foto dari malaysiakini.com |
"Hah! betul ke ni?" terpancul dari mulut Mie, bila membaca satu berita di malaysiakini yang merujuk kepada inti pati ETP yang baru diumumkan oleh perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini. Maha dahsyat rancangan baru ni. Masakan tidak, sekurang-kurangnya di lima negeri, akan dibuka hub hiburan malam untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Kelab malam, spa dan konsert besar-besaran akan dirancang dan dibuka untuk menarik kehadiran pelancong asing dan juga untuk menampung jumlah yang dijangka akan meningkat berlipat kali ganda dari sekarang. Rancangan ini dianggarkan bernilai RM467 juta dan mamapu memberi pulangan kasar RM427 juta kepada kerajaan. Ia juga dijangka akan dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 8000 rakyat.
Entah macam mana nak cakap, betapa panasnya rasa dilubuk hati ini, selepas habis membaca beberapa lagi laporan serupa dari beberapa website yang lain (harakahdaily). Adakah kita semua sedar bala bencana yang akan turun apabila hiburan diagung dan menjadi barang dagangan?
Sedikit peringatan dari negara jiran yang baru sahaja berhadapan dengan amukan gunung berapi Merapi yang memusnahkan beratus-ratus kampung dan meragut lebih 150 nyawa. Disusuli pula dengan tsunami setinggi 10kaki yang mengorbankan lebih 40 orang dan beratus-ratus lagi masih hilang langsung tidak kita diendahkan. Masih butakah kita?
Hari ini masalah sosial hasil dari penyakit gilakan hiburan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Bagaimanakah keadaanya jika misi hub hiburan ini terlaksana? Bertambah baikkah? "Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (klik disini). Memperlihatkan kepada kita bahana yang bakal menyusul selepas ini. Hakikat bahawa masalah sosial akan semakin parah membarah dalam mayarakat. Kes zina. buang bayi dan keruntuhan institusi kekeluargaan akan menjadi mimpi ngeri yang akan terus menemani tidur rakyat sampai bila-bila.
Cukup lunak dan menggoda tawaran baru dari pihak pemerintah hari ini. Sehingga lupa hidup ini adalah milikNya. Dunia ini hanya sementara yang akan binasa bila tiba saatnya. Buatlah apa sahaja yang kalian inginkan. Tunggulah saat di mana hanya Allah dan neracaNya menjadi penentu segalanya. Yang beriman dan selamat dari golongan ini akan melihat si pemberi undi, si pelobi, si perancang, si pengecop persetujuan dan si pelaksana akan terjun bersama pemimpin-pemimpinnya ke dalam neraka. Timbul persoalan, adakah inilah yang dinamakan projek "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Sama-sama kita renungkan.
No comments:
Post a Comment