Thursday 29 October 2009

Pilih: Antara Perjuangan Dan Keluarga


Salam.. Pekabo teman-teman? Aku harap sihat je.. Aku pun sihat je.. Cuma ari ni selsema sket.. Tapi bukan selsema babi er.. hihi..

Em minggu ni aku terpaksa membuat pilihan antara balik rumah untuk jenguk Tok atau bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan ke destinasi ilmu. Aku akui memang sukar dalam membuat pilihan ini.

Namun aku yakin, pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik. Sejak mula lagi aku telah faham dan tahu perjuangan ini menuntut pengorbanan yang bukan sahaja harta, masa malah turut seluruh kehidupan aku. Namun aku tidak menyesal. Kerana aku yakin ini lah jalan yang perlu aku lalui.

Jalan yang bukan mudah, bukan untuk bersuka-suka kerana ia tidak dihampar dengan permaidani merah tetapi punuh dengan duri-duri yang cukup berbisa. Insya allah aku cuba untuk menjadi pejuang yang terbaik. Aku juga berharap semua pengorbanan ini akan menjadi saksi di padang Mahsyar nanti bahawa aku berusaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Sahabat-sahabat, teman-teman, doa'kn aku dalam perjalanan perjuangan ini. Sekian, Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...