Saturday, 19 June 2010

Yang Hilang Silih Berganti..

Salam.. Hari ni hari terakhir Mie kat rumah untuk cuti pertengahan tahun ni.. Petang esok Mie akan berangkat ke program selama lima hari. Aduh malas betul rasenya nak pergi. Namun itulah tanggungjawab yang harus dipikul demi agama tercinta. Ikatan taat setia takkan Mie lupa. Insya Allah..

Dunia perjuangan Islam masih menangisi kehilangan salah seorang pejuang yang telah lama berkorban harta, kesenangan dan kemewahan, Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Mie pernah berjumpa dengan allayarham semasa berkunjung ke rumahnya di Taman Melawati, Gombak. Orangnya kecil sahaja. Lebih kurang Tok Guru Nik Aziz je. Masa Mie jumpa hari tu, dia sedang mencangkul rumput-rumput disekitar Markas Tarbiyah tu. Tak terlintas Mie dia merupakan bekas timbalan presiden dan bekas naib presiden, dek kerana perwatakan yang cukup sederhana dan simple itu.

Namun itulah kekuatan yang ada pada allayarham. Mie ada juga terbaca dalam Muslimeen United dan Harakahdaily berkenaan perjuangan allayarham. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah memanggilnya sebagai arkitek tak bertauliah yang telah melakar rangka pembinaan Markas Tarbiyah PAS Pusat di Gombak. Allayarham juga merupakan pereka bendera PAS yang mana allayarham mengambil inspirasi daripada penutup dakwah. Labih senang untuk dibuat katanya dan amat fleksibel sama ada bendera tersebut akan diletakkan secara berdiri atau melentang, bentuk bulan yang bulat itu tetap sama.

Allayarham jugalah yang telah menjadi salah seorang penggubal Perlembagaan PAS yang sehingga hari ini masih digunakan oleh setiap ahli PAS dalam menjalankan gerak kerja dan pentadbiran. Cukup banyak jasa dan pengorbanan allayarham telah taburkan. Tinggal lagi kami generasi yang masih baru dalam medan perjuangan ini untuk teruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Yang hilang silih berganti, itulah yang dapat Mie nyatakan. Insya allah, pejuangan ini tidak akan mati, selagi agama Allah tidak tertegak di muka bumi Malaysia ini. Selagi kemungkaran terus bermaharajalela dan kezaliman bertindih-tindih menindih yang lemah, perjuangan akan diteruskan. Insya Allah..

Kami mengerti, perjuangan masih jauh dan penuh dengan onar duri yang sentiasa berusaha meracuni dan melukai kami. Namun inilah perjuangan kami. Perjuangan Amal Makruh Nahi Mungkar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...