Thursday, 14 October 2010

Langkah Pertama Ikatan Ukhuwah..

Salam.. Apa khabar teman diluar sana? harapnya sihat sejahtera. Mie kat sini pun ok je.. Syukur dengan kesihatan dan semua nikmat yang sedang dihirup dan sudah menjadi rezeki buat Mie.. Alhamdulillah, minggu ni bagi Mie, ibarat minggu pengikatan ukhuwah dengan sahabat-sahabat seperjuangan muslimin dan juga dengan adik-adik di bawah usrah Mie.

Malam selasa baru ni Mie berpeluang untuk mengumpulkan adik-adik usrah yang baru masuk ke kampus. Sudah lama sebenarnya berfikir dan merancang untuk mengadakan perjumpaan usrah namun berbagai-bagai halangan mendatang dengan kesibukan tugasan dan komitmen lain. Hanya berjumpa sekali sekala di masjid dan kedai makan. Namun alhamdulillah, dapat jua dipertemukan walaupun ada 3 orang yang tidak dapat hadir pada malam tu.

Alhamdulillah juga, adik-adik usrah semuanya dari kelas pengajian agama, yang sebelumnya sudah terdedah kepada usrah-usrah di sekolah dan matrikulasi. Jadi ini sebenarnya merupakan cabaran yang perlu Mie fikirkan untuk memenuhi level adik-adik. Maklumlah, ilmu masih sedikit dan memerlukan banyak pembelajaran untuk meningkatkan kualiti sebagai seorang naqib..huhu

Minggu ni jugak, Mie berpeluang untuk mengumpulkan sahabat-sahabat seperjuangan muslimin yang sedang menghadapi krisis ukhuwah. Bukan bergaduh cuma agak tidak mesra. Malahan ada yang merasakan hubungan dengan sesama sahabat sangat jauh walaupun sudah hampir setahun bersama dan perjuangan. Namun alhamdulillah, langkah pertama dalam memperbaiki keadaan ini sedang Mie cuba usahakan. Semalam pun sudah melihatkan bibit-ibit untuk mula membina jalinan ukhuwah antara satu sama lain.

Mie dilantik sebagai ketua untuk menyelaras program dan aktiviti kami di masa yang mendatang. Hujahnya kerana sekarang ini Mie adalah pemangku ketua dan dengan perlantikan ini akan memudahkan Mie untuk mengetahui keadaan semua sahabat-sahabat muslimin. Insya Allah Mie akan cuba untuk membina jalinan ukhuwah antara kita. Dua aspek utama yang perlu diberi perhatian iaitu tarbiah dan juga kebajikan. Jadi kalau ada teman-teman diluar sana, mempunyai pandangan atau cadangan untuk Mie, boleh komen kat ruangan komen kat post ni.. 

Oklah, dua hari ni Mie akan ke KL untuk menghantar adik Mie balik ke Mesir. Doakan Mie selamat. Jumpa lagi. Salam Ukhuwah.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...