Monday, 12 April 2010

Itu Amat Melampau!


Salam.. Pekabo rakan-rakan? Harap-harap sihat je.. Aku kat sini pun sihat je.. Cuma agak sibuk dengan tugas-tugas yang xnk berenggang dengan aku.

Alhamdulillah, semalam satu majlis makan malam PIM telah selamat dijalankan. Namun disebaik 1 kegembiraan, terdapat 1000 duka yang melanda. Bermula dengan mehnah dan tribulasi diperingkat ketua-ketua dan penolong lajnah, sehingga kepada selepas program.

Aku sebagai salah seorang AMT amat merasa dukacita dan sedih dengan apa yang berlaku. Bukan sahaja nama, malah bagiku maruah PIM telah tercalar dengan insiden-insiden yang berlaku.

Namun ini bukan masa untuk bermenung mengenang nasib yang bakal berlaku. Tetapi masa untuk berfikir apa yang perlu dibuat seterusnya untuk mengembalikan maruah yang tercalar. Semua ini memerlukan komitmen dan suatu anjakan paradikma bukan sahaja diperingkat tertinggi malah pemimpin di peringkat pertengahan. Pemimpin di peringkat pertengahan perlu diperkuatkan dan diberi suntikan momentom, dalam usaha untuk menggerakkan organisasi di peringkat optimum. Perlu dibuat perubahan yang mungkin akan melahirkan konflik-konflik baru. Namun objektif dan matlamat yang lebih utama dan mendatangkan kebaikan kepada organisasi, perlu dilaksanakan.

Ya Allah,
berilah aku dan sahabat-sahabat yang lain kekuatan,
pedoman dan inayah Mu,
dalam kami berjuang untuk redha Mu..
Amin..

Oklah, Salam.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...