Saturday, 9 October 2010

Cerita Kampung Batu Enam..

Salam.. Malam ni Mie nak kongsi satu cerita sal kampung Mie melawan ibu segala syaitan satu ketika dahulu. Mie ambil artikel ni dari harakahdaily. Masa tu tahun 2003 tak silap Mie..
Penulis akan menceritakan serba sedikit tentang kampong Batu Enam yang tiba-tiba menjadi popular setelah diserang oleh IBU SEGALA SYAITAN DUNIA pada hari jumaat malam sabtu lalu. Bagi orang luar (bukan rakyat Terengganu), tentunya mereka tertanya-tanya berkenaan kampung ini. Di sini penulis akan menceritakan serba sedikit tentang kampung Batu Enam ini. Kampung Batu Enam terletak di dalam daerah Kuala Terengganu. Perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit. Orang Terengganu menyebut kampong ini sebagai Batu Nang. Orang Terengganu tidak pernah menyebutnya sebagai Pekan Batu Enam. Di Batu Enam terdapat sebuah pasar besar yang menjadi tumpuan rakyat di sekitarnya. Kemajuan pasar Batu Enam adalah menjadi bukti kecerdikkan dan kegigihan orang Batu Enam berniaga.
 
Penulis juga suatu ketika dulu kerap juga membeli juadah di Pasar Batu Enam. Ditambah dengan jarak yang dekat dari Kampung Manir ke Batu Enam yang mengambil masa hanya 10 minit. Tetapi kini penulis kini agak jarang membeli juadah di Pasar Batu Enam kerana di Kampung Penulis sendiri iaitu di Kampung Manir telah muncul sebuah Pasar Besar yang saiznya menyamai Pasar Batu Enam. Pasar Batu Enam dan Pasar Manir adalah dua buah pasar yang begitu menjadi tumpuan penduduk di kampong-kampung sekitar. Kampung Manir juga kubu kuat Pas. Seakan menjadi bukti bahawa kampong-kampung yang menjadi penyokong kuat Pas agak maju dari segi ekonomi kerana kegigihan orang-orang kampungya. Ianya juga adalah bukti kemajuan duniawi dan kegigihan penyokong-penyokong Pas di dalam mencari rezeki kurniaan tuhan. 
 
Dari sudut Pilihanraya, Kampung Batu Enam ini termasuk dalam kawasan Bukit Tunggal. kampong Batu Enam adalah kampong yang terkenal sejak dahulu lagi menjadi kubu kuat Pas yang paling digeruni oleh Umno. Disini penyokong Umno tidak berani ‘mengangkat muka’. Penulis akan menceritakan bagaimana ‘bertahtanya’ Pas disini. 
 
Kampung Batu Enam ini mengunjur darinya sebatang jalan raya lurus sehingga menemui beberapa buah kampong lagi. Bermula dari Batu Enam, kemudian sampai ke sebuah lagi kampong lagi iaitu kampong Buluh Gading, kemudia turun lagi ke Kampung Manir, selepas itu sampai ke Paloh, kemudia kampong Durian Burung dan yang terakhir sekali berakhir di satu persimpangan lampu isyarat yang menemukan kampong yang masih dimenangi oleh Pas sehingga kini iaitu Wakaf mempelam. 
 
Di sepanjang jalan lurus bermula dari Batu Enam, Manir dan berakhir di Wakaf Mempelam ini memang sejak dahulu lagi terkenal dengan pemuda-pemuda beraninya. Di sepanjang jalan ini jika berlaku kemalangan kenderaan, jika tidak kena caranya sering menimbulkan pergaduhan. Pemuda-pemuda disini pantang dicabar. Pada sekitar 80an sering berlaku pergaduhan antara pemuda-pemuda kampong ini. Bahkan seingat penulis jangan kata pemuda, orang dewasa juga agak sering bergaduh disini pada tahun 80an.
 
Penulis masih ingat, ketika penulis masih remaja di tahun 80an, kampong Manir telah mengadakan perlawanan bolasepak dengan kampong Batu Enam. Seringkali perlawanan bolasepak berakhir dengan pergaduhan. Bahkan pergaduhan berterusan ke hari lain pula apabila pemuda antara dua kampong ini bertemu di Bandar Kuala Terengganu. Untuk makluman pembaca, pada tahun 80an dan awal 90an, hari sabtu adalah hari pemuda-pemuda kampong di Terengganu keluar ke Bandar untuk menunjukkan kekuatan dan mengurat gadis-gadis. Di Bandar Kuala Terengganu inilah kerap berlaku pergaduhan antara pemuda-pemuda kampong terutama dari sebelah Manir, Batu Enam, Durian Burung dan Buluh Gading. 
 
Seingat penulis juga, penulis yang ketika itu masih kecil pernah melihat dua orang lelaki Indonesia yang datang bekerja di tapak pembinaan di kampong Manir keluar meninggalkan Manir di dalam keadaan kepala berdarah. Tidak diketahui siapa punya angkara kerana terlalu ramai pemuda perkasa di kampong penulis ketika itu. 
 
Seorang teman penulis dari Besut, Terengganu pernah memberitahu penulis bahawa beliau bimbang untuk datang bekerja di Manir dan kampong sekitarnya pada tahun 80an dahulu.

Tetapi itu cerita dulu. Kini pada tahun 2005 situasi sudah agak berubah. Tanpa mengira kampong mana, semuanya bersatu di bawah teraju Presiden Pas iaitu Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. Walaupun penulis ada mendengar pergaduhan antara remaja-remaja beberapa tahun dulu di Sekolah Menengah Manir antara penduduk Manir dan Buluh Gading, tetapi ianya tidak separah di tahun 80an duhulu. 
 
Situasi terkini pula menunjukkan kampong Batu Enam menjadi kubu kuat Pas yang terkenal dengan keberanian mereka. Semasa kempen Pilihanraya Umum, tidak ada kawasan lain di Terengganu dimana sebuah Bulatan di tengah-tengah laluan yang sibuk yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu ditawan oleh penyokong-penyokong Pas melainkan di Batu Enam. Mereka dengan beraninya meletakkan bendera terbesar Pas yang saiznya menyamai bendera Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tidak ada seorang pun yang berani menegur penyokong-penyokong Pas ini. Sebatang pun bendera Umno tidak akan ditemui disini (Bulatan Batu Enam). Tanpa mengira zaman Pas menang atau kalah, Pas di Batu Enam sentiasa menonjolkan taringnya tanpa rasa malu dan segan. 
 
Setelah Pas tumbang di Terengganu pada tahun 2003, penyokong-penyokong Umno telah meraikannya dengan membunyikan hon kenderaan. Ada antara mereka yang sengaja mencari penyakit kerana sengaja menyembunyikan hon beberapa hari selepas keputusan pilihanraya. Apabila mereka melalui Batu Enam, mereka dibaling batu disini. Ianya sebagai pengajaran buat penyokong Umno yang terlalu seronok meraikan kejayaan mereka seolah-olah Umno telah menakluk dunia. 
 
Kekuatan Pas di Batu Enam tidak ada bandingannya di Terengganu. Bahkan penulis berpendapat penduduk Batu Enam lebih garang pembelaannya terhadap Pas berbanding dua lagi kubu kuat Pas di Terengganu iaitu di Rusila, Marang dan di Manir di kampong penulis sendiri. 
 
Orang Terengganu menyebutnya sebagai ‘Megang’ yakni bermaksud berkuasa di dalam bahasa melayu moden atau ‘gedebe’ di dalam loghat Kelantan. Di kampong Batu Enam, penulis masih boleh mendengar orang Terengganu menggunakan bahasa lama Terengganu di dalam membahasakan diri mereka iaitu ‘diri’ (awak) dan ‘ambe’ (saya). Penggunaan bahasa ‘diri’ dan ‘ambe’ sudah agak jarang kedengaran di Terengganu melainkan di Batu Enam, Manir dan kampong-kampung tradisi lain di sekitar Kuala Terengganu. 
 
Berbalik kepada Bangunan Umno Terengganu diserang, penulis merasakan amatlah wajar penduduk Batu Enam bertindak sedemikian rupa. Kampung mereka diserang tanpa belas dan adalah menjadi hak mereka untuk membalas. 
 
Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada penduduk Batu Enam. Keberanian anda semua menjadi kebanggan kami rakyat Terengganu. Walaupun penduduk kampong lain seperti dari Manir, Kubang Jela, Batu Rakit dan seluruh kampong-kampung di Kuala Terengganu hadir pada malam tersebut, tetapi penduduk Batu Enam lah yang memulakannya. Keberanian penduduk Batu Enam memberi inspirasi kepada penduduk kampong lain untuk mengikuti jejak langkah mereka di dalam menghadapi polis seterusnya menghalau mereka secara membaling batu. 
 
Polis dan FRU telah tersilap langkah. Sangka mereka, mereka akan menghadapi laluan mudah seperti mana yang mereka lakukan di Kemaman dan Batu Rakit. Mereka tidak mengkaji dahulu kampong Batu Enam sebelum datang menyerang. Polis juga dalam kita sedar tak sedar sebenarnya lemah di dalam merancang gerak kerja mereka. Sebenarnya hanya senapang dan pistol yang membuatkan mereka kelihatan kuat.

8 comments:

Papa Joel said...

Terbaik boh Cerita Kg Batu 6 ni

Anonymous said...

ambe ade mase kene gas pemedih mata fru mari malam tu..

Anonymous said...

hok gini nk bangga. sek2 budak gini r hok wak aku merana zaman muda dulu ak kena jaga kedai mak ayah ak, ye mari nk wak debe dpn aku. bila boleh curi bangga sangat. harap aku puang je. org nk niaga pun rasa xaman.

Anonymous said...

pelik prangai budak kg ak ni. rasa bangga duk nyusoh ke orang. pastu bangga duk wak benda pelik2. judi online, isap gam. idu taik lembu. sport toto. curi. hok kbykn kuat2 parti sgt tu, dok kira pas ke bn, sebab nk tunjuk debe, wahi baloh ngan orang. boleh tepik tu rasa cam koya hebat. duk lawan polis pasang mecun tengah roundabout, bangga sangat. pelik pemikiran, ce hidup tu kalau dokleh tolong orang pun, paling2 jangan la nyusah ke orang. tp lenin tengok dok teruk mcm dulu2 doh. molek la sikit

Haqimi Al Djazairiya said...

blog natang ape tau...ingat cerita betul rupanya cerita Ajaran sesat taliban,phui

Sayap Hitam said...

Tahu x gne blh nme kg btu 6 ?

Anonymous said...

kemah sek kite kg batu 6 tapi lening dok macam dulu doh dok main doh ngecun bunga api mlm raya kat bulatan tu..

Anonymous said...

gane tu..nok tahu jugok ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...