Tuesday, 20 April 2010

Perlukah Aku Mengalah?


Salam.. Dua malam lepas aku dikejutkan dengan satu insisden yang pada aku, itulah jawapan yang aku tunggu-tunggu. Untuk apa aku menjadi AJK bahagian yang berusaha untuk menjaga organisasi dari ancaman-ancaman yang mendatang, namun secara terang-terangan ketua aku mendedahkan organisasi kepada ancaman itu. Hanya satu perkataan yang mampu aku ungkap untuk merumuskan apa yang berlaku, "BODOH!"

Entah mengapa, perkara itu berlaku. Entah mengapa, ia dilakukan oleh seorang ketua. Satu kesimpulan yang dapat aku simpulkan, mereka tidak peka dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja organisasi. Insiden di mana program organisasi digunakan oleh organisasi lain untuk menyampaikan agenda mereka yang akan membawa kesan yang buruk bukan sahaja untuk masa sekarang namun masa akan datang.

Namun itu bukan di fikiran mereka. Malah tindakan aku membawa usul tersebut ke dalam perjumpaan organisasi telah disalah ertikan sebagai tidak memahami konsep pertembungan dengan organisasi lain. Seolah-olah aku terlalu anti terhadap organisasi lain dan melampau dalam membuat tindakan. Seolah-olah aku tidak memahami pesanan dan penjelasan berhubung konsep tersebut. Tersenyum aku sambil menggelengkan kepala.

Bagi aku, mereka lah yang tidak memahami konsep tersebut sehingga menggadaikan program organisasi kepada agenda organisasi lain. Seolah-olah mereka dipukau, langsung tidak berfikir baik buruknya. Aku akui, aku amat marah dengan insiden yang terjadi kali ini. Marah kerana seolah-olah kesalahan itu amat ringan dan boleh dilupakn begitu sahaja. Marah kerana ia dilakukan oleh ketua yang langsung tidak peka dan bertanggungjawab. Dan aku marah kerana merasa mereka tidak bersungguh-sungguh menjaga organisasi.

Perlukah aku mengalah? Hanya melihat dan memandang apa sahaja yang akan berlaku selepas ini? Aku masih mencari-cari jawapannya.. huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...