Hari ini Mie nak cerita sikit pengalaman Mie semasa trip ke Langkawi baru-baru ni. Paling sedih apabila yang paling utama iaitu agama dibuang sejauh-jauhnya dari kehidupan. Mie teringat semasa menaiki kapal terbang. Satu pengalaman yang menarik namun amat sedih, agama seolah-olah tidak wujud. Sedih lagi ia berlaku di sebuah negara yang mengaku sebagai negara islam dan syarikat penerbangan tersebut juga dimiliki oleh anak tempatan.
Selepas melalui tangga untuk menaiki kapal terbang, penumpang akan disambut oleh sang pramugari dan pramugara. Manis senyumannya namun amat sedih, aurat seolah-olah tiada dalam kamus protokol hidup. Jika non-muslim itu, tidak hairanlah namun yang menyedihkan, yang muslim pun sama sahaja malah ada yang lebih teruk lagi. Di manakah agama diletakkan? Sebelum penerbangan pula, tiada seulas pun ungkapan-ungkapan doa padahal bencana boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Inikah yang dikatakan negara islam? Ko jawab la pemimpin-pemimpin islam Malaysia..
Kat atas ni pulak, satu keajaiban pada Mie bila dapat melihat awan-awan yang terbentuk. Mungkin jika kita hanya melihat dari bawah, dari daratan, hanya kelihatan seperti satu lapisan putih yang kadang kala berombak-ombak. Kadang-kadang pula seolah-olah bergumpal-gumpal. Namun apabila melihat dari atas, bentuknya amat mengagumkan. Seperti satu dataran yang terdapat bukit bukau, pohon yang rendang, beralun-alun seperti lautan dan sungai dan macam-macam lagi.
Terpaku Mie memerhati setiap inci awan yang dilalui. Seolah-olah terdapat hidupan yang hidup di dalamnya. Amat mengasyikkan. Seolah-olah mereka hidup dan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Malah seolah-olah hidupan yang hidup di atasnya akan memasuki ruang awan itu apabila terdapat pesawat melintasi awan-awan tersebut. Yang tinggal hanya kepulan-kepulan putih yang kosong, sunyi tanpa sebarang tanda.
Terlintas di fikiran Mie, jika benar terdapat hidupan di atas sana,, adakah mereka hidup seperti kita dan sama-sama beriman dengan yang maha esa? Adakah kehidupan kita hari ini akan sama seperti sedia kala? Namun itu hanya persoalan-persoalan yang pada Mie, setiap orang ada jawapan tersendiri. Namun hakikatnya hari ini, sains masih belum menemui apa-apa hidupan di atas sana. Siapa tahu, mungkin pada masa hadapan, wujud penemuan hidupan di atas sana? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Salam..

1 comment:
Thanks ggreat blog
Post a Comment