Friday, 13 August 2010

I Think My Self Has Come Back!


Salam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat sahaja. Mie hari ni rasa dah dapat balik diri Mie yang hilang dalam seminggu ni. Syukur ke hadrat ilahi, rasa seperti hidup balik. Hidup dengan lebih semangat, lebih mengerti mengapa hidup ini perlu diteruskan. 

Bermula hari rabu baru ni, petang tu Mie ada kelas gerko unit beruniform. Lecturer tunjuk markah untuk projek buku skrap dan Mie dapat A++! Alhamdulillah.. Syukur sangat. Mie pun terkejut betul rasa. Dalam 51 orang tu, dua orang je dapat A++.. Mie dan sorang lagi kawan Mie Hafiz. Rasa cam baru keluar dari padang pasir yang panas kontang je. Yelah, sebelum ni kalau cakap bab pencapaian ni, Mie agak rendah la.. Tapi syukur kali ini dapat antara yang terbaik..

Pagi tadi Mie ada program iaitu 'projek buku' kat kampus ni. Projek nak hasilkan buku untuk persatuan Mie. Dalam dok buat-buat tu, Adib, sahabat Mie tanya tarikh lahir Mie. 
 
"Nak buat pe lak budak ni?" Rupa-rupanya dia nak isi dalam satu program yang keluar sifat personal kita berdasarkan tarikh lahir. Mie dapat no 5 dan apa yang dinyatakan dari hasilnya, Mie rasa macam dapat balik diri Mie yang sebenar. Yup, hakikatnya Mie seorang yang aktif, kreatif, merupakan seorang perintis. Dunia ini sekolah Mie, Mie suka mengambil risiko dan Mie suka mencari dan mengambil peluang yang ada. Malah Mie bukan jenis mudah putus asa dan lemah. Jadi Mie perlu kuat, cari balik mana matlamat Mie, hidup Mie, NENDO Mie!

Petang pulak, Kak Ana ada buka satu nasyid ni. Tah camne rasa suka sangat dengan nasyid ni. Mie rasa Mie pernah dengar tapi tak ingat kat mana. Tapi memang suka. Suka dengan lirik dan melodinya.. 

Kenapa er Mie suka? Mie suka sebab rasa dalam nasyid ni, ada sebab, mengapa Mie perlu terus hidup dengan diri Mie ada sekarang. Inilah jalan hidup yang dah Mie pilih dalam ketetapan takdir ilahi, yang perlu Mie lalui dengan penuh kerelaan..

Nak tahu nasyid pe?


Nasyid dari kumpulan Algebra dan tajuk lagu tu, 'Aku Rela'. Nasyid yang menjadi halwa telinga kepada kumpulan pro-mahasiswa untuk terus utuh berjuang di universiti-universiti dalam negara. Mie cuba cari video nasyid ni tapi takde. Jadi Mie letak lirik jela.. Kalau nak dengar, boleh download kat sini, Algebra; aku rela.

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara

Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..

Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..

Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa

Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..

Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga. 
 
Oklah teman-teman, dah dapat semangat ni, nak mula buat tugas-tugas Mie balik. Jumpa lagi.. Salam..

2 comments:

Anonymous said...

hidup ni ibarat roda..tatakala kita sakit, rasa lemah menguasai diri..tetapi setelah berusaha menelan ubat yg pahit, badan kan kembali sembuh..malah terasa kehidupan ini lebih manis..tahniah krn berjaya harungi dugaan.

fahmi89 said...

Alhamdulillah.. itulah kitaran roda kehidupan..harapnya masa lebih lama berada dipuncak kitaran berbanding di bawah sana.. Syukur atas segala kurniaanNya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...