Monday, 25 October 2010

Islamic Fashion Festival : Dedah Rakyat Malaysia Hamba Media Massa!

Tidak sampai setahun isu penghinaan terhadap Rasulullah oleh pembikin filem dan ahli parlimen Belanda berlaku, kini kebiadaban yang sama juga berlaku di negara kita sendiri. Semuanya terjadi dalam satu fastival fasyen yang dinamakan Islamic Fashion Festival di ibu negara baru-baru ini. 
 

Festival yang dikatakan bertujuan untuk membawa dimensi baru kepada pakaian dan fesyen dalam masyarakat islam dan dinaungi oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansur bertukar menjadi peragaan penghinaan kepada syariat islam dan rasulullah sendiri. Masakan tidak, dengan pakaian-pakaian yang didakwa sebagai pakaian islam sebenarnya tidak ubah seperti gaun-gaun model dan artis Hollywood. Aurat terdedah sana sini, ada yang ketat dan nipis sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi dari pandangan ramai. Hal ini amat memalukan dan cukup mengguriskan ditambah lagi nama Rasulullah dihina deaib-aibnya dengan tulisan 'Muhammad' dalam bahasa arab diletakkan di dada wanita secara terbalik. 


Isu yang hendak dikupas di sini adalah bukan kerana Rosmah yang menjadi penaung tetapi untuk cuba kita lihat secara keseluruhannya, bagaimana rakyat Malaysia menghadapi isu ini. Isu ini mula panas apabila Dr. Lo'Lo', salah seorang ahli parlimen dari PAS mendedahkan program yang dinaungi dan juga di hadiri oleh Najib sendiri. Seterusnya pelbagai pihak mula bercakap dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi mengecam program ini dan menggerakkan penganjuran perhimpunan mendesak penaung program tersebut untuk memohon maaf kepada seluruh umat islam. Ditambah lagi dengan kenyataan Dr. Asri agar Rosmah memohon maaf dan mendapatkan nasihat dari penasihat agama. 
 
Namun media massa khususnya media perdana tidak menyiarkan isu ini sama ada dalam akhbar mahupun di televisyen. Timbul persoalan, adalah disebabkan isu ini tidak didendangkan di media massa, maka tiada yang memberi respon? Tidak seperti isu-isu lain yang melibatkan agama seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam, isu orang islam masuk ke masjid dan isu kandang babi di Selangor dulu yang didendang selunak-lunaknya. Sehingga menimbulkan pelbagai suara dan beberapa tindakan dari semua pihak.

Sedar atau tidak, hakikatnya rakyat Malaysia kebanyakannya rela diri mereka dimelembu oleh media-media massa. Seolah-oleh media massa adalah tuan mereka. Sehinggakan mereka buta untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang benar, mana yang salah. Sejak dahulu lagi hingga kini, keadaan tidak berubah. Mungkin suatu hari nanti, apabila bencana menimpa, dek permainan media massa, barulah rakyat mula menggelabah, mula mencari nur-nur yang telah dilupakan sejak sekian lama. Harapnya kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...