Salam...huhu nampaknya cuti dah abis 1minggu..tinggal lagi 2minggu.. Sepanjang minggu ni, banyak perkara yang aku tak sangka aku laluinya.. macam kata teman aku sorang ni, Aishah Nadhirah, penat tapi seronok...hehehe
Bermula dengan lepas exam, aku terlibat dengan pengurusan konvokesyen IPGM zon timur iaitu IPGM aku, KT n Mizan Besut. Aku ditugaskan untuk mengurus bahagian jubah lulusan n vip. Satu tugas yang agak mencabar dan memenatkan. Bayangkan, terpaksa mengurus jubah sebanyak 450 helai. Perlu diasingkan mengikut saiz dan hanya digunakan sebanyak 160. Adoi.. Geram aku, kenapa la orang sebelum ni tak susun molek2 dah.. Adoi..
Bersama dengan Duki, Azizi, Aishah, Hidayah, Farhana, Farahani, Kak Syu n beberapa orang ajk len, kami ditugaskan untuk mengurus proses pemunggahan jubah, memberi jubah hingga lah memungut jubah dan menyimpanya semula di dalam stor. Kerja yang memenatkan tapi seronok dilakukan bersama. Selain itu, aku juga terlibat dalam perarakan iaitu sebagai pemegang bunga mangga selain tugas xrasmi len..hehe..
Memang seronok berkerja dengan selesa tanpa tekanan yang membebankan. Kami boleh berinteraksi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Yang paling berkesan dalam kerjasama, KEMESRAAN dan TOLERANSI!
Aku dapat melihat bagaimana dua elemen tersebut menjadi pemangkin dalam organisasi. Walaupun ia nampak remeh, namun elemen tersebut la yang banyak membantu kami dalam bekerja. Aku lihat, elemen ini perlu dipupuk dalam RM. Bukan hanya sebagai penghias tapi sebagai antara tali yang mengikat ukhuwah di kalangan ahli. Tapi bagaimana er?
Oleh itu, aku melihat kepada penganjuran program yang lebih kepada pengikatan ukhuwah. Insya Allah, aku akan cuba merancang beberapa aktiviti yang boleh memenuhi objektif ini dalam cuti ni sebab sekarang aku masih dalam kerja pemantapan shu'bah dan unit yang akan ditubuhkan dalam RM dalam sem 2/2009.
No comments:
Post a Comment