Thursday, 22 April 2010

Lagi Lagi Sistem (^_^)

Salam.. Aku baru je balik dari meting AMT PIM, setelah perjumpaan dengan ketua lajnah dibatalkan kerana masalah integrasi dan profesional yang meruncing di peringkat tersebut. Oleh kerana tidak mahu membincangkan isu tersebut secara emosi, kami bersepakat untuk membincangkan hal-hal lain berkaitan organisasi.

Secara kebetulan petang tu ada perjumpaan bendahari-bendahari PIM di semua peringkat. Segala isu berkaitan hal-hal kewangan dibahaskan dan dengan kuasa Allah, aku diberi hidayah untuk membentuk satu sistem bagaimana untuk menguruskan hal-hal berkaitan kewangan untuk PIM walaupun aku bukanlah budak ekonomi atau management.


Sistem I-Francais

Sistem ini dibina berdasarkan ilham Allah berkenaan sistem francais yang digunakan oleh syarikat-syarikat francais seperti KFC, MacD, 7-11 dan seumpamanya. Lajnah LEKP dianggap sebagai francais manakala Bendahari Utama merupakan pusat operasi francais. Francais akan diberi modal permulaan untuk memula dan menguruskan perniagaan. Contohnya sebanyak RM2000.

Setelah itu, francais diberi tempoh untuk menjalankan perniagaan. Contohnya selama tiga bulan. Pusat operasi akan memberikan satu limit value, iaitu aras keuntungan yang akan diambil. Contohnya RM1000 dari modal. Jika francais mendapat keuntungan RM4500 dalam masa 3 bulan bermodalkan RM2000, Rm2000 akan diberikan kembali kepada francais sebagai modal pusingan dan Rm1000 sebagai tambahan modal dan keuntungan. Manakala selebihnya akan diserahkan kepada pusat operasi.

Jika tidak ada lebihan atau berlaku kerugian, tiada sebarang nilai akan diserahkan kepada pusat operasi. Ini membolehkan francais terus menjalankan perniagaan tanpa rasa tertekan untuk meraih keuntungan berganda. Dengan itu organisasi dapat menggunakan dana yang ada dengan lebih baik tanpa mengganggu modal pusingan francais.


Sistem Pengurusan Kewangan 1( SPK 1 )

Sistem ini pula untuk menguruskan dan mengawal aliran dana di setiap peringkat dan berpusat di Bendahari Utama. Ia terbahagi kepada tiga iaitu Bahagian Semakan, Bahagian Tuntutan dan Bahagian Aliran Keluar Masuk.

Bahagian semakan bertangungjawab dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan Piawai Kutipan di setiap peringkat. Piawai Kutipan merupakan satu piawai yang digunakan untuk mengawal kutipan, cara pelaksanaan, cara penyimpanan dan sebagainya.

Bahagian Tuntutan adalah untuk mana-mana pihak menuntut kembali dana yang telah digunakan untuk kegunaan PIM kecuali aktiviti yang hanya di peringkat komponen sahaja.

Manakala Bahagian Aliran Keluar Masuk ditugaskan untuk menerima laporan kewangan dari setiap peringkat PIM dan merekod setiap aliran keluar masuk dana secara keseluruhan. Bahagian ini juga berfungsi sebagai pemantau setiap pengunaan duit di semua peringkat sama ada mengikut spesifikasi yang betul atau tidak.

Diharap sistem-sistem ini dapat memantapkan pengurusan kewangan PIM dan meningkatkan kemampuan PIM dalam menguruskan dana dan aset yang sedia ada.

Hanya padaMu Ya Allah,
aku bersyukur dengan pedoman dan hidayah yang telah Engkau berikan.
Hanya dengan kekuatan Mu, kami bertempur,
Hanya dengan inayahMu, kami melangkah,
Dan dengan kekuasaan Mu,
kami Berserah..

Salam

2 comments:

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

sounds so good.
cool syeikh.

ni lah pemimpin masa depan ni, DP.

ehe.
smga sukses selalu.
^^

fahmi89 said...

xdela syeikh..byk lg y perlu bljar..harap jgk anta ajar ana ilmu dr sna..hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...