kepada semua umat islam di seluruh dunia, salam Nisfu Sya'ban Mie ucapkan. Banyakkan beramal dan latih diri dalam persediaan untuk bertemu dengan Ramadhan pula.. Salam.. (^_^)

Sunday 25 July 2010

Trip To Pulau Langkawi..


Salam... Pekabo teman-teman? Mie baru je pulang dari bercuti kat Pulau Langkawi dengan kawan-kawan.. Memang syok tol dapat pergi sana. Boleh dikatakan ni percutian 'My All First' tau.. Tahu tak my first pe? hihi



Pertama first time naik kapal terbang.. Walaupun air asia je, tapi kapal terbang juga.. Pastu pulak, first time nak kapal terbang malam.. Flight ke KL petang dalam jam 3 petang dan flight ke Langkawi jam 9.15 malam. Seronok jugak la naik kapal terbang ni. Maklum lah first time.. Rasa teruja sangat.. hihi


Ni my first meal kat Langkawi. Nasi goreng pataya dan air teh tarik. Kedai ni kat tepi pantai. Tapi sebab dah malam, letih lak tu, so kitorng just makan-makan dan balik je terus ke homestay rehat-rehat. Esoknya baru sambung jalan..hihi..


Homestay ni kepunyaan sepasang pakcik dan makcik tua. Tapi anak-anaknya ada lagi dalam dua tiga orang. Oklah jugak cuma bilik air je masalah sket. Yelah, kami lelaki sembilan orang, share satu bilik air.. Penat-penat..


Hari pertama di Pulau Langkawi. Lepas makan pagi, kami ke pantai untuk aktiviti pertama, naik bot keliling pulau beb.. Hihi .. Pantai kat sini memang best. Bersih je. Pastu pulak, kat sini banyak pulau-pulau. Teringat Mie dalam satu cerita Thailand. Dalam cerita tu, dorang ke satu pantai yang lebih kurang camni la.. Cantik tol.. Mie rasa kawasan utara semenanjung ni memang best pantai-pantainya.



Hah... Abang hensem posing tu..hihi.. Sekarang ni Mie atas bot. Round-round keliling pulau.. Mula-mula laluan paya bakau dulu. Airnya jernih abis beb.. Macam kaca je. Sedap-sedap dok posing, ada monyet pulak datang naik bot. Rupanya dalam trip ni ada tempat memang monyet tunggu untuk diberi makanan. Tapi takde rezeki la ari tu, kami tak bawak makanan..huhu.. Sowilah abang monyet..


Dalam pakej ni jugak, kami diberi peluang untuk aktiviti 'eagle feeding'. Memang seronok tengok burung-burung helang ni menyambar makanan. Dah la banyak ekor, berjenis-jenis pulak tu. Abang driver bot ni cakap, helang ni bukan spesis jinak la. So kalau letak makanan ats bot pun dorang buat dek je.. Hampeh to burung ni.. ;-P



Dalam laluan ni jugak, ada tempat parking untuk bot-bot layar. Boleh dikatakan semuanya dari eropah seperti Jerman, England, Portugal dan sebagainya. Dari Argentina pun ada. Parking pulak bukan sehari dua, dua tahun pun ada. Dorang datang dengan kapal layar ni, lepas penat jalan-jalan kat sini, balik negara masing-masing dengan kapal terbang pulak. Macam-macam manusia ni..hehe



Kami sempat singgah ke satu jeti dan tempat penternakan ikan. Tapi ikan-ikan kat sini bukan untuk dikomersilkan, tapi untuk tujuan pendidikan dan kajian. Memang banyak ikan kat sini. Yang paling best ikan sumpit dan ikan pari. Ikan sumpit ni berkebolehan menyumpit air dari mulutnya untuk mendapatkan makanan. Memang lawak la ikan ni. Ikan pari ni pulak memang jinak habis. Dia suka bersalam dengan orang. Lembut je rasa ikan pari ni.. Siap ada nama lagi.. Husin, Fatimah.. hahaha


Kami jugak sempat melawat gua kelawar. Memang banyak kelawar kat dalam gua ni. Bau amonia pun kuat. Mie pun tak duduk lama dalam gua ni. Takut dapat jangkitan paru-paru lak..huhu tak nak.. Yang tersengih tu bukan mak kelawar tapi anak saudara kawan Mie..hihi.. Bayaran untuk trip bot ni Rm300 untuk dua jam. Dalam trip Mie ni, dalam RM15 sorang je. Ok dah dengan pengalaman yang cukup best..hihi



Lepas tu kami ke Underwater World lak. Kat sini banyak haiwan-haiwan yang hidup di dalam air seperti penguin, ikan-ikan dari dalam laut, ikan sungai dan sebagainya. Singa laut pun ada tau. Burung-burung pun ada tapi tak banyak la.. Cuba korang cari kodok dalam gambar kat atas ni, jumpe tak..hihi.. Kat sini tiketnya RM30. Tapi sebab kami student dapatlah diskaun jadi RM22. Hehe


Lepas dah puas pusing-pusing kat Underwater World, kitorang bergelak pulak ke Langkawi Cable Car. Tapi sebab cuaca yang tidak mengizinkan, kami terpaksa tunda keesokan harinya. Namun Kejinakan rusa-rusa kat taman cable car ni sedikit sebanyak menceriakan kami. Siap bagi makan beb..hihi..


Malamnya kami ke dataran helang. Pe lagi, terbang la Mie..hehe.. Memang besar la helang ni.. Kalau la hidup dah jadi cam naga je..hehe



Esoknya kami ke cable car lagi dan hari ni memang cuaca sporting beb..hihi.. Teruja sangat sebab first time ni.. Cable car ni ada dua station.. Kat atas ni pulak ada jambatan pejalan kaki antara dua bukit. Walking bright tak silap namanya. Memang cun giler pemandangan atas ni.. Mat and minah kamera nikon, canon yang beribu-ribu ringgit tu ramai tol dok ambil posing.


Lepas pusing-pusing kat atas tu, kami turun untuk ke pekan kuah dan ke jeti untuk balik dengan menaiki feri..


Feri ni turun kat Kuala Perlis. So ni first time Mie menjejakkan kaki di negeri paling utara tanah air, Perlis..hihi.. Lepas tu kami pulang ke Kota Bharu dengan menaiki bas.. Sampai depan pintu kampus Mie dalam jam 5.00 pagi.. Penat tol rasanya..

Begitulah trip kami ke Pulau Langkawi kali ini. Banyak pengalaman dan kenangan yang Mie dapat dalam trip kali ini. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Lain padang, lain belalangnya. Harapnya dapat lagi buat trip untuk tambah lagi pengalaman yang ada. Okalah, nak habiskan coklat dari Langkawi dulu.. Nanti cair lak.. Salam (^_^)


Wednesday 21 July 2010

Kalau Boleh Cabut Matakan Best!


Salam.. Pekabo teman-teman? Harap-harap sihat je. Aduhai pagi ni mengantuk betul la mata.. Nak je rase nak ponteng kelas tapi disebabkan sayang nak tinggal kelas so pergi jugak la kelas..huahuahua... Hari ni kelas sampai petang da, so takde la masa nak melelapkan mata. Tapi malam ni take de program. Boleh la rehat sikit..hihi

Pe korang rasa bila pagi-pagi yang mengantuk, ada kelas dalam bilik air cond. Peh, memang menggoda kelenaan tol! Tambah lak lecturer ni sengek sket.. Haha.. Tapi lapar la pulak..huhu.. Em sehari dua ni rasa penat sangat. Yelah, jadual hidup penuh je selalu. Kuliah dari pagi sampai petang. Lepas tu malam program la, meting la.. Kadang-kadang rasa jugak nak stop kejap hidup dalam kesibukan ni. Tapi tak nampak bayang la.. Tanggungjawab dan tugas tak habis-habis lagi. Bila la nak habis er?

Weekend ni paling best. dapat rest kat Pulau Langkawi. hehe.. dah setengah tahun plan. Jadi sampailah saat yang ditunggu-tunggu..Tak sabar lak. Mie dah lama tak ke sana. Seingat Mie masa form 2 kot. Yang sedihnya agak kureng manis kenangannya. Nak try pergi lagi sekali. Tapi kalau rest kat rumah pun ok jugak. Boleh la 'jumpa' my Si Dia tu. setiap masa.hihi.. Pe pun, tiket kapal terbang dan bas dah beli. So jalan jela. Duit pun semput-semput je ni. Harap-harap sempat la masuk elaun..huhu..

Oklah, masa dah nak habis ni. Saje bosan-bosan, tugasan dah siap. Take care n salam.. (^_^)

Monday 19 July 2010

Adoi Banyaknya Kerja...


Salam... Mie baru je balik dari perjumpaan persatuan Mie kat kampus. Adoi mak banyaknya kerj-kerja yang belum disiapkan. Minggu ni agak penuh dengan program bermula pada malam ni hingga lah ke malam rabu ni. Semuanya dibuat malam sebab masing-masing sibuk dengan kuliah pada siang hari.

Kadang-kadang terfikir Mie, untuk apalah Mie libatkan diri dengan kerja-kerja yang banyak ni? Kan lebih best kalau rehat je kat rumah malam-malam, tengok tv, surf internet.. Dah mengantuk, tidur je terus. Mengapa perlu ke hulu ke hilir berulang alik dari rumah sewa ke kampus, bincang itu, bincang ini, hadir program itu, hadir program ini. Dah balik tengah-tengah malam pulak bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja sama ada kerja untuk akademik atau organisasi. Buat penat je. Hampeh pun takde.

Ye ke tak dapat apa-apa? Hmm.. Dapat juga rupanya. Dari sinilah Mie dapat mengenal erti kehidupan. Kenal dan tahu di mana tahap Mie. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi hakikat, semua ini membentuk diri Mie. Bila Mie melibatkan diri dengan kerja-kerja ini, pertamanya dapat pengalaman. Keduanya dapat ilmu dan kemahiran yang baru. Semua ini penting untuk Mie tingkatkan lagi keupayaan dan tahap kemahiran Mie.

Oklah, nak sambung kerja pulak ni.. Salam..

Saturday 17 July 2010

Harga Barang Naik Lagi!

Salam.. Sehari dua ini rakyat dikejutkan dengan pengumuman tergempar Perdana Menteri Malaysia mengenai kenaikan harga barangan iaitu petrol, diesel, gula dan gas memasak. Harga gula diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol RON 95 dan diesel masing-masing dikurangkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas petroleum cecair (LPG) dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Mie mendapat maklumat ini setelah berkunjung ke sebuah kedai makanan tempat biasa Mie dan kawan-kawan membeli nasi. Sebab kat kedai ni murah je. Nasi lauk ayam RM2.00 dan air bergas RM0.50. Jadi kalau makan nasi dua kali sehari baru RM5.00. Biasalah langkah penjimatan. Hehehe. Selepas pulang ke rumah, terus buka lap top surf internet tengok berita kat malaysiakini. Terpampang tajuk 'Barang naik: 5 dalam 1'.

Tergelak Mie, satu lagi hadiah yang best punya dari pemerintah Malaysia untuk rakyatnya. Esoknya Mie tengok paper. Aik, takde pun berita harga barang naik? Yang ada hanya bertajuk 'penyelarasan harga'. Rupa-rupanya kerajaan dah 'sound' kat editor-editor media perdana untuk tidak menulis tajuk kenaikan harga barangan kerana takut akan mendapat tentangan daripada rakyat. Hahahaha... Sekali lagi Mie gelak sakan.

Bila baca pulak ulasan daripada menteri-menteri, macam nak pecah perut Mie gelak. Semuanya sedaya upaya cuba berhujah untuk menghalalkan kenaikan harga barangan ini. Sehinggakan ada yang menyatakan kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat, pengusaha kecil dan sederhana dan yang paling lawak menghalang penjual untuk menaikkan harga barangan. Apa punya pening la menteri-menteri negara hari ni. Budak nak ambil PMR pun tahu, kalau kos dah meningkat, mestilah harga perlu dinaikkan.

Itulah bila yang fasik, yang jahil, yang pening, yang rasuah, yang korupsi, yang gila dunia menjadi pemimpin. Menjadi pemimpin dengan menabur janji-janji duniawi. Menfitnah dan menuduh alim ulama sesat, jumud dan tidak layak untuk menjadi pemimpin. Meletakkan agama hanya pada majlis-majlis dan adat tertentu yang dirasakan sesuai. Bukan menuduh, namun hakikat dimana kita dapat melihat negara tercinta ini ditadbir hari ini oleh pemimpin-pemimpin berwatak ciri-ciri di atas. Banyak masalah tidak diselesaikan dengan bijak, isu-isu dimanipulasi dan sentiasa berpihak kepada pihak kerajaan, pihak pembangkang seolah-olah bukan warganegara layanannya dan sehingga saat ini, dasar dan prinsip penjajah masih diamalkan. hebat bukan?

Masyarakat haruslah sedar dan bangkit dari mimpi lena yang sedang membuai. Negara perlu diselamatkan dari pemimpin-pemimpin seperti ini. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru nak bertindak. Fikirlah...

Friday 16 July 2010

Zoom In: Perkhemahan Pengakap Manik Kayu 1, 2010

Salam.. Ni gambar-gambar yang sempat Mie upload. Kalau ikutkan ada 400 lebih keping gambar. Tapi sket-sket sudah la upload..hehe.. Apa tunggu lagi? layan...


Ni gambar Mie masa baru mula sampai kat tapak perkhemahan. Berpeluh-peluh masa tu. Tapi sempat lagi possing sket..hehehe


Waktu ni sebelum aktiviti jungle treaking start. Sempat la jugak bergambar. Kat belakang Mie tu jambatan gantung. Tinggi jugak la. Kat bawah pulak ada sungai..

Yang ni pulak gambar Mie atas pelantar canopy walk. Huh, memang mencabar keseimbanganku! Tinggi canopy walk ni 40-45 meter dari lantai hutan. Kira lebih kurang bangunan tiga tingkat gitu.




Ini antara flora yang agak pelik dapat Mie rakam. Korang pernah tengok cendawan ni? hihi


Yang ni bekas tapak kaki rusa.



Ulat gonggok ni memang besar beb..


Aktiviti air pulak daa.. Mie merentasi sungai ni dengan pelampung kat sebelah tu. Memang syok beb..hihi


Sebelum masuk sungai, semua beg dan kasut masuk dalam bot panjang ni. Dua orang awek ni xjoin masuk air. Tah pe masalahnya. Fobia air kot..hehe


Ni time buat model gajet. Praktis ikatan..hihi


My PKK. Penolong ketua kumpulan, kak CT..hihi


Bergambar semasa jungle treaking. Nasib baik xde pacat.hihi


Sedang mencari sudut yang menarik untuk di snap! hihi


Berehat setelah penat memunggah barang dari tapak perkhemahan ke kawasan parking bas..huhu


Gambar terakhir sebelum bertolak pulang. Harapnya dapat datang lagi. Terima kasih taman negara kelantan yang banyak memberi input dan pengalaman baru.. Hoorey!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...