Positive
• Banyak ilmu untuk dikongsi, yakin untuk bercakap di khalayak, mampu menjadi pemimpin yang berkaliber yang mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, komited dalam bekerja,
• baik, mudah didekati, senang berurusan, senang diminta tolong, bertanggungjawab, kreatif, caring, memahami orang lain, sopan, setiakawan, hormat orang tua, tidak pentingkan diri sendiri, sangat berani dan tiada perasaan takut, lembut bila bercakap, suka adventure, rajin, pengasih, penyayang dan pemurah,
• mempunyai haluan, misi dan visi yang tersendiri dan berbeza dengan orang lain, berpegang pada agama, cuba berubah ke arah yang positif, aktif berfikir,
• sangat supportive, bermotivasi tinggi, independent, sangat aktif dan dinamik, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, cepat bertindak buat keputusan, sgt diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, gerak hati yg sangat kuat.
Negative
• Nampak tidak bermaya diwaktu pagi,
• kadang-kadang mudah marah, bergaul tak bertempat, kurang mendalami dan bertindak tanpa berfikir perasaan orang lain, suka mendesak, prasangka negatif pada orang lain, sensitif, cepat menyesal, kecenderungan bersifat dendam, agresif,
• membonceng motor dengan laju,
• agak ‘strict’ kalau mentadbir, kadang-kadang susah terima pandangan orang lain, kelam kabut utk membuat keputusan,
• suka rendahkan kemampuan diri, perlu share something dengan segera, tidak share tanggungjawab bersama,
• sgt cemburu dan terlalu cemburu.
Kehidupan sosial
• Macam ada team/kawan-kawan yang boleh dibawa berbual,
• bergaul dengan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa @ jantina, mudah bergaul dengan rakan dan pensyarah,
• mesra dengan perempuan, mesra alam- suka sedekah senyuman,
• pergaulan tidak bebas, peramah,
• suka diberi perhatian.
Langkah-langkah untuk perbaiki
• Capai kesempurnaan dalam solat, muhasabah diri, banyak berdoa, rajin baca Al-qur’an, rajin ke masjid,
• ambil yang positif, menjadi diri sendiri,
• cuba mendalami orang lain dengan lebih baik, perbaiki cara komunikasi, jadi lebih kreatif, berani menegur orang lain,
• menjaga pergaulan dengan perempuan,
• tidur awal,
• try control the emotion.
Analisis
Syukur kehadrat ilahi, akhirnya aku dapat melihat diriku yang sebenar..hehe.. Setelah aku membuat sedikit survey mengenai diri aku di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan ku, aku dapat melihat bagaimana diriku di mata orang yang rapat denganku.
Menurut takrifan personaliti, aku boleh diklasifikasikan sebagai AMBIVERT iaitu seseorang yang mempunyai kedua-dua ciri personaliti introvert dan ekstrovert. Introvert bermaksud orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata manakala ekstrovert bermaksud orang yang lebih suka dunia luar daripada dunia dalam. Aku dapat melihat diriku berada ditengah-tengah personaliti tersebut. Mungkin 60-70% daripada diriku adalah ekstrovert manakala 30-40% adalah introvert.
Personaliti ambivert akan menghasilkan satu identiti yang berlawanan antara satu sama lain. Personaliti ini akan menyebabkan personaliti seseorang sukar untuk diduga oleh orang di sekeliling. Ia juga akan menyebabkan berlakunya krisis identiti jika tidak ditangani dengan baik. Namun, seseorang yang memiliki personaliti jenis ini akan lebih cenderung dengan personaliti yang lebih berpengaruh mengikut peratus personaliti terbabit.
Oleh itu, aku dapat melihat bagaimana personaliti aku membentuk perwatakanku. Dan aku dapat melihat apakah yang perlu difokuskan dan yang perlu dibaiki lagi.
Sebelum mengundur diri, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku dan rakan-rakan yang membantuku dalam menyiapkan survey ini. Syukran jazilan..
Sekian, terima kasih….
Sunday, 17 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment