Friday, 16 April 2010

Aku Manusia Sibuk?


Salam sahabat-sahabat. Pekabo semua? Harap sihat je.. Aku kat sini ok je. Alhamdulillah, semua kerja-kerja assingment dah habis. Tinggal kene lengkapkan nota-nota aku untuk MQA. Tapi banyak la palak kene lengkapkan. Tula malas sangat buat nota..hehe

Dua tiga hari ni aku banyak habiskan masa aku dengan kesibukan. Pagi kuliah macam biasa. petang buat nota, buat kerja-kerja persatuan dan malam pulak kalau tak usrah, liqa'. Kalau tak liqa' meeting AMT. Kadang-kadang sampai kol 1 pagi, 2 pagi, baru habis meting. Balik miting sambung wak nota pulak. Huhuhu

Ni antara soalan-soalan lazim yang aku selalu dapat:
" awk bz ke?"

" mi bz ke?"

" abg bz ke?"


Dan selalu keluar penyataan cam ni:

" sowi ggu awk bz "

" maaf ggu mi, xnk kaco mi lg.. "

" th awk bz, maaf kaco awk "


Kadang-kadang aku rase terkilan, kerana kesibukan aku, orang yang rapat dengan aku merasa mereka telah mengganggu aku. Aku cukup sedih, kerana kesibukan aku, aku tak dapat meluangkan lebih masa bersama mereka. Padahal hakikatnya, aku sangat-sangat ini bersama mereka.

Selalu, semasa aku sibuk dengan kerja-kerja, terlintas di hati ku untuk contact mereka namun aku hanya mampu memendam rasa itu. Kadang-kadang bila aku bersendirian di tengah malam, teringat aku kepada mereka. Hmm..
Hakikatnya, aku telah menyakiti orang yang rapat dengan ku. Menyakitkan mereka dengan kesibukanku. Namun aku redha, dan aku mengerti, memang jalan yang aku pilih bukan sahaja akan menyakiti merek, malah mungkin akan membahayakan mereka.

Jalan Perjuangan


Yup, jalan Perjuangan. Jalan yang telah aku serahkan hidupku, hartaku, nyawaku untuk jalan perjuangan bertemu Allah sebagai seorang pejuang Allah, pejuang agama Allah. Sudahku mengerti, jalan ini bukan jalan selamat, namun bagiku jalan inilah yang akan membawaku ke syurga. Dunia yang fana ini ibarat penjara bagi mereka yang beriman. Penuh susah dan ujian. Insya Allah, jalan ini akan membawa aku ke syurga. Janji Allah akan tetap berlaku dan Allah berpegang dengan janjiNya.

Kepada teman-teman, sahabat-sahabat, rakan-rakan, kenalan, aku memohon maaf, andai aku telah menyakiti mu. bukan aku meminta namun inilah hakikatnya. Aku mengerti jika kalian membenci, memarahi ku di dunia ini. Namun aku berharap kita akan saling mencintai, menyayangi di syurga kelak.. Amin..

Oklah, Salam...... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...