Salam.. Hari ni aku tak sihat laa.. Aku telah diserang penyakit kayat.. Adoi.. Dah jadi cam lanun lak muka aku.. Hahaha..
Yang aku tanda gan lain merah tu la kat kene serang. Dari semalam lagi tapi semalam ok je lagi. Hari ni dah jadi lain dah..
Tapi aku dah pergi klinik dah.. Dapat la cuti MC dua hari.. Harap-harap cepat sembuh.. Huhuhu

Masa aku kat klinik tadi, punye la ramai manusia yang sedang menunggu giliran untuk dirawat. Dok tunggu punya pasal, dua jam ada. Rawatan tak sampai 15 minit. Pastu pulak, doktor tak de. Yang ada hanya lah pembantu perubatan (PA), tu pun tiga orang je. Terfikir aku, inikah yang dikatakan Malaysia ni negara yang manjaga kebajikan rakyatnya?
Adakah disebabkan perkhidmatan tu diberi secara percuma dan para pegawainya makan gaji, kualiti perkhidmatannya rendah sebegitu rupa? Ditambah pula pesakit yang datang pula adalah dari kalangan rakyat bawahan, bukan dalam kalangan datuk-datuk dan bangsawan? Bagaimanakah jika terdapat kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera?
Sekali lagi, hatiku panas menahan amarah terhadap pemerintah, yang hanya bercakap, bermanis muka apabila setiap kali pelbagai isu diutarakan. Isu masalah di klinik kesihatan kerajaan pernah diwar-warkan suatu ketika dahulu dan pelbagai janji dan inisiatif diumumkan namun sehingga kini, keadaan tidak banyak berubah. Pelbagai alasan lapuk diberikan seperti ketiadaan peruntukan, kekurangan doktor dan seumpamanya.
Namun pada hakikatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat. Jika tiada peruntukan, mengapa dilaburkan berbilion-bilion dana untuk projek-projek yang merugikan rakyat seperti projek menara petronas, projek F1 Lotus racing 1 Malaysia, Litar sepang, berpuluh-puluh kejohanan sukan yang hanya dapat dinikmati oleh sebilangan rakyat? Dan akhirnya rakyat marheen hanya dapat melihat dan menonton setiap projek yang dijalankan dan keuntungan jatuh ke tangan orang asing?
Mengapa tidak peruntukan itu jika tidak semua pun, ambillah separuh untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat. Memang diakui, pelaburan ini tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak pemerintah namun sudah menjadi kewajipan mereka untuk menjaga kebajikan setiap rakyat yang hidup dibuminya. Itu tidak lagi disentuh isu-isu lain seperti isu perkhidmatan pengangkutan awam, kemudahan awam dan hak-hak sebagai warga negara.
Teringat aku satu peribahasa melayu, "anak kera dihutan disusukan, anak sendiri dianaktirikan". Sesuai sangat dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah hari ni. Sekian, salam

2 comments:
assalamualaikum fahmi,.
sakit kayat?
erm selalu la cuci muka n pastikan muka sentiasa kering,.
taw x garam bukit?
cuba basuh ngan air garam tu,.
jaga diri k,.
wsalam..em lme dah mse sem lps..ou yke..xth plak..insya allah..thank muaz.. :-)
Post a Comment