Monday, 24 May 2010

Taktikal Vs Seni



Kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah musim 2009/2010 melabuhkan tirainya dengan Inter Milan berjaya merangkul piala kejuaraan dalam perebutan dengan Bayen Munich. Inter Milan terpaksa menelan penantian 45 tahun untuk merangkul kejayaan berganda setelah memenangi dua lagi piala dalam Serie A iaitu piala itali dan liga itali. Kejayaan ini hadir setelah kelab tersebut dikendalikan oleh seorang pengurus TAKTIKAL, Jose Mourinho.

Jose Mourinho merupakan seorang pengurus bola sepak yang cukup dikagumi dalam merancang taktikal pasukan. Chelsea dan Porto merupakan beberapa kelab yang berjaya dikemudi oleh beliau arena bola sepak Eropah. Walaupun sering berpindah dari satu kelab ke satu kelab yang lain, namun beliau berjaya mengemudi setiap pasukan yang dikendalikannya memenangi kejuaraan. Namun tidak ramai yang menyukai cara beliau yang dikatakan tiada seni permainan bola sepak.


Louis Van Gaal juga merupakan pengurus pasukan Bayen Munich. Seorang yang dikatakan mempunyai jiwa pemain bola sepak. Seorang pemain Bayen Munich, Van Bommel menyatakan Louis merupakan seorang yang akan melatih pemain lebih kepada seni permainan bola sepak. Bommel juga yang merupakan bekas anak didik Mourinho tidak menyukai cara Mourinho yang lebih kepada tektikal.

Taktikal Vs Seni

Best mengulas padahal tak tengok pun perlawanan dorang sebab sibuk dengan study untuk exam.. hehehe.. Namun Sejarah tetap sejarah. Bagi aku, ini merupakan perjuangan antara taktikal vs seni. Bagaimana dua elemen yang berbeza menjadi teras kepada momentum kepada pejuang-pejuangnya dalam mengharungi perjuangan. Bagaimana dua elemen ini menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan dalam perjuangan.

Taktikal, merupakan suatu yang cukup dipandang enteng oleh kebanyakan masyarakat mahupun pejuang kini. Mengapa? Kerana masing-masing lebih mengagungkan semangat, slogan dan kata-kata yang kebanyakannya lahir dari retorik-retorik khayalan. Sehingga kadang kala taktikal dipandang sepi dan dibuang dari pertimbangan pemikiran. Merasakan dengan kata-kata semangat, slogan dan ucapan berapi-api sudah cukup untuk memenangi pertarungan, peperangan dan perlumbaan nanti.

Sistem, strategi, pelan, perancangan dan seumpamanya merupakan inti pati kepada taktikal. Manakala semangat, kata-kata slogan, impian merupakan inti pati dalam seni. Orang yang selalu bermain dengan taktikal selalunya berada di belakang tabir, bergerak secara senyap, kelihatan lemah, bodoh, tidak berupaya, kolot malah ada kala dituduh pengecut, penakut dan bacul. Berbeza dengan sang pengamal seni, dilihat bersemangat, segar, kuat, berani, bijak dan hebat. Namun sejarah telah membuktikan, ramai sang pengamal seni akan tersungkur dalam peperangan dek kerana kurangnya kelengkapan, perancangan yang teruk dan akhirnya dipandang hina baik musuh mahupun ahli pejuang lain.

Namun hakikatnya kedua-dua elemen ini amat penting dalam mengembeleng sesebuah organisasi sama ada kelab, persatuan, negara mahupun dunia. Contoh yang paling nyata, Al-Quran yang diturunkan Allah kepada manusia merupakan gabungan ayat-ayat semangat dan inti pati-inti pati taktikal. Kitab yang menjadi panduan sekalian umat Islam itu bukan sahaja dimuat dengan kata-kata semangat, malah penuh dengan elemen-elemen taktikal seperti dalam surah As-Saff, Al-Imran, Al-Hujurat dan sebagainya. Begitu juga The Most Integrated People, Rasulullah dan mencorak sunnahnya. Baginda bukan sahaja bijak dalam berpidato, bersyair, berkata-kata semangat malah turut cemerlang dalam merancang pelbagai taktikal seperti dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, peristiwa Hijrah dan seumpamanya.

Kita lihat di dalam peristiwa Hijrah umpamanya, bagaimana baginda merancang perjalanan hijrah baginda ke Yatrib pada masa itu. Bermula dengan proses membuat perancangan. Rasulullah telah keluar ke rumah sahabatnya, Abu Bakar diwaktu tengahari untuk menyembunyikan pergerakannya. Ini kerana masyarakat arab pada masa itu akan tidur pada waktu tengahari kerana suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Seterusnya semasa peristiwa hijrah berlangsung di mana Rasulullah ke selatan Mekah terlebih dahulu, walhal Yatrib berada di utara Mekah. Malah digunakan segerombolan biri-biri untuk menghapuskan jejak kuda rasulullah. Ini adalah untuk mengelirukan kumpulan kafir Quraish yang berniat untuk membunuh baginda. Seterusnya baginda menggunakan jalan di pesisir Laut Merah yang jarang dilalui orang untuk mengelakkan pertembungan dengan pengintip dan pembunuh upahan kafir Quraish.

Ini memperlihatkan kepada kita, betapa kedua-dua elemen iaitu taktikal dan seni memainkan peranan dalam kejayaan peristiwa hijrah. Rasulullah menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dengan tepat dan betul dan inilah merupakan kunci kejayaan baginda dalam perang-perang yang berlaku pada tahun-tahun berikutnya. Taktikal memainkan peranannya dalam menyediakan dan memenuhi keperluan organisasi tersebut untuk menang manakala seni menjadi pelengkap dan pemangkin kepada persediaan-persediaan yang telah dijalankan.

Justeru itu, setiap saf kepimpinan dalam mana-mana organisasi amat memerlukan dua elemen ini. Jika salah-satu tercicir, tunggulah kehancuran dan keruntuhan organisasi tersebut. Sekian, Wassalam.

Saturday, 22 May 2010

Kualiti Khutbah Jumaat Hari Ini Jatuh: Mengapa?

Khutbah jumaat minggu ni kat masjid dekat IPG aku bertemakan "Cukai". Masjid tempat jumaat itu merupakan sebuah masjid di dalam sebuah sekolah menengah. Maka ramailah dalam kalangan sang pendengar itu adalah para pelajar.

Tok khatib mula menghuraikan apakah itu cukai dalam sesebuah negara dan kepentingannya. Secara keseluruhannya, dapatlah aku simpulkan, khutbah hari ini adalah merupakan satu kempen membayar cukai. Ahli jumaat diterangkan akibat daripada melewatkan proses membayar cukai. Seolah-olah cukai merupakan sesuatu yang paling wajib ditunaikan hari ini.

Aku cuba menilai dan membuat sedikit pemerhatian. Oleh kerana ramai dalam kalangan sang pendengar itu adalah pelajar, ramai yang hanya mengangguk-ngangguk dalam dunia masing-masing. Sebilangan yang mendengar sepintas lalu, masuk di telinga kanan keluar di telinga kiri. Masakan tidak, tajuk khutbah pun sudah lari dari dari dunia mereka. Tambahan pula isi khutbah cukup lemah, hanya membincangkan apa itu cukai, mengapa perlu dibayar cukai dan kesan tidak membayar cukai.

Pada hematku, tema cukai masih boleh digunakan namun mestilah penghuraiannya cukup baik dan memenuhi tahap dan kefahaman para pendengar sama ada kanak-kanak, pelajar, remaja, ibu bapa dan warga emas. Contohnya ciri-ciri cukai menurut islam, sumbangan cukai dalam pembangunan islam, syarat-syarat cukai dalam islam dan seumpamanya. Oleh yang demikian, ahli jumaat dalam melihat bagaimana islam membentuk kehidupan.

Namun hari ini kebanyakan khutbah hanya memenuhi telunjuk pemerintah. Apabila terdapat kempen-kempen negara seperti kempen kesedaran kebersihan, H1N1, hari merdeka dan seumpamanya, khutbah jumaat menjadi salah satu cara untuk menyampaikannya. Memang diakui, isu semasa boleh dimasukkan. Namun pada pandanganku, isu-isu yang dimasukkan mestilah bersifat sejagat dan lebih keutamaannya terhadap umat islam. Masalah penindasan terhadap umat islam, isu keadilan, isu akidah, isu keruntuhan akhlak dan sebagainya lebih utama dari membincangkan isu-isu remeh seperti cukai, buah-buahan tempatan, gotong-royong dan seumpamanya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab kepada pihak berwajib dan berkenaan untuk meningkatkan kualiti khutbah. Jangan lah mempersia-siakan perhimpunan umat islam setiap minggu ni dengan perbincangan yang remeh-temeh, jumud dan sempit skopnya. Ingatlah, Allah telah menyediakan satu neraka khusus kepada mereka yang menguruskan agamanya mengikut kepentingan tertentu, telunjuk hawa nafsu dan sunnah syaitan.

Thursday, 20 May 2010

Salahkah Aku Teman? Tolonglah Jawab...


Salam tengah malam.. Dari tadi lagi (19/5) sejak lepas exam nak update blog tapi tah kenapa takde hati nak tulis. Banyak yang bermain di minda, bergodak di hati namun tak satu yang menarik hati. Membuat diri terasa terawang-awang antara suka, duka, cinta, rindu, sayang dan macam-macam lagi perasaan yang mendatang.

Lebih kurang seminggu, aku cuba lari dari persoalan ini. Lari untuk aku memberi ruang untuk peperiksaanku. Semua berkisar kepada hakikat yang dibincangkan hari itu. Hakikat yang telah banyak disebut-sebut sebelumnya. Aku cuba untuk bertahan, cuba memekakkan telinga, matikan hati dari hakikat itu. Namun akhirnya aku rasa, cukup lah untuk setakat ini..


" Dia rasa fed up dengan sistem yang kau buat,"

" Ramai yang fed up dengan sistem yang kau buat,"

" Dia jadi camni sebab fed up dengan sistem kau,"

" Fahmi jangan buat banyak sistem kat adik-adik,"

" Mu naik jangan buat sistem dah la,"

Untuk sekalian kalinya, aku jua sendiri memujuk hati yang rasa cukup perit, menelan setiap kata-kata itu. Terngiang-ngiang di telinga, menusuk hati, benak yang berfikir, "Salahkah aku?". Salahkah aku, menjalankan tanggungjawab aku apabila diberi amanah itu? Salahkah aku apabila cuba bagi yang terbaik untuk amanah itu? Salahkah aku teman? sahabat?

Seolah-olah semua itu hak aku, milik aku, keputusan aku dalam menentukan sama ada ia diluluskan atau sebaliknya. Inikah yang dinamakan sepakat? Bila baik sama-sama bergembira namun bila ada kelemahan, aku yang dibebankan? Salah akukah teman? Tolong sangat-sangat jawab!

Hakikatnya aku tidak pernah membuat keputusan itu sendirian. Aku hanya mencadang, dan sepakat yang meluluskan. Mencadang apa yang telah aku fikirkan yang terbaik. Namun mengapa, mengapa bila ada kelemahan, kekurangan, aku yang dibebankan?

Hak akukah sistem itu? Hak akukah sistem ini? Setelah diputuskan bersama, masih hak akukah sistem itu dan ini? Bila aku mohon dibincangkan, jawapannya, aku jalankan dahulu, maklumkan kepada mereka. Dan akhirnya aku dibebankan?

Aku buntu memikirkannya. Aku buntu dalam mencari keputusan untuk persoalan ini. Adakah memang ini jalanku? Adakah ini hakikat perjuanganku? Jawablah teman.. Tolong jangan biarkan aku tertanya-tanya begini.. Jika salah, katakan salah. Jika silap, katakan silap. Jika mahu aku berhenti, cakapkan saja.. Biar cukup aku di sini. Tidak lagi menyiksa siapa-siapa, untuk menerima apa pun dariku.

Aku tak kesah, aku mengerti, aku memahami... Bahawa hidupku bukan untuk dikongsi, dimengerti oleh sesiapa pun. Aku tak memaksa untuk menerima apa pun dari ku. Aku tidak memaksa untuk siapa-siapa memberi juga kepadaku. Telah biasa aku memujuk sendiri. Telah biasa aku memberi sesuatu untuk diri sendiri. Telah biasa aku berkongsi dengan diri sendiri sahaja. Namun jangan menyiksaku begini..

Jika tidak mahu, minta sahaja aku pergi.. Jika dah puas, minta sahaja aku pergi.. Jika dah tak memerlukan, minta sahaja aku pergi.. Akan ku pergi.. Tak usah berdalih-dalih lagi.. Kamu hanya menyusukku dengan perit, sakit.. Biarlah aku pergi... Jika itu yang terbaik buat kalian..

Aku tidak kesah lagi hidup dalam duniaku. Kerana memang sudah biasa hidupku di situ. Jangan seksa ku, jangan ganggu aku, jangan salahkan aku lagi.. Dan jangan minta aku datang lagi ke dunia kalian, membina sistem itu atau ini.. Aku sudah serik, aku sudah penat..

Monday, 17 May 2010

Keutamaan: Antara Dakwah Atau Peperiksaan..

Salam.. Dua-tiga hari ni aku sibuk dengan study untuk exam hari rabu ni.. dah dua subjek dapat cover. Tinggal tiga lagi. Insya Allah hari ni nak cover tajuk BDT untuk exam rabu ni.

Kehidupan Pejuang



Dalam sibuk-sibuk study ni, aku kurang menumpukan kerja-kerja perjuangan aku. Hari jumaat lepas last works aku buat untuk perjuangan ini. Seharian dari pagi hingga malam, berbincang dengan sahabat-sahabat, berbincang dengan ustaz dan membuat survey tempat untuk satu program diakhir cuti nanti. Selepas itu aku terus menumpukan kerja-kerja study aku.

Namun tah mengapa, hati dan jiwa ini masih meronta-ronta untuk terus berjuang. Seperti satu bisiskan, mengajak aku untuk berfikir dan merancang perancangan untuk perjuangan ini. Berbagai-bagai idea datang, merangsang saraf-saraf yang ada di dalam otakku untuk menganalisa dan mensintaksis setiap ilham itu. Aku di dalam di lema. Adakah ini satu ujian dari Allah untuk menguji tahap istiqamahku atau untuk mengajarku dalam membuat keputusan?

Selalu kita dengar, beberapa peristiwa di mana student di universiti atau di mana-mana yang mengutamakan kerja-kerja dakwah dan mendapat pertolongan semasa menduduki peperiksaan. Peristiwa-peristiwa inilah yang menjadi pegangan kepada sesetengah pejuang. Namun tidak kurang juga ramai pejuang-pejuang yang tersungkur dek kerana gagal dalam peperiksaan.


Keutamaan


Akhirnya aku mendapat satu jawapan, buat pengajaran dalam membuat keputusan. Di mana keutamaan yang menjadi kunci kepada setiap keputusan yang perlu dibuat. Selalu di hadapan lipatan sejarah hidupku, baik aku atau makhluk di sekelilingku, silap dalam membuat keputusan yang kadang-kala menjadi keputusan terakhir dalam sejarah hidup. Keputusan yang kadang-kala menjadi penentu antara hidup atau mati, antara gagal atau berjaya, antara hitam atau putih dan antara derita atau bahagia.

Aku mengetahui dan memahami, kerja-kerja perjuangan ini amat penting dan perlu dijalankan tanpa kompromi sedikit pun. Namun apabila berada di persimpangan antara perjuangan dan peperiksaan, keutamaan aku sekarang ini adalah peperiksaan. Perjuangan tidak akan mati. Mungkin hari ini aku memperlahankan langkah namun ia tidak akan mati malah mungkin akan berlari lagi. Namun peperiksaan akan mati. Jika aku gagal, pelajaranku akan tergendala. Misi dan visi hidupku akan terjejas. Malah kerja-kerja perjuangan di sini akan terhenti apabila aku dibuang dari kolej.

Dan aku yakin, jika itu yang berlaku, ia akan menjadi fitnah kepada kerja-kerja perjuangan ini. Orang akan mula memandang jelek akan kerja-kerja perjuangan. Yang telah dekat dengan kerja-kerja perjuangan akan mula menjauhi, bimbang nasib sama akan terjadi. Yang memerhati akan terus menegatifkan kerja-kerja dan pejuang perjuangan.

Dan akhirnya, aku yang rugi. Malah berdosa besar dalam menjadi punca kepada fitnah terhadap kerja-kerja perjuangan. Aku takut itu. Nauzubillah..

" Ramai pejuang yang akhirnya menjadi fitnah kepada perjuangan "
~ sejarah perjuangan ~

Thursday, 13 May 2010

My Mother's Life..








Salam.. Siapakah lady ini? She is my mother.. hihi.. Pagi tadi dok menung jap sebelum ke kelas, teringat lak kat mak, tak pernah cite sal mak dalam blog aku ni. So ari ni aku nak perkenalkan mak aku yang best ni.. (^_^)

Nama mak aku ni Esah binti Musa. Di lahirkan pada 30 jun 1962, di Kuala Terengganu, Terengganu. Sejak umur 6 tahun, mak aku telah menjadi anak yatim setelah datuk aku meninggal kerana sakit dalam perut. Semenjak itu nenek aku je sorang-sorang yang membesarkan mak aku dan adik-beradik yang lain. Kerja kampung cam tanam sayur, padi, bela lembu, ambil upah membuat kuih, ayam tikar mengkuang dan sebagainya. Sedih mendengar, namun tu la pengorbanan nenek aku.


Nenek aku.. Endong Bt Jusoh..

Semenjak kecil mak aku hidup dalam kesusahan. Mak selalu cerita, setiap hari ke sekolah hanya berbekalkan ubi kayu rebus dan duit 5 sen. Huhu.. Teruk mana pun manusia zaman sekarang, aku rasa xde dah yang bawa ubi kayu rebus sebagai bekal ke sekolah. Sekolah rendah pertama mak adalah Sekolah Kebangsaan Tok Jiring. Lepas tu masuk Sekolah Menengah Agama Tok Jiring. Mak selalu juga cerita masa sekolah dulu, karangan BM dia selalu menjadi karangan contoh. Kira ok jugak la. Aku lak selalu jadi karangan contoh terburuk. Hahaha


Lepas habis STPM, mak aku masuk ke UKM dalam bidang syariah. Lepas tu sambung buat diploma pendidikan kat maktab perguruan islam Bangi. Time ni ler mak aku jumpa ayah aku. Masa tu ayah aku kat maktab perguruan Lembah Pantai. Dalam umur 25 mak aku kahwin. Ayah aku lak umur 23 tahun. Kira beza dalam tiga tahun la.. Dorang kahwin dalam tahun 1988. Lepas setahun, aku pun lahir la..

Mak aku mula-mula posting kat sekolah menengah Badrul Alam Shah, Selangor. Lepas tu tukar lak ke Sekolah menengah kebangsaan Kemasik, Kemaman. Dalam lima tahun kat situ, mak aku tukar lak ke sekolah menengah kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu. Lepas tu tukar lak sampai sekarang, mak aku mengajar di sekolah menengah kebangsaan Bukit Tunggal.

Tu lah sedikit sebanyak sejarah mak aku. Dah 21 tahun mak aku jadi mak aku. Sedikit sebanyak, aku mengenali dirinya. Mak aku ni seorang yang ok je.. Sorang yang simple, penyabar, rajin, penyayang, jujur, berprinsip dan banyak lagi la. Mak aku juga seorang yang agak spotting woo.. teringat aku masa mak aku tahu aku berkenalan dengan my 'Si Dia', dia xdela marah-marah aku. Tapi cakap baik-baik dengan aku. Lepas tu ada jugak mak aku pergi rumah my 'Si Dia' masa mak dia melahirkan adik dia yang baru, Ayuni.. Dalam masa yang sama nak kenal Si Dia. Syukur sangat-sangat mak cam berkenan je.. hehe.. Sampai sekarang, mak selalu tanya perkembangan aku dengan Si Dia. Selalu dia pesan untuk menjaga dari perkara-perkara yang tidak elok antara aku dan Si Dia.


My Si Dia.. Tak boleh tunjuk lagi.. Sebab xde hak lagi.. Reti? (^_^)

Mak aku juga seorang yang tegas dengan prinsip dia. Prinsip yang benar tetap benar. Dia sanggup buat sendiri jika orang lain tak nak buat atau tak nak teman. Walaupun kadang-kadang risikonya agak besar, namun dia tidak goyah. Hanya pada Nya dia berserah. Alhamdulillah, sehingga hari ni, dia masih selamat dan terus dengan hidupnya. Mak aku selalu cakap, " Biar la orang nak cakap pe, biarlah orang tak nak dengar, jangan kita terikut-ikut dengan sikap atau tindakan orang lain yang merugikan sendiri".

Bagi aku juga, mak aku ni sorang yang sangat penyabar. Kalau nak banding dengan aku ni, jauh la. Mungkin bab ni aku terikut dari ayah aku. Selalu, walaupun bukan silap dia, bukan selari dengan kehendak dia, namun dia mengalah. Kadang-kadang mak selalu juga mengeluh, namun tetap dengan sikap penyabar itu. Kagum aku.

Sekarang ni mak mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Walaupun tak la teruk namun cukup membimbangkan aku. Dia selalu penat, letih dan sakit. Tambah lak sakit angin dalam badan dia. Tak boleh lambat makan. Selalu, bila aku pulang ke rumah, akan menjadi tukang urut untuk mak. hehe

Aku sayang mak aku. Harapan aku, mak akan terus bahagia dan happy di samping family. Banyak sudah susah yang mak lalui dulu. Azam aku untuk berbakti pada mak kini dan selamanya. Nak bahagiakan mak. Aku sayang mak aku. (^_^)

Wednesday, 12 May 2010

I Remeber That...

Salam teman-teman. Tak sampai seminggu lagi aku akan mula menduduki final exam. Tapi study habuk pun xde lagi. Tah bila nak start. Insya allah kalau tak malam ni, esok akan mula. Insya allah.. (^_^)

Semalam aku duduk kemas-kemas blog, terdelete satu post yang aku tak dapat postkan. Terus aku tercari-cari di mana aku simpan salinan itu. Akhirnya aku jumpai. Mula membaca, teringat aku zaman itu.

Di saat aku hanya mampu berkata-kata dengan dot-dot key box..
Di saat aku hanya mampu tersenyum..
Seperti kala itu...
Akan aku terus tersenyum pada kalian di sekeliling,
Selagi hayat dikandung badan...

Hidup mengajar aku erti semua ini. Apa itu sedih, apa itu perit, apa itu pilu, apa itu sunyi, apa itu menyendiri.. Mengajar aku menghargai setiap titis-titis perkenalan, persahabatan, cinta dan kasih-sayang. Yang kadang-kala membuat aku terlalu menjaga, erat memeluk walau ada luka dari duri yang mencetus neoron sakit pada ku. Namun selalu saja akhirnya aku memeluk lutut, berteleku di dalam dingin derita. Merawat luka oleh duri itu sendiri. Dalam senyum, dalam sendu, dalam tangis sendiri...

Yup, I remember that...

Tuesday, 11 May 2010

Projek Dana Pusat Islam.

Salam sahabat. Alhamdulillah semalam akhirnya aku berjaya menyiapkan pelan tindakan projek dana pusat islam kat IPGKB ni. Tiga hari aku buat untuk siapkan. Tapi tak dibincangkan lagi. Cuma aku nak share sedikit sebanyak idea ni. Mungkin sahabat-sahabat di luar sana dapat mengambil manfaat.


Ni cover pelan tindakan. Aku buat simple tak nak pening-pening.. hehe



Objektif dan Misi mesti jelas

Ni rangka kerja secara kasarnya.
Jawatankuasa induk merupakan tunjang utama projek.

Yang ni pula jawatankuasa kecil untuk setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang projek.


Dokumen yang sebenar lebih kurang 17 helai. Yang ni asas sahaja. Kalau berminat. Boleh terus tinggal alamat e-mail dalam ruangan komen atau mesej ke no hp: 0179511132.

Saturday, 8 May 2010

ZooM In: Kem Solat Perdana SMK KG Laut

Salam.. Weekwnd ni aku dan beberapa orang rakan telah menjadi fasilitator dalam program Kem Solat Perdana SMK Kg Laut Di Kem Jeram Mengaji Pasir Puteh. Memandangkan badan ni penat lagi nak cerita panjang lebar, korang tengok gambar jela dulu.. Layan >>


Seramai 51 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 telah menyertai kem ini. Fesi lak 12 orang je.. sobsobsob (i_i)



Ni student perempuan dengan dua fesi: Shu dan Nia.



Aktiviti riadah bermodul. Kesian kene gan abang fesi.. (^_^)



Mana-mana pun wajib solat!



Praktikal Solat Dengan Dam Roket! Fesi Kak Farahani punya idea.. (^_^)



Fesi Nia n Syu posing di lereng bukit. Bawah tu chalet fesi. Yang hijau lelaki dan yang merah tu perempuan..



Tah hidup tak lagi ikan dalam jeram ni bila budak-budak ni turun mengganas mandi.. ahaha



" Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, " cara membilang baru regangan... (^_^)



" Saya orang tua yang menjadi pengetua, ". Ni Pengetua sekolah SMK kg Laut. Simple orangnya. Nice orang tua.. wakaka



Fesi perempuan berkoya sambil fesi lelaki ber'spa' dalam chalet sebelah.. wakaka




Sungguh koya dan anggun. Gambar terbaik oleh kameraman terbaik.. hahaha.. Gambar ni diambil seminit sebelum bas datang..



Semua keletihan menunggu tiba di katil masing-masing kat rumah atau hostel pada fesi-fesi.. hehehe


Alhamdulillah, sedikit sebanyak apa yang dijalankan di kem ini dapat mengubah adik-adik seagama dan sebangsa ku. Hanya padaMu ya Allah, kami berserah..

Kepada semua fesi, Farahani, Ramizah, Nia, Ain, Fatin, Hishamudin, Kucai, Firdaus, Syu, Nasiha Sakina dan Najihah, terima kasih kepada semua. Setiap pengalaman ini, akan menjadikan kita bertambah matang dan mudah-mudahan mengajar kita menjadi dai'e yang baik. Setiap pengorbanan kalian diharap akan menjadi saham pahala dalam perjalanan ke syu'ga.. Amin..

Wednesday, 5 May 2010

PERUBAHAN: Antara Retorik Dan Kefahaman















Salam.. Semalam setelah habis meting AMT PIM, aku telah mengadakan satu lagi perjumpaan bersama seorang lagi sahabiah dalam usaha untuk membincangkan beberapa isu. Dalam perjumpaan tersebut, banyak yang dikupas dan disyarah. Dari nas Alquran sehingga analogi logik akal, semuanya dikeluarkan, disebut. Dan akhirnya satu resolusi dibuat, iaitu perubahan.

Perubahan, senang untuk diungkap tetapi amat sukar dalam aplikasi. Perubahan, yang menjadi kata kunci dalam kempen Presiden US, Barak Obama semasa pilihanraya negara tersebut, yang menjadi faktor kepada lakaran sejarah presiden kulit hitam pertama di US. Perubahan juga, menjadi asas kepada kempen keselamatan jalan raya di Malaysia. " Make The Different ", begitulah bunyinya.

Namun sehingga hari ini, entah di mana perubahan itu. US masih menjadi anjing zionis Israel, memusuhi negara islam yang tidak sehaluan seperti Iran dan Palestin, sama seperti presiden-presiden yang lain sebelumnya. Begitu juga dengan kempen keselamatan jalan raya yang sehingga kini kadar kemalangan masih lagi tinggi.

Banyak lagi contoh-contoh yang dapat kita lihat dan alami saban hari. Sehingga akhirnya kita mula berputus asa, berkerat rotan, berpatah arang dengan harapan-harapan perubahan. Malah kadang-kala perubahan yang digulakan lebih teruk daripada yang keadaan sebelumnya. Semua ini menimbulkan satu persoalan dibenak aku, perubahan ini hanya sekadar retorik atau memang di atas landasan kefahaman?

NAWAITU















Akhirnya aku mendapat jawapannya. Di situlah ibu segala persoalan yang mendatang dibenakku. Nawaitu atau niat merupakan ibu segala setiap apa yang kita buat, sama ada perkara baik atau sebaliknya.

Nawaitu juga yang akan membezakan antara perubahan retorik atau atas dasar kefahaman. Ramai yang mengungkap kata-kata untuk berubah, berhijrah, bertukar dari perkara buruk, jahat kepada perkara baik, mulia namun bukan semua berjaya mencapai matlamat tersebut.

Ada yang tersungkur di tengah jalan. Malah ada yang tersungkur selepas kemenangan mencapai perubahan. Mengapa? Kerana perubahan tersebut bukan kerana kefahaman mengapa perlu dilakukan perubahan, kepentingan perubahan tersebut tetapi hanya sekadar retorik untuk menyelamatkan diri, mengejar kepentingan peribadi, sikap ego dan seumpamanya. Dan akhirnya, perubahan yang dicanang, hilang dari agenda dan diganti dengan agenda memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Lihat gambar di atas, walaupun dua bot berada di sungai yang sama, namun masing-masing dengan nawaitu masing-masing. Memperlihatkan kepada kita, betapa pentingnya nawaitu dalam proses perubahan. Perbezaan nawaitu akan menghasilkan perubahan yang berbeza, sama ada retorik atau kefahaman.

Sekian, Salam..

Monday, 3 May 2010

Come Back My Spirit! Don't Go Away from Me!


Salam.. Pekabo teman-teman? harap-harap sihat je.. Aku pun sihat jugak. Penyakit kat muka aku pun alhamdulillah dah makin sembuh.. Cuma ada skit-skit je lagi.. Alhamdulillah..

Dalam seminggu dua ni, aku agak down atau dengan kata lain, rasa kurang bersemangat dalam berjemaah. Entah kenapa dan aku menyedari, ia adalah gejala futur dalam jemaah. Semua tu aku ada baca dalam buku "Golongan yang tercicir di sepanjang jalan da'wah" oleh Fathy Yakan. Dan aku dapat mengesan faktor utama kerana faktor jemaah sendiri.

Rasanya tidak perlulah aku megulas panjang lebar di ruang siber ini. Namun aku masih mencari semangat aku yang hilang. Semangat itu, semangat juang aku, semangat pantas aku.. Di kala ini aku bersyukur, Si Dia masih berada di sisi aku. Si Dia sedang bercuti di rumah dan aku lak dpaat call free. Memberi kata-kata peransang buat aku. Memhibur dikala aku terasa duka. Terima kasih my dear..

Alhamdulillah, selepas bercuti tiga hari di rumah, aku kembali bersemangat lagi. Tah tonik pe yang mak, adik-adik dan tok aku bagi. Yang pasti, aku cuba untuk bangkit lagi. Yup, jemaah dalam masalah dan aku perlu ubah. Biarlah apa pun tanggapan yang mendatang. Akan aku cuba untuk perbetulkan. Terima kasih Kak Ana, Farahin, Farahani, Ramizah dan Ustaz. I come back now!

YA ALLAH,
AMPUNKAN AKU,
DOSA-DOSAKU PADA MU YA ALLAH,
KERANA TELAH TERGELINCIR DARI LANDASAN MU..

YA ALLAH,
PERBETULKAN NIATKU,
IKHLASKAN HATIKU,
TEGUHKAN PENDIRIANKU,
DALAM AKU MENITI SIRAH PERJUANGAN KEKASIH MU,
MUHAMAD RASULULLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...