Saturday, 27 June 2009

Kemaafan ? Mintak Maaf ?

Salam... Pekabo Fahmi? Harap-harap mu sehat la.. Hehe.. Tanya kat diri sendiri lak.. Maklum lah.. Xde orang nak tanya.. hahaha.. Em dah seminggu aku masuk sem 2 ni.. So far ok jelah walaupun agak susah sebab sem ni banyak berkenaan amali.. Tapi takpelah.. Insya Allah, kalau aku ikut peraturan dan buat yang terbaik, Insya Allah oknya.. Tapi sekarang ni result sem lepas tak kuar lagi ni.. huhuhu... Doakan aku lulus dengan cemerlang..
Dalam seminggu ni, aku agak bizi jugak la... Dengan program RM la.. Pe lagi.. hehe.. Sekarang ni aku dah naik jadi AMT.. Selalu la kene turun meting, jumpa pensyarah la, pe2 la. Aku sebenarnya cuba untuk sibukkan diri, harap aku tak fikir sangat sal tu. Dan biasa lah, aku masih baru. Kadang-kadang ad something yang tak kene.. Tapi bagi aku, tu adalah cara aku belajar untuk hidup dalam dunia yang semakin tua ni. Belajar kenal pengurusan, kenal orang, kenal perangai orang. Dan jugak untuk kenal siapa aku ni. Dari pengalaman, cerita, even dan macam-macam lagi la.. Tol tak cikgu? hehe.. Bakal cikgu jela...
Sem ni ramai budak-budak year aku kene kuar asrama. Tinggal dalam 10org je yang lelaki, termasuk aku.. huhu.. Syukur la aku gan romet aku still leh tinggal lagi kat asrama.. Kalau tak, nano la nak cari rumah sewa. Sekarang ni kami juz mark rumah yang akan kami sewa tahun depan. Sebab takut xde nanti kalau cari lewat. Ada pun orang reject dah. Nanti dah tak leh la nak lepak bilik dak-dak ni. Biasa bilik Safiq Mendoza 2, bilik Kerol, bilik Wan P.. Tah camne la nanti lak hidup aku. Huhuhu.. Harap aku leh hadapi dengan tabah... Hahaha.. Camla bende besar, nak jiwang lak.. hahaha.. Koya la mu ni..
Dalam seminggu ni aku ada jugak teringat kat si dia. Sejak aku call ye malam tu, aku dah tak contact ye. Bukan tak nak tapi tah, xtahu nak cakap. Rasa nak call tapi bila handphone dah kat tangan, aku letak balik. Dok fikir dalam kepala, patut ke aku call ye? Dengan pe yang aku dah buat kat ye, pastu dia pun dah rasa camtu kat aku, terus terang kat aku, aku pun keliru nak call atau tak.. Tak call rasa cam something wrong je.. Call lagi la rasa something wrong..
Tah la Fahmi.. Aku pun xde jawapan. Jawapan setiap persoalan yang mu dok fikir tu. Aku tahu mu amat-amat sayangkan ye.. Aku tahu siapa dia pada mu.. Aku jugak tahu pe matlamat, impian mu dengan dia.. Cuma apa yang aku boleh cakap, kadang-kadang kemaafan belum cukup untuk menenangkan hati kita. Walaupun kita telah mendapat kemaafan, kita juga mintak maaf, belum cukup untuk mengembalikan apa yang hilang. Dan apa yang hilang itu, amat sukar untuk mendapatkanya kembali. Kita cuma boleh berserah pada ilahi, cuba rawat hati kita yang terluka sendiri, jangan mengharap sesiapa pun untuk sukarela cuba merawat hati kita, sebab kita sendiri sedar kita siapa. Apa yang baik dan buruk. Yang pasti, kita bukan seperti orang lain. Sama ada kita lebih daripada orang lain, atau kita di bawah mereka. Kau tahu jawapan tu kan?
Yup! Tapi aku kadang-kadang bertanya, kenapa kita di sini, bukan di sana? hehe.. Baik mu tanya soalan tu depan cermin, mu sendiri akan dapat jawapannya.. huhu.. Ingat Fahmi, Hati kita, kita sendiri kene rawat, bukan siapa-siapa.. Sebab hanya kita yang faham hati kita. Tidak orang lain.. Ok Fahmi? Jangan hairan lagi kita kene jaga hati orang lain, tapi hati kita, kita sendiri yang kene jaga. Sebab no one will come to us for that..
Oklah fahmi, jom tido.. Hahaha.. Penat la kelas sampy petang ni.. huhuhu.. Tapi xpela Fahmi.. Chaiyok! hehe.. take care.. Salam.. tata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...