Sunday, 7 June 2009

stadium Melawati

Lepas lepak kat rumah dalam 2-3 hari, aku ke KL untuk mengikuti Muktamar PAS 55 di stadium Melawati. Ini merupakan kali pertama aku ke sana. Best dan penuh makna tersirat. Itu yang aku boleh katakan. Di sana, aku dapat melihat bagaimana sebuah gerakan islam yang telah lama bertapak di negara kita bergerak dan melalui proses untuk mematangkannya.

Pertama, melalui ucapan dasar presiden PAS. Beliau memberi ucapan dengan terus memfokuskan setiap elemen dan bahagian yang ada di dalam PAS dan perkara-perkara yang berkait serta perlu difokuskan. Aku tertarik dengan beberapa elemen yang dihuraikan iaitu muslimat, jaringan perhubungan, kesepakatan, tarbiah dan pendekatanya.

Dalam muslimat, beliau menekankan aspek kebajikan, iaitu perkara yang sinonim dengan peranan kaum hawa dalam masyarakat. Beliau menyatakan, muslimat mesti lah sentiasa menjuarai aspek kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kebajikan bukan sahaja meliputi aspek kebendaan, malah turut menyentuh perkara-perkara yang tidak bersifat meterial seperti tarbiah dan rohani setiap induvidu. Aku melihat ini sebagai antara perkara yang penting dan perlu diketengahkan dalam RM. Mungkin kita terlepas pandang perkara ini namun aku merasakan masih belum terlambat untuk dibincangkan. Di sini, Shu'bah HELWI yang masih di dalam proses pemantapan boleh memainkan peranan penting dalam aspek kebajikan khususnya di kalangan kaum hawa. Tidak hanya terbatas melalui kelas-kelas yang bersifat kerohanian, ia juga boleh diketengahkan sebagai perisai dan alat untuk membantu kaum hawa di ipgmkb. Insya Allah, aku akan cuba berbincang dengan AMT dan jawatan kuasa shu'bah HELWI untuk memasukkan aspek kebajikan.
Kedua adalah jaringan perhubungan. Aku juga bersetuju bahawa aspek ini mestilah sentiasa dikemaskini dan sentiasa berfungsi agar setiap kompenen dalam sesebuah organisasi berdaya maju. Pertama dalam majlis tertinggi dan kepimpinan suatu organisasi. Mereka mestilah bijak dalam menjalinkan jaringan perhubungan antara satu sama lain serta pihak luar. Kedua adalah unit publisiti yang berfungsi sebagai alat penyiaran organiasi kepada dunia luar.
Ketiga adalah tarbiah, suatu aspek yang aku cuba rungkai agar dapat diserap di dalam RM. Jawapannya adalah melalui pendekatan "role model" dari saf kepimpinan. Setiap pemimpin dalam organisasi mestilah sentiasa berusaha mentarbiahkan diri dan pada masa yang sama dapat dijadikan contoh oleh setiap ahli.
Aku melihat ketiga2 elemen ini penting dan perlu diperhalusi oleh AMT RM. Insya allah, aku akan cuba berbincang dengan mereka mengenai hal ini.
Di sana juga aku dapat melihat satu senario, bagaimana setiap pembaharuan yang hendak dijalankan mestilah diteliti agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip sesuatu organisasi. Cukup bermakna pada ku kerana ia mengajarku bagaimana untuk bergerak di dalam satu organisasi dan kepentingan garis panduan dan dasar yang utuh perlu digubal.
oklah, tata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...