Wednesday, 27 October 2010

Malaysia Hub Hiburan?

Hari ni Mie bangun dengan kepala meroyan-royan lagi.. Tengok lap top tak tutup, lampu cerah lagi.. Rupa-rupanya tertidur daa semalam.. Alang-alang bangun awal lagi ni, tambah lap top pun 'on' lagi, saje la buka untuk baca paper online.. 

foto dari malaysiakini.com
 
"Hah! betul ke ni?" terpancul dari mulut Mie, bila membaca satu berita di malaysiakini yang merujuk kepada inti pati ETP yang baru diumumkan oleh perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini. Maha dahsyat rancangan baru ni. Masakan tidak, sekurang-kurangnya di lima negeri, akan dibuka hub hiburan malam untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Kelab malam, spa dan konsert besar-besaran akan dirancang dan dibuka untuk menarik kehadiran pelancong asing dan juga untuk menampung jumlah yang dijangka akan meningkat berlipat kali ganda dari sekarang. Rancangan ini dianggarkan bernilai RM467 juta dan mamapu memberi pulangan kasar RM427 juta kepada kerajaan. Ia juga dijangka akan dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 8000 rakyat. 

Entah macam mana nak cakap, betapa panasnya rasa dilubuk hati ini, selepas habis membaca beberapa lagi laporan serupa dari beberapa website yang lain (harakahdaily). Adakah kita semua sedar bala bencana yang akan turun apabila hiburan diagung dan menjadi barang dagangan? 
Sedikit peringatan dari negara jiran yang baru sahaja berhadapan dengan amukan gunung berapi Merapi yang memusnahkan beratus-ratus kampung dan meragut lebih 150 nyawa. Disusuli pula dengan tsunami setinggi 10kaki yang mengorbankan lebih 40 orang dan beratus-ratus lagi masih hilang langsung tidak kita diendahkan. Masih butakah kita?

Hari ini masalah sosial hasil dari penyakit gilakan hiburan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Bagaimanakah keadaanya jika misi hub hiburan ini terlaksana? Bertambah baikkah? "Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (klik disini). Memperlihatkan kepada kita bahana yang bakal menyusul selepas ini. Hakikat bahawa masalah sosial akan semakin parah membarah dalam mayarakat. Kes zina. buang bayi dan keruntuhan institusi kekeluargaan akan menjadi mimpi ngeri yang akan terus menemani tidur rakyat sampai bila-bila.

Cukup lunak dan menggoda tawaran baru dari pihak pemerintah hari ini. Sehingga lupa hidup ini adalah milikNya. Dunia ini hanya sementara yang akan binasa bila tiba saatnya. Buatlah apa sahaja yang kalian inginkan. Tunggulah saat di mana hanya Allah dan neracaNya menjadi penentu segalanya. Yang beriman dan selamat dari golongan ini akan melihat si pemberi undi, si pelobi, si perancang, si pengecop persetujuan dan si pelaksana akan terjun bersama pemimpin-pemimpinnya  ke dalam neraka. Timbul persoalan, adakah inilah yang dinamakan projek "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, 26 October 2010

Ibarat Suruh Kambing Mandi..

Salam... Hari ni Mie berkesempatan untuk hadir ke program makan malam anjuran persatuan Mie di kampus. Namun apa yang mengecewakan adalah kehadiran dari kalangan ahli-ahli lelaki yang agak kurang. Ditambah pula acara yang dirancang kurang menjadi dan hambar sahaja. Namun Alhamdulillah masih dapat berjalan dengan baik dan perut pastinya kenyang! hehehe

Semasa sesi post mortem tadi, adalah sorang sahabat Mie merungut dan mengusulkan untuk mewajibkan kehadiran ke program-program besar agar masalah kehadiran ini dapat diatasi. 

Namun apa yang menjadi persoalan di sini adalah bukan kerana arahan untuk mewajibkan atau sebaliknya tetapi adalah dari hati masing-masing. Kerja-kerja berorganisasi ini bukan mudah dan selalunya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan meterialistik pun. Malah kadang-kala terpaksa untuk mengeluarkan duit dari poket sendiri. Jadi ini sudah tentu jika arahan mewajibkan sekalipun dikeluarkan, belum tentu mereka akan datang dan jika datang sekali pun hanya kerana terpaksa.

Perlunya Tarbiah!
Hakikat bahawa proses pentarbiahan hendaklah diberi penekanan bukan sahaja secara tidak langsung namun mestilah secara sistematik dan terancang. Perlunya perancangan yang bukan sahaja sekadar melengkapkan keperluan malah mestilah lengkap dan realistik untuk dijalankan. Namun timbul persoalan, kenapa perlu tarbiah, bukan pembangunan profesional? Bukan Pemantapan jati diri?


Tarbiah adalah secara kasarnya bermaksud mendidik. Mendidik ini bukan sahaja sekadar mengajar malah lebih daripada itu. Bermula dengan memberi input hinggalah kepada bagaimana input itu digunakan. Setiap input yang diberi mengandungi konsep dan intipati yang perlu diberi perhatian dan difahami dengan sebaiknya. Setelah itu diberi pula panduan-panduan untuk menggunakan input dalam kehidupan kelak agar tidak disalahguna dan bermanfaat. 

Itulah yang dinamakan tarbiah dan bagaimana ia berbeza dengan item-item pembinaan diri yang lain. Tarbiah yang bukan sekadar pada lahiriah namun jauh menyelusup ke sanubari manusia. Bila mana tarbiah menyelusup, akan disebarkan segala khasiat ilmu kepada seluruh elemen manusia iaitu akal, emosi, jiwa dan nafsu yang akan membentuk individu yang bukan sahaja profesional malah mempunyai jati diri yang cukup kuat. Pembentukan ini juga bukan bersifat sementara malah akan terus bertambah baik dari semasa ke semasa.

Inilah sebabnya mengapa perlunya tarbiah dalam organisasi, Lebih-lebih lagi dalam organisasi yang cuba membawa agama Allah dalam dunia yang penuh pancaroba kini. Jika tidak, segala kerja ibarat menyuruh kambing mandi. Kita boleh membawa kambing ke sungai namun jika ia masih tidak memahami mengapa perlunya mandi, masakan mungkin ia akan terus mandi.

Justeru itu, gerak kerja tarbiah amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan kekuatan organisasi baik dari dalam mahupun luar. Walau bagaimanapun, setiap apa yang kita rancang, hendaklah sentiasa berserah kepadaNya kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Allahu Akbar!
 

Monday, 25 October 2010

Islamic Fashion Festival : Dedah Rakyat Malaysia Hamba Media Massa!

Tidak sampai setahun isu penghinaan terhadap Rasulullah oleh pembikin filem dan ahli parlimen Belanda berlaku, kini kebiadaban yang sama juga berlaku di negara kita sendiri. Semuanya terjadi dalam satu fastival fasyen yang dinamakan Islamic Fashion Festival di ibu negara baru-baru ini. 
 

Festival yang dikatakan bertujuan untuk membawa dimensi baru kepada pakaian dan fesyen dalam masyarakat islam dan dinaungi oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansur bertukar menjadi peragaan penghinaan kepada syariat islam dan rasulullah sendiri. Masakan tidak, dengan pakaian-pakaian yang didakwa sebagai pakaian islam sebenarnya tidak ubah seperti gaun-gaun model dan artis Hollywood. Aurat terdedah sana sini, ada yang ketat dan nipis sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi dari pandangan ramai. Hal ini amat memalukan dan cukup mengguriskan ditambah lagi nama Rasulullah dihina deaib-aibnya dengan tulisan 'Muhammad' dalam bahasa arab diletakkan di dada wanita secara terbalik. 


Isu yang hendak dikupas di sini adalah bukan kerana Rosmah yang menjadi penaung tetapi untuk cuba kita lihat secara keseluruhannya, bagaimana rakyat Malaysia menghadapi isu ini. Isu ini mula panas apabila Dr. Lo'Lo', salah seorang ahli parlimen dari PAS mendedahkan program yang dinaungi dan juga di hadiri oleh Najib sendiri. Seterusnya pelbagai pihak mula bercakap dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi mengecam program ini dan menggerakkan penganjuran perhimpunan mendesak penaung program tersebut untuk memohon maaf kepada seluruh umat islam. Ditambah lagi dengan kenyataan Dr. Asri agar Rosmah memohon maaf dan mendapatkan nasihat dari penasihat agama. 
 
Namun media massa khususnya media perdana tidak menyiarkan isu ini sama ada dalam akhbar mahupun di televisyen. Timbul persoalan, adalah disebabkan isu ini tidak didendangkan di media massa, maka tiada yang memberi respon? Tidak seperti isu-isu lain yang melibatkan agama seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam, isu orang islam masuk ke masjid dan isu kandang babi di Selangor dulu yang didendang selunak-lunaknya. Sehingga menimbulkan pelbagai suara dan beberapa tindakan dari semua pihak.

Sedar atau tidak, hakikatnya rakyat Malaysia kebanyakannya rela diri mereka dimelembu oleh media-media massa. Seolah-oleh media massa adalah tuan mereka. Sehinggakan mereka buta untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang benar, mana yang salah. Sejak dahulu lagi hingga kini, keadaan tidak berubah. Mungkin suatu hari nanti, apabila bencana menimpa, dek permainan media massa, barulah rakyat mula menggelabah, mula mencari nur-nur yang telah dilupakan sejak sekian lama. Harapnya kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.

Saturday, 23 October 2010

Aku Jadi YB!


Salam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat je..Mie pun sihat.. Hari ni, Mie boleh jadi YB tao! hehe.. Gempak je bunyinya.. Sebenarnya hari ni Mie ada program turun ke dalam masyarakat menjadi pembantu penyelidik untuk sebuah penyelidikan sebuah badan NGO.. Kawasan yang Mie turun tu Bachok, Kelantan.. 
 
 
Kawasan Bachok ni bukanlah kawasan bandar atau luar bandar sangat. Lebih kepada sebuah kampung yang agak padat dengan penduduk. Bandarnya juga tidaklah besar. Boleh dikatakan hanya sekadar pekan sahaja. Masyarakat kat sini kebanyakannya nelayan dan juga petani. Ada juga yang bekerja dengan kerajaan sama ada agensi kerajaan negeri atau pusat dan bekerja sendiri seperti berniaga dan lain-lain. Daerah ini terbahagi kepada dua iaitu yang berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dan kawasan pedalaman yang berbukit bukau.

Banyak yang pelajari hari ni.. Paling utama, dapat menyelami denyut nadi rakyat marhain yang berbagai-bagai ragam dan penuh citra warna. Ada yang best, suka, lawak dan ada juga yang sedih, kelat dan duka. Responden pertama Mie adalah seorang pak cik yang kini sudah pencen dari bidang pertanian dek kerana keuzuran usia. Menceritakan betapa sepanjang hidupnya, tidak pernah merasa sebarang bantuan dari kerajaan walaupun hidup susah. Hanya sekadar mendengar bantuan itu dan ini tetapi satu sen pun tidak pernah sampai. Cukup sedih pak cik ni.

Responden kedua dan ketiga lak bercakap mengenai sikap penghulu tempatan yang mengamalkan kronisme iaitu apabila bantuan atau peruntukan diumumkan, nama yang berhak diambil namun bantuannya tiada. Yang miskin tidak dapat, tiba-tiba yang agak senang kehidupannya pula yang dapat..adoi..

Responden seterusnya bercakap mengenai masalah sosial yang teruk dalam kalangan remaja khususnya yang terlibat dengan penagihan dadah dan mencuri. Sehinggakan menurut seorang lagi responden menyatakan untuk meninggalkan rumah tidak berkunci untuk ke masjid selama 20 minit amat merbahaya. Anak-anak gadis pula takut untuk ditinggalkan sendirian di rumah, takut perbuatan khianat dan pencabulan. 

Terdapat juga aduan untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan sosial seperti balai raya, dewan tertutup untuk masyarakat khususnya golongan remaja bersukan dan juga kelas-kelas kemahiran untuk ibu tunggal, suri rumah dan remaja yang tercicir dari sistem pendidikan semasa. Ramai juga melihat kemudahan asas juga perlu dibina dengan lebih baik dan efisyen.

Ha.. Camtu la Mie hari ni.. Dah cam YB la plak.. Bukan menang dun Galas atau parlimen Batu Sapi tapi hanya sekadar wakil NGO je.. Hehe.. Pengalaman yang lawak pun ada. Semasa Mie mendekati seorang responden ni, dia menyangka Mie ni pegawai untuk memberi bantuan. Siap tanya lagi " Awe (awang) ni gawa (pegawai) beri bantue (bantuan) ko?" hahaha.. Ada pulak Mie ni pengawai. Study pun tak habis lagi.. Ada bakat kot..hahaha

Oklah, penat betul rasanya. Esok ada program khidmat masyarakat pulak untuk BIG (bina insan guru). Penatnya..huhu.. Taking good care..salam.. (^_^)

Wednesday, 20 October 2010

10 Tips Menanam Keyakinan Diri


Salam.. Pekabo teman-teman? harapnya sihat selalu.. Semenjak kebelakangan ini, My Si Dia Mie selalu bertanya macam mana lah nak bina keyakinan diri ye? Mie pun cuba-cubalah cari dalam sesawang internet ni.. Jadi hari ni Mei nak share beberapa tips untuk menanam keyakinan diri yang Mie dapat daripada website iloveislam.com. Selamat mencuba!!

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
 
01.  Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
 
02.  Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
 
03.  Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
 
04.  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
 
05.  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
 
06.  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
 
07.  Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
 
08.  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  
09.  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
 
10.  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri. Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Kepada My Dear Mie, jangan putus asa dan teruskan perjuangan dalam hidup, biar apapun yang hadir. Jadilah diri sendiri dan yakin dengan kebolehan diri. You can do it! (^_^)

Tuesday, 19 October 2010

Kuburkan Fasis:Tegakkan Keadilan Untuk Semua

Dari Detikdaily (20/10/2010) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pendahuluan
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (Surah al-Qashash, ayat 4-5) bermaksud : Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.  Dan kami hendak memberi kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).

Fasis ditakrfikan sebagai penganut faham nasional yang didasarkan kepada pemerintahan yang bertindak atas keekuasaan daripada hak-hak demokratik.<1> Manakala fasisme pula merujuk kepada sistem (pandangan) politik puak pelampau yang berhaluan kanan.<2>  Di dalam al-Quran, ada menceritakan bagaimana pemerintahan puak pelampau dengan kebanggaan keturunan yang telah mengorbankan ribuan nyawa penentangnya.  Kisah Firaun yang menyembelih anak-anak lelaki Bani Israil kerana tidak sedarah dengan bangsanya iaitu Qibti merupakan kisah yang diulang-ulang di dalam al-Quran.
 
Demikian juga kisah Namrud iaitu raja di zaman Nabi Ibrahim AS yang terkenal dengan dasar pemerintahan yang zalim dan kezaliman telah dilakukan oleh ashabul ukhdud ke atas orang-orang yang mentaati ajaran Tuhan (mereka yang beriman).  Ini menunjukkan bahawa fasis atau fasisme tidak hanya bermula pada zaman sejarah moden tetapi telah bermula semenjak tamadun awal manusia lagi.  Justeru Islam datang kemudiannya adalah untuk mengkuburkan amalan dan fahaman fasis/fasisme dengan formula yang tersendiri.

Islam menolak fasisme

Islam adalah agama dari langit, diturunkan Allah melalui wahyu.  Penyampai wahyunya adalah malaikat Jibrail dan disampaikan kepada Nabiu Muhammad SAW.  Dua kandungan besar dalam ajaran Islam, iaitu pertama dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dan bukan milik manusia dan manusia hanyalah bertaraf seorang penumpang di bumi. 
 
Sehebat manapun seorang penumpang atau tetamu, dia tidak boleh melakukan apa sahaja yang disukainya.  Ibarat seorang pemimpin yang bertamu di rumah orang lain, tentu sekali hanya boleh naik jika dijemput naik.  Duduk pula di ruang tamu dan tidak boleh meredah masuk kecuali dengan keizinan.  Begitulah penumpang di bumi Allah SWT.  Mana mungkin seorang penumpang yang datang bertamu di bumi ini boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki olehnya?  Nabi Muhammad SAW telah bersabda (dalam Sahih Bukhari) yang bermaksud "Jadilah kamu di dunia seolah-olah kamu bertamu atau bersinggah (di dalam perjalanan)."
 
Kedua, Islam mengajar penganutnya bahawa selepas hidup ini akan ada kematian dan dibangkitkan pula untuk hidup di akhirat.  Hidup ini tidak akan tamat sahaja setakat di dunia, tetapi ia akan bersambung dengan hidup di alam akhirat.  Hidup di akhirat ialah hidup yang berkekalan.  Oleh sebab itu, akan berlaku proses pengadilan selepas dibangkitkan nanti.  Ketika itu setiap orang akan melalui penghakiman atas apa yang dia buat semasa hidup di dunia.  Atas nilai ajaran Islam yang sebeginilah seorang Islam sama ada bertaraf pemimpin atau rakyat biasa adalah tidak boleh melakukan amalan fasis dengan menzalimi orang lain.
 
Dengan perkataan lain, Islam melarang seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.  Jauh sama sekali bagi pemimpin itu untuk menjadi seorang pemimpin fasisme.  Maka tidak perlu khuatir apabila seorang pemimpin Islam memerintah, dia tidak mungkin menzalimi rakyatnya.  Namun, dukacitanya ada pemimpin yang berlagak Islam, tetapi gaya memerintahnya adalah fasis, maka pemimpin itu mungkin pelampau yang hanya berwajah Islam.  Pemimpin sedemikian merupakan menifestasi kekosongan hati dan jiwa yang tidak takut kepada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan sekalian manusia!
 
Islam mampu mencegah fasis
 

Kekuatan ajaran Islam adalah berupaya memupuk keyakinan terhadap wujudnya hari pembalasan di akhirat kelak.  Islam boleh menjadikan seorang itu patuh kepada ajaran agama dan gerun untuk melakukan dosa walaupun di dalam situasi tidak ada seorang pun melihatnya.  Walaupun di situ tidak ada anggota penguatkuasa atau kamera litar tertutup (CCTV).
 
Ajaran Islam memberitahu setiap penganutnya, bahawa setiap masa akan ada pencatat ghaib (tidak nampak) yakni Malaikat sentiasa berada di bahu kanan dan kiri yang tugasnya sentiasa menulis apa sahaja yang kita lakukan.  Catatan itu akan dibentangkan di hari penghakiman, maka berat timbangan atas perbuatan buruk balasannya siksaan neraka, sebaliknya berat timbangan atas perbuatan baik balasannya  syurga.  Ajaran ini sepatutnya menghalang setiap pemimpin bertindak fasis ke atas rakyat, malah akan gerun untuk melakukan menindas, merampas dan tidak beramanah dengan amanah rakyat dan negara.Justeru, Allah SWT memberi ingatan kepada manusia betapa Dia sedia melaksanakan Pemantau ke atas setiap tindak-tanduk manusia.  Dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan (Surah al-Hadid, ayat 4) yang bermaksud: Dan dia bersama kamu di mama saja kamu berada, dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. 

<1> Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, hal. 408.
<2> Ibid.

Artikel penuh di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=10228

Monday, 18 October 2010

Perjuangan Ideologi Di Alam Kampus!

Ideologi, yang berasal daripada perkataan idea mencetuskan definisi iaitu menurut kamus English Oxford (profesional edition) adalah sistem idea dan cita-cita membentuk dasar suatu teori ekonomi atau politik. Dengan kata lain adalah set keyakinan ciri-ciri dari kumpulan sosial atau individu. Sejak dahulu lagi, ideologi merupakan suatu perkara yang akan mencetuskan pelbagai perbezaan sama ada dari sekecil-kecil perkara seperti budaya makan hingga kepada sebesar-besar perkara iaitu kepercayaan dan dasar terhadap sesuatu perkara.

Hari ini idiologi bukan sahaja berlegar dalam golongan pemimpin politik atau cendekiawan sahaja malah sudah mengalir ke kampus-kampus universiti dan kolej. Tidak terkecuali institut-institut pengajian tinggi dan pendidikan di negara kita. Sejak dahulu lagi, universiti menjadi tempat kepada penyemaian pelbagai ideologi kerana di situlah terkumpulnya golongan pelajar-pelajar yang cerdik pandai yang akan mewarisi negara kelak. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita, di mana universiti menjadi nadi kepada banyak kebangkitan ideologi-ideologi seperti mana pada tahun 70an dan 80an yang mana ideologi revolusi islam mula memuncak sehinggakan mahasiswa mula celik akan kepentingan agama dalam kehidupan masyarakat yang kesannya masih terasa hingga kini.

Semakin hari semakin banyak ideologi yang mula menyusup ke kampus sama ada dari dalam mahupun luar negara. Malah setiap ideologi berjaya mendapat pendokong-pendokong yang sanggup berjuang dan mempertahankan ideologi yang dibawa. Sehinggakan pada kemuncaknya kerajaan pemerintah cuba menyekat pengaruh perkembangan ideologi dengan memperkenalkan Akta AUKU dan lain-lain akta untuk tujuan yang sama. 

Persoalannya sejauh manakah kesannya perkembangan kepelbagaian ideologi terhadap negara? Pada peringkat awal ramai yang melihat perkembangan ideologi merupakan suatu yang sihat malah secara tidak langsung akan melahirkan cerdik pandai yang cukup berwibawa dan berwawasan. Ini kerana ideologi dilihat mampu membina tahap pemikiran yang tinggi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan tahap intelektual dalam kalangan mahasiswa. 

Namun lama kelamaan, perkembangan ideologi yang tidak terkawal mula menampakkan kesan negatif dan menimbulkan permasalahan dalam komuniti kampus. Hakikat bahawa wujudnya penyokong yang taksud dan fanatik, pergeseran antara ideologi dan perpecahan dalam mahasiswa semakin menjadi-jadi yang akhirnya mula menjadi barah yang merosakkan nama mahasiswa itu sendiri. Ianya datang dari diri mahasiswa itu sendiri yang secara keseluruhannya merupakan anak-anak muda yang masih mentah dan selalu mudah terpengaruh dan melakukan pilihan yang salah atau terlalu mengikut emosi.

Akhirnya perjuangan ideologi dipandang serong dan mahasiswa baru mula kembali kepada keadaan neutral dengan tidak menyokong mana-mana ideologi yang akhirnya lahirlah mahasiswa kini yang hanya mampu mengangguk dan hanyut dalam dunia masing-masing seperti lembu kekenyangan. Dan sekali lagi, perjuangan ideologi mula dimainkan kembali, sedang berakar umbi dalam masyarakat kampus. Ideologi lama dan baru mula didendang kembali dengan penyokong dan pendokong baru. Sejarah mula berputar kembali bak sebuah roda.

Persoalan kedua adalah, adakah setiap ideologi itu baik atau adakah semuanya buruk? Cukup sukar bagi Mie untuk menjawabnya. Namun, setiap persoalan pasti ada penyelesainya dan sebagai pendokong kepada perjuangan yang berlandaskan islam, AL-QUR'AN dan SUNNAH lah yang akan menjadi petunjuknya. Allah telah mengariskan dalam Al-Kitabnya dan diperjelas dalam sunnah Rasulullah, bagaimana untuk menilai dan membuat pilihan dalam segala aspek termasuklah dalam bab untuk membuat pilihan ideologi manakah yang harus dipilih. Malah ulama-ulama juga rancak berbincang mengenai hal-hal berkaitan ideologi ini, sehingga melahirkan pelbagai pendapat dan perbezaan. 

Namun, apa yang paling asas dalam memilih ideologi yang akan dipegang adalah ianya tidak lari dari prinsip dan syariah islam. Ideologi itu juga mestilah lahir dari intipati islam dan bukan bertujuan untuk memperjuangkan perkara-perkara mungkar, Justeru itu, pemilihan ideologi yang bukan berasaskan islam adalah salah malah mampu memcacatkan keimanan dan keislaman seseorang. Mungkin ia kelihatan mudah namun jika kita tidak berhati-hati, sejarah lalu pasti akan kembali.

Sunday, 17 October 2010

"Menjemput Bidadari" by Epicentrum

Salam.. Hari ni Mie nak share satu lagi lagu yang Mie dapat dari kawan Mie. Dia cakap, lagu ni dari sebuah novel Versus by Hlovate. Tapi Mie pun tak pernah baca lagi novel tu. Pe pun, lagunya agak best la.. So, siapa-siapa nak download boleh klik di sini.

Kat bawah ni lak liriknya.

Bila Yakin Tlah Tiba

Teguh Didalam Jiwa
Kesabaran Menjadi Bunga

Sementara Waktu Berlalu
Penantian Tak Berarti Sia Sia
Saat Perjalanan Adalah Pencarian Diri

Laksana Zulaikha Jalani Hari
Sabar Menanti Yusuf Sang Tambatan Hati
Dipenantian Mencari Diri
Memohonkan Ampunan Dipertemukan

Reff Epicentrum
Segera Kan Kujemput Engkau Bidadari
Bila Tiba Waktu Kutemukan Aku
Ya Ilahi Robbi Keras ku Mencari Diri Sepenuh Hati
Teguhkanlahku Dilangkah Ini
Dipenantian Hakikat Diri
dan Izinkan Kujemput Bidadari
Tuk Bersama Menuju Mu Sepenuh Hati

Kini Yakin Tlah Tiba
Teguh Didalam Jiwa
Kesabaran Adalah Permata

dan Waktu Terus Berlalu
Penantian Tak Berarti Sia Sia
Saat Perjalanan Adalah Pencarian Diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun Kebumi Terpisah Jarak Waktu
Dipenantian Mencari Diri
Memohonkan Ampunan Dipertemukan

Bidadari Tlah Menyentuh Hati
Teguhkan Nurani
Bidadari Tlah Menyapa Jiwa
Memberikan Makna

Thursday, 14 October 2010

Langkah Pertama Ikatan Ukhuwah..

Salam.. Apa khabar teman diluar sana? harapnya sihat sejahtera. Mie kat sini pun ok je.. Syukur dengan kesihatan dan semua nikmat yang sedang dihirup dan sudah menjadi rezeki buat Mie.. Alhamdulillah, minggu ni bagi Mie, ibarat minggu pengikatan ukhuwah dengan sahabat-sahabat seperjuangan muslimin dan juga dengan adik-adik di bawah usrah Mie.

Malam selasa baru ni Mie berpeluang untuk mengumpulkan adik-adik usrah yang baru masuk ke kampus. Sudah lama sebenarnya berfikir dan merancang untuk mengadakan perjumpaan usrah namun berbagai-bagai halangan mendatang dengan kesibukan tugasan dan komitmen lain. Hanya berjumpa sekali sekala di masjid dan kedai makan. Namun alhamdulillah, dapat jua dipertemukan walaupun ada 3 orang yang tidak dapat hadir pada malam tu.

Alhamdulillah juga, adik-adik usrah semuanya dari kelas pengajian agama, yang sebelumnya sudah terdedah kepada usrah-usrah di sekolah dan matrikulasi. Jadi ini sebenarnya merupakan cabaran yang perlu Mie fikirkan untuk memenuhi level adik-adik. Maklumlah, ilmu masih sedikit dan memerlukan banyak pembelajaran untuk meningkatkan kualiti sebagai seorang naqib..huhu

Minggu ni jugak, Mie berpeluang untuk mengumpulkan sahabat-sahabat seperjuangan muslimin yang sedang menghadapi krisis ukhuwah. Bukan bergaduh cuma agak tidak mesra. Malahan ada yang merasakan hubungan dengan sesama sahabat sangat jauh walaupun sudah hampir setahun bersama dan perjuangan. Namun alhamdulillah, langkah pertama dalam memperbaiki keadaan ini sedang Mie cuba usahakan. Semalam pun sudah melihatkan bibit-ibit untuk mula membina jalinan ukhuwah antara satu sama lain.

Mie dilantik sebagai ketua untuk menyelaras program dan aktiviti kami di masa yang mendatang. Hujahnya kerana sekarang ini Mie adalah pemangku ketua dan dengan perlantikan ini akan memudahkan Mie untuk mengetahui keadaan semua sahabat-sahabat muslimin. Insya Allah Mie akan cuba untuk membina jalinan ukhuwah antara kita. Dua aspek utama yang perlu diberi perhatian iaitu tarbiah dan juga kebajikan. Jadi kalau ada teman-teman diluar sana, mempunyai pandangan atau cadangan untuk Mie, boleh komen kat ruangan komen kat post ni.. 

Oklah, dua hari ni Mie akan ke KL untuk menghantar adik Mie balik ke Mesir. Doakan Mie selamat. Jumpa lagi. Salam Ukhuwah.. (^_^)

Tuesday, 12 October 2010

Bukan Senang Nak Bagi Orang Faham...

Salam.. Alhamdulillah hari ni Mie selamat dah exam satu paper.. Exam seni ni memang advancure la bg budak-budak math ni..huhu.. Tapi hari ni bukan tu yang Mie nak cite. Cite exam ni xbest la.. Nak cite pe yang selalu Mie lalui dan hari ni rasa nak cite lak dalam blog ni..hihi

Walaupun nama Mie ni Fahmi (kefahamanku), tapi memang susah la nak buat orang faham pe yang Mie rasa, fikir, cakap dan pe-pe jela yang Mie cuba nak sampaikan. Tah kenapa daa.. Selalu camtu.. huhu agak mengecewakan dan kadang-kadang buat Mie rasa down je.. Mie cuba berfikir positif, mungkin sebab dari diri Mie sendiri jugak. Mungkin cara percakapan mi, cara Mie persembahkan sesuatu, atau cara mi berkomunikasi yang tak betul. So, Mie kene baiki la untuk improve diri Mie..kn?

Pe pun, Mie memang susah untuk cakap pe-pe sal orang yang buat Mie terasa dengan dia. Lebih-lebih lagi kalau sesuatu perkara tu kalau Mie cakap kat orang tu, akan buat orang tu sakit hati ke, jadi down ke, pe pe yang negatif lah. Lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling Mie dan jugak orang yang Mie sayang. Kadang-kadang tu rasa je nak cakap tapi bila fikir 2 saat, terus jadi pendam je.. Biar Mie jela yang tahu..

Tapi tu lah, sakit tol rasa bila kita pendam perasaan kita. Nak tak nak, kene lah pujuk diri sendiri. Dan yang paling penting senyum sokmo dan terus buat happy. Time ni la baru rasa, pe itu perasaan. Sebab rasa sangat.. Nak-nak bila lonely.. Fuh, memang power.. Kesakitan tu, cukup menggiler..hehe..

Sebab tulah, kene selalu dengan yang Maha Esa.. Bila time-time gini, kene kuat. So sape lagi yang boleh bagi kekuatan selain Dia? Doa, zikir, tenangkan diri, perlu dijadikan amalan dan pendinding dalam hidup ni. Tak kira time happy ke, sakit ke, ada masalah ke, setiap masa kene dekat dengan Nya..

Berbalik kepada topik kita hari ni. Orang selalu cakap, kita kene faham keadaan dan situasi orang. Kene tahu masalah yang timbul yang memungkinkan sesuatu tidak berjalan seperti yang dijangka. Tapi camne kalau orang dah cuba nak faham, tapi masalah tetap timbul? Menyebabkan orang mula rasa 'fed up' dan rasa nak baling selipar jepun je kat dia? Situasi camni memang selalu terjadi. Lebih-lebih lagi bila masalah yang sama berulang-ulang. Tu lah yang sedang Mie hadapi sekarang ni dengan beberapa orang sahabat dalam perjuangan. Tah camne nak cakap lagi..huhu..

Ingat dia je ke dalam dunia ni yang ada kerja, ada komitmen lain, ada masalah? Orang lain tak penat ke? Orang lain pun sama jugak la bro.. Tapi semua tu lah yang dibuatnya alasan. Bila dikurangkan beban pun, dua kali lima jugak, tetap tak jalan. Siapa-siapa kat luar tu, yang ada cara untuk Mie hadapi makhluk spesis camni, boleh la cakap kat ruangan komen kat post ni, ok?

Klah, nak sambung kerja lagi ni..Wassalam.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...