Salam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat je..Mie pun sihat.. Hari ni, Mie boleh jadi YB tao! hehe.. Gempak je bunyinya.. Sebenarnya hari ni Mie ada program turun ke dalam masyarakat menjadi pembantu penyelidik untuk sebuah penyelidikan sebuah badan NGO.. Kawasan yang Mie turun tu Bachok, Kelantan..
Kawasan Bachok ni bukanlah kawasan bandar atau luar bandar sangat. Lebih kepada sebuah kampung yang agak padat dengan penduduk. Bandarnya juga tidaklah besar. Boleh dikatakan hanya sekadar pekan sahaja. Masyarakat kat sini kebanyakannya nelayan dan juga petani. Ada juga yang bekerja dengan kerajaan sama ada agensi kerajaan negeri atau pusat dan bekerja sendiri seperti berniaga dan lain-lain. Daerah ini terbahagi kepada dua iaitu yang berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dan kawasan pedalaman yang berbukit bukau.
Banyak yang pelajari hari ni.. Paling utama, dapat menyelami denyut nadi rakyat marhain yang berbagai-bagai ragam dan penuh citra warna. Ada yang best, suka, lawak dan ada juga yang sedih, kelat dan duka. Responden pertama Mie adalah seorang pak cik yang kini sudah pencen dari bidang pertanian dek kerana keuzuran usia. Menceritakan betapa sepanjang hidupnya, tidak pernah merasa sebarang bantuan dari kerajaan walaupun hidup susah. Hanya sekadar mendengar bantuan itu dan ini tetapi satu sen pun tidak pernah sampai. Cukup sedih pak cik ni.
Responden kedua dan ketiga lak bercakap mengenai sikap penghulu tempatan yang mengamalkan kronisme iaitu apabila bantuan atau peruntukan diumumkan, nama yang berhak diambil namun bantuannya tiada. Yang miskin tidak dapat, tiba-tiba yang agak senang kehidupannya pula yang dapat..adoi..
Responden seterusnya bercakap mengenai masalah sosial yang teruk dalam kalangan remaja khususnya yang terlibat dengan penagihan dadah dan mencuri. Sehinggakan menurut seorang lagi responden menyatakan untuk meninggalkan rumah tidak berkunci untuk ke masjid selama 20 minit amat merbahaya. Anak-anak gadis pula takut untuk ditinggalkan sendirian di rumah, takut perbuatan khianat dan pencabulan.
Terdapat juga aduan untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan sosial seperti balai raya, dewan tertutup untuk masyarakat khususnya golongan remaja bersukan dan juga kelas-kelas kemahiran untuk ibu tunggal, suri rumah dan remaja yang tercicir dari sistem pendidikan semasa. Ramai juga melihat kemudahan asas juga perlu dibina dengan lebih baik dan efisyen.
Ha.. Camtu la Mie hari ni.. Dah cam YB la plak.. Bukan menang dun Galas atau parlimen Batu Sapi tapi hanya sekadar wakil NGO je.. Hehe.. Pengalaman yang lawak pun ada. Semasa Mie mendekati seorang responden ni, dia menyangka Mie ni pegawai untuk memberi bantuan. Siap tanya lagi " Awe (awang) ni gawa (pegawai) beri bantue (bantuan) ko?" hahaha.. Ada pulak Mie ni pengawai. Study pun tak habis lagi.. Ada bakat kot..hahaha
Oklah, penat betul rasanya. Esok ada program khidmat masyarakat pulak untuk BIG (bina insan guru). Penatnya..huhu.. Taking good care..salam.. (^_^)
No comments:
Post a Comment