Wednesday, 17 June 2009

Akhirnya Aku Terpaksa Jugak...

Salam... Pekabo kawan? Wes mangan? Hehe.. Cakap jawo lak.. Tapi je yang tahu.. Hahaha..
Em hari ni akhirnya aku kalah jugak, untuk bertahan.. Akhirnya aku terpaksa jugak cerita kenapa tindakan ku pada si dia akhir-akhir ni.. Tindakan yang amat aku benci untuk ku buat.. Yup, aku memang kejam.. Tah kenapa aku sanggup buat begitu namun aku tekad, ini untuk kebaikan si dia.. Tapi aku tak sanggup untuk terus bersikap begitu dengannya.. Sampaikan aku melukai si dia..
Tadi aku ada call ye.. Memang niat aku sebenarnya dah lama nak ungkap hal ni.. Tapi aku lak rse segan dengan diri aku.. Segan dengan tindakanku pada ye.. Dah berapa kali aku call, untuk hal ni tapi hanya lekat kat tekak je..huhu.. Tapi malam ni aku cuba jugak gagahkan hati..
Memang sakit, apabila si dia yang kite sayang ungkapkan kata-kata kesakitan yang disebabkan diri kite yang jadi penyebabnya.. Di saat si dia berkata2 bercerita perilaku ku yang mengguris hati ye, aku hanya mampu diam, sebab dalam hati ku cukup terguris dengan tindakan ku.. Aku memang kejam!
Namun akhirnya aku rse berbaloi walaupun gurisan di hati ku sendiri yang mungkin cukup lama untuk sembuh, si dia kembali bersemangat untuk fokus dalam pelajaran.. " ... xde pe2 dah dalam kepala ni selain nak tumpu pelajaran, biar dapat 4 flat! ". Hanya itu yang aku mahu dengar, walaupun hati ku semakin kuat menangis. Tapi biar lah. Macam si dia cakap la kat satu tempat 2, " ""x semestinya apa yg kita suka itu baek tuk kita.. tapi kdg2 apa yg kita xsuke itu lebih baek tuk kita"" ".. Emm... Aku harap, si dia faham tindakan aku ini.. Aku dah jelaskan semua kepada ye.. huhu
Insya allah, janji ku bukan hanya sekadar manis dimulut. Aku berazam untuk tunaikannya, walaupun mungkin aku akan terkorban. Asalkan si dia bahagia, walaupun mungkin aku perlu tiada di sisinya, aku cuba kuat untuk itu.
Betul pe yang sorg classmate aku cakap, aku perlu lebih memahami perasaan orang lain sebelum melakukan sesuatu. Aku akui itu.. Sahabat, maafkan aku.. Hmm.. Memang niat bukan faktor yang menghalalkan... Kadang-kadang niat yang baik, namun bukan itu yang dipandang.. Betul, sebab niat ni mane la org boleh nampak.. hihi.. Tapi xpela.. Lepas ni aku cuba hilang dari ingatan keluarga ye.. That is better right? Let's times solve it..
Hmm... Aku pasrah jela.. Ni buka kali pertama dalam hidup aku, aku berhadapan dengan keadaan camni.. Niat aku lain, lain lak org pk, org pandang.. Entah mengapa, aku merasa org sukar untuk mengerti apa yang ada di hati ku.. Mungkin sebab hatiku gelap kot.. Banyak dosa sangat.. Huhuhu.. Dah2 2, xreti nak bertaubat ke fahmi oi? Mohon ampun, maaf dengan sume yang ada dalam hidup mung.. ok?
Oklah, da lewat ni.. Esok dah nak balik KB.. Naek motor molek2 Fahmi.. Ingat ler org yang tersayang.. hehe.. Sape la sayang mu 2.. Ad ke? Hahaha.. No komen...
Salam.. Tata

Tuesday, 16 June 2009

Cuti yang Bzzzzz

Salam...
Nampaknya cuti aku dah nak abis dah..Huhuhuh... Dah nak masuk sem baru minggu depan.. Tah camne la result ak sem lps...Huhuhu
Dalam cuti ni, aku banyak relek je... n jalan2.. Hehehe... Sambil relek2 kat rumah, aku sambung kerja RM.. Banyak perkara lagi yang perlu dilihat dan diberi perhatian.. Tah camne, sebenarnya aku ni sorang yang suka bersaing n aku akan cuba untuk b'ada di puncak.. Cam sekarang la, nk bersaing dengan Kesas. Aku tabik dorang boleh bergerak dengan mantap sekarang.. Aku juga berazam untuk bawa RM lebih dari itu kerana skop RM lebih luas dan boleh menarik lebih ramai ahli..
Aku dah plan draf pembangunan untuk RM.. Dan aku mengharapkan ia dapat membawa RM ke arah yang lebih proaktif dan dinamik. Insya allah...hihi
Em dok kt rumah ni, aku dok kaco adik2 aku la..hehehe.. Bese la keje abang sulong.. Hikhikhik.. Aku memang rapat dengan adik2.. Tapi sedar x sedar, aku sebenarnya masih tidak kenal adik2 aku.. Apa yang dorang suka, xsuka, apa yang dorng minat... Macam2 lagi la... So aku kene la lagi mengenali adik2 aku... Kalau x, sia2 je nme abang sulong..hihihi..
Oklah, take care..
Tata

Sunday, 7 June 2009

stadium Melawati

Lepas lepak kat rumah dalam 2-3 hari, aku ke KL untuk mengikuti Muktamar PAS 55 di stadium Melawati. Ini merupakan kali pertama aku ke sana. Best dan penuh makna tersirat. Itu yang aku boleh katakan. Di sana, aku dapat melihat bagaimana sebuah gerakan islam yang telah lama bertapak di negara kita bergerak dan melalui proses untuk mematangkannya.

Pertama, melalui ucapan dasar presiden PAS. Beliau memberi ucapan dengan terus memfokuskan setiap elemen dan bahagian yang ada di dalam PAS dan perkara-perkara yang berkait serta perlu difokuskan. Aku tertarik dengan beberapa elemen yang dihuraikan iaitu muslimat, jaringan perhubungan, kesepakatan, tarbiah dan pendekatanya.

Dalam muslimat, beliau menekankan aspek kebajikan, iaitu perkara yang sinonim dengan peranan kaum hawa dalam masyarakat. Beliau menyatakan, muslimat mesti lah sentiasa menjuarai aspek kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kebajikan bukan sahaja meliputi aspek kebendaan, malah turut menyentuh perkara-perkara yang tidak bersifat meterial seperti tarbiah dan rohani setiap induvidu. Aku melihat ini sebagai antara perkara yang penting dan perlu diketengahkan dalam RM. Mungkin kita terlepas pandang perkara ini namun aku merasakan masih belum terlambat untuk dibincangkan. Di sini, Shu'bah HELWI yang masih di dalam proses pemantapan boleh memainkan peranan penting dalam aspek kebajikan khususnya di kalangan kaum hawa. Tidak hanya terbatas melalui kelas-kelas yang bersifat kerohanian, ia juga boleh diketengahkan sebagai perisai dan alat untuk membantu kaum hawa di ipgmkb. Insya Allah, aku akan cuba berbincang dengan AMT dan jawatan kuasa shu'bah HELWI untuk memasukkan aspek kebajikan.
Kedua adalah jaringan perhubungan. Aku juga bersetuju bahawa aspek ini mestilah sentiasa dikemaskini dan sentiasa berfungsi agar setiap kompenen dalam sesebuah organisasi berdaya maju. Pertama dalam majlis tertinggi dan kepimpinan suatu organisasi. Mereka mestilah bijak dalam menjalinkan jaringan perhubungan antara satu sama lain serta pihak luar. Kedua adalah unit publisiti yang berfungsi sebagai alat penyiaran organiasi kepada dunia luar.
Ketiga adalah tarbiah, suatu aspek yang aku cuba rungkai agar dapat diserap di dalam RM. Jawapannya adalah melalui pendekatan "role model" dari saf kepimpinan. Setiap pemimpin dalam organisasi mestilah sentiasa berusaha mentarbiahkan diri dan pada masa yang sama dapat dijadikan contoh oleh setiap ahli.
Aku melihat ketiga2 elemen ini penting dan perlu diperhalusi oleh AMT RM. Insya allah, aku akan cuba berbincang dengan mereka mengenai hal ini.
Di sana juga aku dapat melihat satu senario, bagaimana setiap pembaharuan yang hendak dijalankan mestilah diteliti agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip sesuatu organisasi. Cukup bermakna pada ku kerana ia mengajarku bagaimana untuk bergerak di dalam satu organisasi dan kepentingan garis panduan dan dasar yang utuh perlu digubal.
oklah, tata

Kemesraan dan Toleransi

Salam...huhu nampaknya cuti dah abis 1minggu..tinggal lagi 2minggu.. Sepanjang minggu ni, banyak perkara yang aku tak sangka aku laluinya.. macam kata teman aku sorang ni, Aishah Nadhirah, penat tapi seronok...hehehe
Bermula dengan lepas exam, aku terlibat dengan pengurusan konvokesyen IPGM zon timur iaitu IPGM aku, KT n Mizan Besut. Aku ditugaskan untuk mengurus bahagian jubah lulusan n vip. Satu tugas yang agak mencabar dan memenatkan. Bayangkan, terpaksa mengurus jubah sebanyak 450 helai. Perlu diasingkan mengikut saiz dan hanya digunakan sebanyak 160. Adoi.. Geram aku, kenapa la orang sebelum ni tak susun molek2 dah.. Adoi..
Bersama dengan Duki, Azizi, Aishah, Hidayah, Farhana, Farahani, Kak Syu n beberapa orang ajk len, kami ditugaskan untuk mengurus proses pemunggahan jubah, memberi jubah hingga lah memungut jubah dan menyimpanya semula di dalam stor. Kerja yang memenatkan tapi seronok dilakukan bersama. Selain itu, aku juga terlibat dalam perarakan iaitu sebagai pemegang bunga mangga selain tugas xrasmi len..hehe..
Memang seronok berkerja dengan selesa tanpa tekanan yang membebankan. Kami boleh berinteraksi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Yang paling berkesan dalam kerjasama, KEMESRAAN dan TOLERANSI!
Aku dapat melihat bagaimana dua elemen tersebut menjadi pemangkin dalam organisasi. Walaupun ia nampak remeh, namun elemen tersebut la yang banyak membantu kami dalam bekerja. Aku lihat, elemen ini perlu dipupuk dalam RM. Bukan hanya sebagai penghias tapi sebagai antara tali yang mengikat ukhuwah di kalangan ahli. Tapi bagaimana er?
Oleh itu, aku melihat kepada penganjuran program yang lebih kepada pengikatan ukhuwah. Insya Allah, aku akan cuba merancang beberapa aktiviti yang boleh memenuhi objektif ini dalam cuti ni sebab sekarang aku masih dalam kerja pemantapan shu'bah dan unit yang akan ditubuhkan dalam RM dalam sem 2/2009.

Thursday, 28 May 2009

Syukur, Exam dah abis!!!

Salam... Pekabo kawan2? Camne exam? Best? hehe...

Akhirnya aku abis jugak exam... hihi.. Tapi ada lagi yang perlu diuruskan... 1st, RM n second konvo... adoi.... Tapi takpela... ni sume untuk belajar...kn? hehe

em kla, nanti la cerita lagi dalam blog ni... Ada banyak cite nak dikongsi..hehe... Sekarang xde mood la nak cite.. huhu

Sunday, 17 May 2009

Survey Result

Positive

• Banyak ilmu untuk dikongsi, yakin untuk bercakap di khalayak, mampu menjadi pemimpin yang berkaliber yang mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, komited dalam bekerja,
• baik, mudah didekati, senang berurusan, senang diminta tolong, bertanggungjawab, kreatif, caring, memahami orang lain, sopan, setiakawan, hormat orang tua, tidak pentingkan diri sendiri, sangat berani dan tiada perasaan takut, lembut bila bercakap, suka adventure, rajin, pengasih, penyayang dan pemurah,
• mempunyai haluan, misi dan visi yang tersendiri dan berbeza dengan orang lain, berpegang pada agama, cuba berubah ke arah yang positif, aktif berfikir,
• sangat supportive, bermotivasi tinggi, independent, sangat aktif dan dinamik, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, cepat bertindak buat keputusan, sgt diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, gerak hati yg sangat kuat.

Negative

• Nampak tidak bermaya diwaktu pagi,
• kadang-kadang mudah marah, bergaul tak bertempat, kurang mendalami dan bertindak tanpa berfikir perasaan orang lain, suka mendesak, prasangka negatif pada orang lain, sensitif, cepat menyesal, kecenderungan bersifat dendam, agresif,
• membonceng motor dengan laju,
• agak ‘strict’ kalau mentadbir, kadang-kadang susah terima pandangan orang lain, kelam kabut utk membuat keputusan,
• suka rendahkan kemampuan diri, perlu share something dengan segera, tidak share tanggungjawab bersama,
• sgt cemburu dan terlalu cemburu.

Kehidupan sosial

• Macam ada team/kawan-kawan yang boleh dibawa berbual,
• bergaul dengan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa @ jantina, mudah bergaul dengan rakan dan pensyarah,
• mesra dengan perempuan, mesra alam- suka sedekah senyuman,
• pergaulan tidak bebas, peramah,
• suka diberi perhatian.

Langkah-langkah untuk perbaiki

• Capai kesempurnaan dalam solat, muhasabah diri, banyak berdoa, rajin baca Al-qur’an, rajin ke masjid,
• ambil yang positif, menjadi diri sendiri,
• cuba mendalami orang lain dengan lebih baik, perbaiki cara komunikasi, jadi lebih kreatif, berani menegur orang lain,
• menjaga pergaulan dengan perempuan,
• tidur awal,
• try control the emotion.

Analisis
Syukur kehadrat ilahi, akhirnya aku dapat melihat diriku yang sebenar..hehe.. Setelah aku membuat sedikit survey mengenai diri aku di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan ku, aku dapat melihat bagaimana diriku di mata orang yang rapat denganku.
Menurut takrifan personaliti, aku boleh diklasifikasikan sebagai AMBIVERT iaitu seseorang yang mempunyai kedua-dua ciri personaliti introvert dan ekstrovert. Introvert bermaksud orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata manakala ekstrovert bermaksud orang yang lebih suka dunia luar daripada dunia dalam. Aku dapat melihat diriku berada ditengah-tengah personaliti tersebut. Mungkin 60-70% daripada diriku adalah ekstrovert manakala 30-40% adalah introvert.
Personaliti ambivert akan menghasilkan satu identiti yang berlawanan antara satu sama lain. Personaliti ini akan menyebabkan personaliti seseorang sukar untuk diduga oleh orang di sekeliling. Ia juga akan menyebabkan berlakunya krisis identiti jika tidak ditangani dengan baik. Namun, seseorang yang memiliki personaliti jenis ini akan lebih cenderung dengan personaliti yang lebih berpengaruh mengikut peratus personaliti terbabit.
Oleh itu, aku dapat melihat bagaimana personaliti aku membentuk perwatakanku. Dan aku dapat melihat apakah yang perlu difokuskan dan yang perlu dibaiki lagi.
Sebelum mengundur diri, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku dan rakan-rakan yang membantuku dalam menyiapkan survey ini. Syukran jazilan..
Sekian, terima kasih….

Saturday, 16 May 2009

Happy Teachers Day!!!

HAPPY TEACHER'S DAY
TO ALL MY TEACHERS
AND
ALL MY CLASSMATES
WISH YOU BE A BEST TEACHER FOREVER
AND EVER

Monday, 11 May 2009

Ujian Tol la........

Salam... Pekabo sume? Harap2 sihat je... Aku baru je balik dari rumah semalam.. Huhu penat tol. Tambah lak dengan ujian yang aku lalui semalam. Memang kow2 woo...

Masa aku nak keluar rumah tu, dah nampak dah cam nak hujan tapi sebabkan aku terpaksa jugak balik, aku redah jela. Dalam perjalanan tu, aku plan la nak isi minyak kat Penarik. Sampai kat c2, pam minyak lak rosak. Minyak lak dah E.. Adoi... Pk2, aku call Amru. Syukur ye leh tolong. Masa 2 jugak, hujan turun skali gan petir. Masa aku parking moto, aku leh tengok ad kilat lalu atas aku. Syukur sangat2, kilat tu xsambar aku.. Huhuhu..

Dalam 1jam aku tunggu, Amru sampai. lepas isi minyak, aku bertyolak balik. Amru lak, aku nak bagi duit, xnak ambik lak. Ni yang xske mintak tolong orang ni.. Pe pn, TQ Am... Baru bertolak dalam 5km, hujan lak. Aku berhenti la beli baju hujan. Tapi baju hujan lak adoi..... Ye jadi cam payung terjun lak. So aku kene kawal moto betol2 la.. Penat tol...

Sampai kat Padang Tembok, tayar lak bocor.. Huhuhu.. Aku bawak jela sampai ipkb. Malam dah mase tu. Kedai pn dah tutup dah. huhu..

Aku bertolak dari kol 3 lebih, sampai sini kol 7.30 malam.. Penat tol rase.. Huhuhu.. Tu la perjalanan yang paling menduga pernah aku lalui.. hihihi..

Em exam start 20/5 sampai 26/5.. Sempat lagi la nak stdy ni.. Tadi aku n gg pergi jumpa pengarah. Huhu KMK kene tangguh tarikh lak sebab mase tu dekat dengan Karnival Pendidikan Khas. Jadi aku plan wak hari minggu jela.. Hmmm....

Oklah, ad keje len lak... salam.. tata

Sunday, 10 May 2009

Ribut Exam Dah DAtang!!!!!!

Salam.... Pekabo semua? Ari ni atuk nak b'cerita sket...hihihi... Xdela... Xleh nak bercerita panjang dah... Exam da tgl 1mgu je lagi ni..Waaaaa!!!! Takut tol la.... Huhuhuhu
Em insya allah minggu ni aku kne stdy hardest la untuk dapat result y molek.. hihihi.. Sebab start sem ni, setiap merit akan dikira.. Baru ni aku dah tengok markah asgment MEC y personal. Ok la n aku pun xsangka dapat markah tu.. Thanks Mr. Gan..Azam aku nak dapat ijazah bertaraf A+.. Nak jadi cgu yang luar biasa.. Nanti senang aku nak sambung study dan dapat biasiswa..huhu.. Insya Allah..
Sekarang ni aku ada kt rumah.. Best tol dok rumah.. Sebab aku rapat gan family aku dan adik2 aku.. Pastu aku jumpe umar.. Ye cti 2.5 bulan sekarang ni.. Tapi ari Ahad aku kene balik dah. Sebab hari Isnin ada kelas KN. Tajuk last xstudy lagi.. Pastu aku kene g jumpa pengarah untuk KMK 2.. Harap2 program tu lulus.. Huhuhu..
Oh ye, sal survey tu, aku tak leh lagi uploud dalam blog sebab ramai lagi xhantar borang survey tu.. Maybe dalam minggu ni jugak tapi tengok keadaan la camne..
Em semalam aku ada contact si dia.. Si dia perjelaskan pe sebenarnya yang t'jadi minggu lepas, masa aku wak survey tu kat ye.. Hmmm... Rupanya ada pblm.. Tapi sayang, aku tak dapat nak tolong ye.. Even nak dengar pblm ye pn xboleh... Cz we had promise before, xde contact lg untuk hal-hal xpenting... Tapi tu la, as her friend n i love her so much, aku tak sampy ati nak tgl ye sorg2 dengan pblm ye.. huhu.. Kawan biasa pun aku tolong, xkan kwn baik aku yang aku sayang sgt2, aku xleh tolong.. huhu.. Xpela... Mungkin bukan sekarang or mungkin jugak untuk selamanya.. Cme aku hanya boleh membantu dengan mendoakan ye.. Hanya Allah tempat aku memohon n Dia la y Maha berkuasa.. Aku hanya mampu berserah kpd Nya.. hmmm...
Em masa balik rumah, Pak Su We pun blik jugak tapi kejap je.. Tok sekarang dah makin ok dah.. Cme kadang2 angin ye xmolek.. Tapi mmg cam xde harapan dah untuk Tok smbuh sepenuhnya.. Sampay sekarang, aku still sedih dengan keadaan Tok.. Tok la tempat aku mengadu time kecik2 dulu.. Tok jaga aku sampy ikut aku masa tinggal kt Kemasik, Kerteh.. Aku rapat sangat dengan Tok..Tapi sekarang, Tok dah tak mampu dah.. Ye dah tak cam dulu.. Tok tua dah, sakit.. Aku pulak jauh dari rumah. Klu ada pe2, aku tak leh tolong.. huhuhu... Aku paling sedih bila tengok mata Tok. Mata ye cam orang nak menangis, cam berair g2.. Kadang-kadang ye menung jauh.. Aku sedih sangat2.. Aku takut aku tak dapat trima suatu hari nanti, Tok pergi dulu.. Tak dapat aku bayangkan saat tu.. Aku harap, masa tu aku ada seseorang yang dapat setia di sisi aku hadapi saat tu..hmm..
Ye susah masa muda dulu lepas Tokki aku mati. Jaga mak aku n ank2 len sorang2. Kerja dari pagi sampy malam. Dah la kerja berat2.. Tambah lak adik-beradik ye khianat ye. Tapi ye xlawan, ye redha je.. Sebab tu ye stress, sampy sekarang. Dan aku xkan maaf'kn setiap orang yang khianat Tok. Adik-beradik ye, yang seangkatan dengan ye, yang hina ye... Klu boleh, di akhirat kelak, aku nak setiap sorang dari mereka tangung segala dosa yang dibuat oleh Tok n keluarga Tok. Biar dorang sesal tak sudah buat jahat kat keluarga anak yatim.
Em kla, take care Fahmi n Good Luck!
Rajin2 la study tu...
hihi..
salam...

Monday, 4 May 2009

Dia DatAnG DaA....

Salam.... Minggu ni aku da stat exam daa... Tapi minggu ni 2 paper je..hihihi... So far ok la... Ada aku jawab dgn yakin, ada aku goreng, ada aku tembak n ada jugak aku ikut arahan kat paper tu ;- sila lihat sebelah...wakakakakaka..
Minggu depan takde exam kot.. Aku ingat aku nak blik minggu ni.. sebab lepas ni aku tak balik dah. Exam sampai abis sem n lepas tu kene tolong urus konvo..adoi... Pe pn, buat kerja kene enjoy! hehehe..
Em sebelum exam ni jugak, aku kene siapkan semua kerja-kerja untuk KMK RM.. Sekarang ni tinggal belanje je lagi.. Aku bajet sorang kene bayar RM50. Rase ok la 2 kn, 4 hari RM50. Aku doakan program ni berjaya. Cuma yang bimbang sket sekarang ni, bas. Takut bas maktab ada dah orang booking. Kalau ada dah, penat jugak nak fikir ni..huhuhu
Em start minggu lepas aku ingat nak buat 1 research la sal diri aku. Untuk improve diri n cermin diri. Sebab aku rasa cam aku ni dalam krisis identiti je..huhu.. Aku dah tanya orang yang paling rapat dengan diri aku. Yang aku bagi dia kenal aku lebih dari dari orang lain. Tapi mula-mula ingat tak menggangu dia. Rupanya sebaliknya. Sampaikan dia cam fed up je gan aku. Jawab pun cam terpaksa je.. Tapi aku faham. Sebab aku banyak sakitkan hati ye. Sampaikan ye tulis camne dalam satu tempat tu,
"emm..xxxx faham sgt2 sebab penah jugak alami..tapi dah tekad, xnak terlibat lagi dlm hal yg bamyak buat hati sakit..alhamdulillah,walaupun payah,dapat jugak tumpu pada study, and dpt result yg boleh buat mak ayah senyum.."
Aku tak salahkan ye buat pe pn kat aku. Sebab aku banyak salah gan ye. Dah tak tahu dah camne nak tebus salah aku kat ye.. Walaupun ye cakap ye dah maafkan aku, aku tetap rasa bersalah dengan ye. Sebab takde lagi orang yang membuatkan ye sakit hati seperti aku buat, peningkan kepala ye dengan kerenah aku yang tak reti bahasa, n yang paling besar, aku membuatkan ye berdosa, lari dari mengingati ilahi. Bukan sekali tapi hampir setahun! Dia sorang gadis yang baik tapi aku.....Aku memang jahat! Aku tak tahu camne lagi aku nak tebus salah ni pada ye. Setiap kali aku ingat ye, rasa bersalah tu datang. Rasa menyesal sangat. Aku pun berharap dengan tiadanya aku lagi di sisi ye, ye akan lebih bahagia. Bahagia dengan rahmat dari ilahi, bahagia dengan teman ye, dengan family ye, dengan sesiapa la yang dapat bahagiakan ye.. At least, dapat jugak ye buat parents ye senyum dengan result ye.. hihi
Maafkan mi......
maafkan mi......
Maafkan mi......
Em insya Allah dalam 3-5 hari lagi aku akan tulis la result research aku tu..huhu.. Camne er pandangan orang pada aku. Dalam kebelakangan ni jugak aku dapat rasa hidup aku lebih hepi la walaupun debaran exam makin mengganas. hehe.. Rahsianya, maybe aku lebih berfikiran positif. Cuba alihkan perasaan aku, luahkan perasaan aku pada benda lain walaupun aku masih mengharapkan teman yang sudi mendengar. Aku bukan meminta pertolongan, cukup la dengan sokongan untuk aku melangkah dalam kehidupan aku..hmmmm...
Oklah, nak surf benda lain lak ni. dok koya kat sini lama dah.. Hahaha.. Selamat berexam fahmi.. Take care... Salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...