Saturday 27 June 2009

Kemaafan ? Mintak Maaf ?

Salam... Pekabo Fahmi? Harap-harap mu sehat la.. Hehe.. Tanya kat diri sendiri lak.. Maklum lah.. Xde orang nak tanya.. hahaha.. Em dah seminggu aku masuk sem 2 ni.. So far ok jelah walaupun agak susah sebab sem ni banyak berkenaan amali.. Tapi takpelah.. Insya Allah, kalau aku ikut peraturan dan buat yang terbaik, Insya Allah oknya.. Tapi sekarang ni result sem lepas tak kuar lagi ni.. huhuhu... Doakan aku lulus dengan cemerlang..
Dalam seminggu ni, aku agak bizi jugak la... Dengan program RM la.. Pe lagi.. hehe.. Sekarang ni aku dah naik jadi AMT.. Selalu la kene turun meting, jumpa pensyarah la, pe2 la. Aku sebenarnya cuba untuk sibukkan diri, harap aku tak fikir sangat sal tu. Dan biasa lah, aku masih baru. Kadang-kadang ad something yang tak kene.. Tapi bagi aku, tu adalah cara aku belajar untuk hidup dalam dunia yang semakin tua ni. Belajar kenal pengurusan, kenal orang, kenal perangai orang. Dan jugak untuk kenal siapa aku ni. Dari pengalaman, cerita, even dan macam-macam lagi la.. Tol tak cikgu? hehe.. Bakal cikgu jela...
Sem ni ramai budak-budak year aku kene kuar asrama. Tinggal dalam 10org je yang lelaki, termasuk aku.. huhu.. Syukur la aku gan romet aku still leh tinggal lagi kat asrama.. Kalau tak, nano la nak cari rumah sewa. Sekarang ni kami juz mark rumah yang akan kami sewa tahun depan. Sebab takut xde nanti kalau cari lewat. Ada pun orang reject dah. Nanti dah tak leh la nak lepak bilik dak-dak ni. Biasa bilik Safiq Mendoza 2, bilik Kerol, bilik Wan P.. Tah camne la nanti lak hidup aku. Huhuhu.. Harap aku leh hadapi dengan tabah... Hahaha.. Camla bende besar, nak jiwang lak.. hahaha.. Koya la mu ni..
Dalam seminggu ni aku ada jugak teringat kat si dia. Sejak aku call ye malam tu, aku dah tak contact ye. Bukan tak nak tapi tah, xtahu nak cakap. Rasa nak call tapi bila handphone dah kat tangan, aku letak balik. Dok fikir dalam kepala, patut ke aku call ye? Dengan pe yang aku dah buat kat ye, pastu dia pun dah rasa camtu kat aku, terus terang kat aku, aku pun keliru nak call atau tak.. Tak call rasa cam something wrong je.. Call lagi la rasa something wrong..
Tah la Fahmi.. Aku pun xde jawapan. Jawapan setiap persoalan yang mu dok fikir tu. Aku tahu mu amat-amat sayangkan ye.. Aku tahu siapa dia pada mu.. Aku jugak tahu pe matlamat, impian mu dengan dia.. Cuma apa yang aku boleh cakap, kadang-kadang kemaafan belum cukup untuk menenangkan hati kita. Walaupun kita telah mendapat kemaafan, kita juga mintak maaf, belum cukup untuk mengembalikan apa yang hilang. Dan apa yang hilang itu, amat sukar untuk mendapatkanya kembali. Kita cuma boleh berserah pada ilahi, cuba rawat hati kita yang terluka sendiri, jangan mengharap sesiapa pun untuk sukarela cuba merawat hati kita, sebab kita sendiri sedar kita siapa. Apa yang baik dan buruk. Yang pasti, kita bukan seperti orang lain. Sama ada kita lebih daripada orang lain, atau kita di bawah mereka. Kau tahu jawapan tu kan?
Yup! Tapi aku kadang-kadang bertanya, kenapa kita di sini, bukan di sana? hehe.. Baik mu tanya soalan tu depan cermin, mu sendiri akan dapat jawapannya.. huhu.. Ingat Fahmi, Hati kita, kita sendiri kene rawat, bukan siapa-siapa.. Sebab hanya kita yang faham hati kita. Tidak orang lain.. Ok Fahmi? Jangan hairan lagi kita kene jaga hati orang lain, tapi hati kita, kita sendiri yang kene jaga. Sebab no one will come to us for that..
Oklah fahmi, jom tido.. Hahaha.. Penat la kelas sampy petang ni.. huhuhu.. Tapi xpela Fahmi.. Chaiyok! hehe.. take care.. Salam.. tata

Thursday 18 June 2009

Sorang Pengembara kite ni er?

Salam...

Em nampaknya aku dah makin jauh mengembara dalam mencari diri aku... Namun aku masih tercari-cari... Masih menunggu saat aku dapat menghuraikan siapa aku.. Ala... Bese la zaman remaja.. Eh, Akhir remaja.. hehehe... Masih mencari identiti diri..

Bila jumpa? Tak tahu la... Doa kan aku temui hidupku...

tata

Wednesday 17 June 2009

Akhirnya Aku Terpaksa Jugak...

Salam... Pekabo kawan? Wes mangan? Hehe.. Cakap jawo lak.. Tapi je yang tahu.. Hahaha..
Em hari ni akhirnya aku kalah jugak, untuk bertahan.. Akhirnya aku terpaksa jugak cerita kenapa tindakan ku pada si dia akhir-akhir ni.. Tindakan yang amat aku benci untuk ku buat.. Yup, aku memang kejam.. Tah kenapa aku sanggup buat begitu namun aku tekad, ini untuk kebaikan si dia.. Tapi aku tak sanggup untuk terus bersikap begitu dengannya.. Sampaikan aku melukai si dia..
Tadi aku ada call ye.. Memang niat aku sebenarnya dah lama nak ungkap hal ni.. Tapi aku lak rse segan dengan diri aku.. Segan dengan tindakanku pada ye.. Dah berapa kali aku call, untuk hal ni tapi hanya lekat kat tekak je..huhu.. Tapi malam ni aku cuba jugak gagahkan hati..
Memang sakit, apabila si dia yang kite sayang ungkapkan kata-kata kesakitan yang disebabkan diri kite yang jadi penyebabnya.. Di saat si dia berkata2 bercerita perilaku ku yang mengguris hati ye, aku hanya mampu diam, sebab dalam hati ku cukup terguris dengan tindakan ku.. Aku memang kejam!
Namun akhirnya aku rse berbaloi walaupun gurisan di hati ku sendiri yang mungkin cukup lama untuk sembuh, si dia kembali bersemangat untuk fokus dalam pelajaran.. " ... xde pe2 dah dalam kepala ni selain nak tumpu pelajaran, biar dapat 4 flat! ". Hanya itu yang aku mahu dengar, walaupun hati ku semakin kuat menangis. Tapi biar lah. Macam si dia cakap la kat satu tempat 2, " ""x semestinya apa yg kita suka itu baek tuk kita.. tapi kdg2 apa yg kita xsuke itu lebih baek tuk kita"" ".. Emm... Aku harap, si dia faham tindakan aku ini.. Aku dah jelaskan semua kepada ye.. huhu
Insya allah, janji ku bukan hanya sekadar manis dimulut. Aku berazam untuk tunaikannya, walaupun mungkin aku akan terkorban. Asalkan si dia bahagia, walaupun mungkin aku perlu tiada di sisinya, aku cuba kuat untuk itu.
Betul pe yang sorg classmate aku cakap, aku perlu lebih memahami perasaan orang lain sebelum melakukan sesuatu. Aku akui itu.. Sahabat, maafkan aku.. Hmm.. Memang niat bukan faktor yang menghalalkan... Kadang-kadang niat yang baik, namun bukan itu yang dipandang.. Betul, sebab niat ni mane la org boleh nampak.. hihi.. Tapi xpela.. Lepas ni aku cuba hilang dari ingatan keluarga ye.. That is better right? Let's times solve it..
Hmm... Aku pasrah jela.. Ni buka kali pertama dalam hidup aku, aku berhadapan dengan keadaan camni.. Niat aku lain, lain lak org pk, org pandang.. Entah mengapa, aku merasa org sukar untuk mengerti apa yang ada di hati ku.. Mungkin sebab hatiku gelap kot.. Banyak dosa sangat.. Huhuhu.. Dah2 2, xreti nak bertaubat ke fahmi oi? Mohon ampun, maaf dengan sume yang ada dalam hidup mung.. ok?
Oklah, da lewat ni.. Esok dah nak balik KB.. Naek motor molek2 Fahmi.. Ingat ler org yang tersayang.. hehe.. Sape la sayang mu 2.. Ad ke? Hahaha.. No komen...
Salam.. Tata

Tuesday 16 June 2009

Cuti yang Bzzzzz

Salam...
Nampaknya cuti aku dah nak abis dah..Huhuhuh... Dah nak masuk sem baru minggu depan.. Tah camne la result ak sem lps...Huhuhu
Dalam cuti ni, aku banyak relek je... n jalan2.. Hehehe... Sambil relek2 kat rumah, aku sambung kerja RM.. Banyak perkara lagi yang perlu dilihat dan diberi perhatian.. Tah camne, sebenarnya aku ni sorang yang suka bersaing n aku akan cuba untuk b'ada di puncak.. Cam sekarang la, nk bersaing dengan Kesas. Aku tabik dorang boleh bergerak dengan mantap sekarang.. Aku juga berazam untuk bawa RM lebih dari itu kerana skop RM lebih luas dan boleh menarik lebih ramai ahli..
Aku dah plan draf pembangunan untuk RM.. Dan aku mengharapkan ia dapat membawa RM ke arah yang lebih proaktif dan dinamik. Insya allah...hihi
Em dok kt rumah ni, aku dok kaco adik2 aku la..hehehe.. Bese la keje abang sulong.. Hikhikhik.. Aku memang rapat dengan adik2.. Tapi sedar x sedar, aku sebenarnya masih tidak kenal adik2 aku.. Apa yang dorang suka, xsuka, apa yang dorng minat... Macam2 lagi la... So aku kene la lagi mengenali adik2 aku... Kalau x, sia2 je nme abang sulong..hihihi..
Oklah, take care..
Tata

Sunday 7 June 2009

stadium Melawati

Lepas lepak kat rumah dalam 2-3 hari, aku ke KL untuk mengikuti Muktamar PAS 55 di stadium Melawati. Ini merupakan kali pertama aku ke sana. Best dan penuh makna tersirat. Itu yang aku boleh katakan. Di sana, aku dapat melihat bagaimana sebuah gerakan islam yang telah lama bertapak di negara kita bergerak dan melalui proses untuk mematangkannya.

Pertama, melalui ucapan dasar presiden PAS. Beliau memberi ucapan dengan terus memfokuskan setiap elemen dan bahagian yang ada di dalam PAS dan perkara-perkara yang berkait serta perlu difokuskan. Aku tertarik dengan beberapa elemen yang dihuraikan iaitu muslimat, jaringan perhubungan, kesepakatan, tarbiah dan pendekatanya.

Dalam muslimat, beliau menekankan aspek kebajikan, iaitu perkara yang sinonim dengan peranan kaum hawa dalam masyarakat. Beliau menyatakan, muslimat mesti lah sentiasa menjuarai aspek kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kebajikan bukan sahaja meliputi aspek kebendaan, malah turut menyentuh perkara-perkara yang tidak bersifat meterial seperti tarbiah dan rohani setiap induvidu. Aku melihat ini sebagai antara perkara yang penting dan perlu diketengahkan dalam RM. Mungkin kita terlepas pandang perkara ini namun aku merasakan masih belum terlambat untuk dibincangkan. Di sini, Shu'bah HELWI yang masih di dalam proses pemantapan boleh memainkan peranan penting dalam aspek kebajikan khususnya di kalangan kaum hawa. Tidak hanya terbatas melalui kelas-kelas yang bersifat kerohanian, ia juga boleh diketengahkan sebagai perisai dan alat untuk membantu kaum hawa di ipgmkb. Insya Allah, aku akan cuba berbincang dengan AMT dan jawatan kuasa shu'bah HELWI untuk memasukkan aspek kebajikan.
Kedua adalah jaringan perhubungan. Aku juga bersetuju bahawa aspek ini mestilah sentiasa dikemaskini dan sentiasa berfungsi agar setiap kompenen dalam sesebuah organisasi berdaya maju. Pertama dalam majlis tertinggi dan kepimpinan suatu organisasi. Mereka mestilah bijak dalam menjalinkan jaringan perhubungan antara satu sama lain serta pihak luar. Kedua adalah unit publisiti yang berfungsi sebagai alat penyiaran organiasi kepada dunia luar.
Ketiga adalah tarbiah, suatu aspek yang aku cuba rungkai agar dapat diserap di dalam RM. Jawapannya adalah melalui pendekatan "role model" dari saf kepimpinan. Setiap pemimpin dalam organisasi mestilah sentiasa berusaha mentarbiahkan diri dan pada masa yang sama dapat dijadikan contoh oleh setiap ahli.
Aku melihat ketiga2 elemen ini penting dan perlu diperhalusi oleh AMT RM. Insya allah, aku akan cuba berbincang dengan mereka mengenai hal ini.
Di sana juga aku dapat melihat satu senario, bagaimana setiap pembaharuan yang hendak dijalankan mestilah diteliti agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip sesuatu organisasi. Cukup bermakna pada ku kerana ia mengajarku bagaimana untuk bergerak di dalam satu organisasi dan kepentingan garis panduan dan dasar yang utuh perlu digubal.
oklah, tata

Kemesraan dan Toleransi

Salam...huhu nampaknya cuti dah abis 1minggu..tinggal lagi 2minggu.. Sepanjang minggu ni, banyak perkara yang aku tak sangka aku laluinya.. macam kata teman aku sorang ni, Aishah Nadhirah, penat tapi seronok...hehehe
Bermula dengan lepas exam, aku terlibat dengan pengurusan konvokesyen IPGM zon timur iaitu IPGM aku, KT n Mizan Besut. Aku ditugaskan untuk mengurus bahagian jubah lulusan n vip. Satu tugas yang agak mencabar dan memenatkan. Bayangkan, terpaksa mengurus jubah sebanyak 450 helai. Perlu diasingkan mengikut saiz dan hanya digunakan sebanyak 160. Adoi.. Geram aku, kenapa la orang sebelum ni tak susun molek2 dah.. Adoi..
Bersama dengan Duki, Azizi, Aishah, Hidayah, Farhana, Farahani, Kak Syu n beberapa orang ajk len, kami ditugaskan untuk mengurus proses pemunggahan jubah, memberi jubah hingga lah memungut jubah dan menyimpanya semula di dalam stor. Kerja yang memenatkan tapi seronok dilakukan bersama. Selain itu, aku juga terlibat dalam perarakan iaitu sebagai pemegang bunga mangga selain tugas xrasmi len..hehe..
Memang seronok berkerja dengan selesa tanpa tekanan yang membebankan. Kami boleh berinteraksi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Yang paling berkesan dalam kerjasama, KEMESRAAN dan TOLERANSI!
Aku dapat melihat bagaimana dua elemen tersebut menjadi pemangkin dalam organisasi. Walaupun ia nampak remeh, namun elemen tersebut la yang banyak membantu kami dalam bekerja. Aku lihat, elemen ini perlu dipupuk dalam RM. Bukan hanya sebagai penghias tapi sebagai antara tali yang mengikat ukhuwah di kalangan ahli. Tapi bagaimana er?
Oleh itu, aku melihat kepada penganjuran program yang lebih kepada pengikatan ukhuwah. Insya Allah, aku akan cuba merancang beberapa aktiviti yang boleh memenuhi objektif ini dalam cuti ni sebab sekarang aku masih dalam kerja pemantapan shu'bah dan unit yang akan ditubuhkan dalam RM dalam sem 2/2009.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...