Dua tiga hari ini aku sibuk dengan urusan melengkapkan fail nota aku. Bukan untuk semester ni je, tapi sejak dari semester satu PISMP lg. Huhu penat... Setakat aku tulis blog ni, baru dua subjek yang siap. Tah bila nak siap aku tak tahu. Yang pasti esok aku tak nak hantar lagi..Huhuhu
Hari ini aku dikejutkan dengan beberapa berita, berkenaan PIM. Sebenarnya dah banyak berita yang aku terima namun hari ini aku agak terkedu. Bukan kerana PIM diharamkan atau ditolak oleh pentadbiran tapi berkenaan AJK-AJK dan pemimpin diperingkat pertengahan.
Akhirnya salah seorang daripadanya membuka mulut, menyatakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Cukup mudah, masalah yang dihadapi adalah kerana AMT terlalu nak grand, terlalu kompleks sistemnya. Mereka lebih suka dengan cara yang simple, mudah dan tidak menyusahkan.
Tersenyum aku mendengar masalah yang diutarakan. Seolah-olah kepincangan yang berlaku semenjak dulu adalah kerana faktor itu. Mereka meninggalkan adik-adik AJK kerana itu, mengabaikan kebajikan, tanggungjawab, amanah yang diberikan kerana itu. Tertanya-tanya aku, mengapa dipersalahkan semua itu? Adakah kerana sistem yang baru yang lebih teratur, spesifik, jelas dan memudahkan kepada semua, dilabelkan sebegitu rupa? Atau adakah kerana sifat malas dan tidak bertanggungjawab?
SISTEM
Sistem merupakan suatu pendekatan yang kita gunakan untuk mengawal sesuatu. Kerja-kerja berorganisasi tidak dapat tidak mesti mempunyai sistem. Masalah yang sering dihadapi dalam sesuatu organisasi adalah untuk menukar suatu sistem apabila satu-satu sistem telah lama digunakan. PIM tidak terkecuali. Namun hakikatnya, suatu organisasi memerlukan suatu sistem yang mampu memacu ke arah kebaikan.
Sistem baru ini bukan untuk grand, untuk merumitkan para pemimpin namun untuk kesejahteraan semua. Bukan untuk memeningkan namun untuk membantu. Ikhlas aku membina sistem ini untuk membantu PIM maju ke depan. Aku bukan jenis yang hanya bercita-cita tinggi namun hanya cita-cita semata-mata. Lebih-lebih lagi jika ia merupakan suatu yang penting.
Boleh sahaja aku berdegar-degar bercakap untuk menaikkan PIM tanpa membantu rakan-rakan, menunjukkan langkah kepada sahabat-sahabatku namun itu bukan aku. Aku berharap dengan sistem yang tidaklah terlalu kompleks namun berupaya untuk membantu, bukan kerana mengejar gelaran grand, popular..
Namun mulut, hati manusia tiada siapa yang mampu tutup. Bagaikan diberi bunga, dibalas tuba. Aku hanya ingin membantu namun cercaan diterima. Terima kasih sahabat-sahabat. Akan aku fikirkan yang terbaik untukmu, walaupun mungkin aku terpaksa pergi lagi..
Sekian, salam
No comments:
Post a Comment