Salam... Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je.. Aku pun sihat je.. Walaupun baru ni sakit tekak, lepas makan madu dua sudu semalam, da kurang da sakit tekak.. Alhamdulillah.. Tapi aku pun tak pasti madu tu asli atau tak.. Tapi ok la jugak.. ada kesannya..
Sejak raya ari tu, aku rasa hubungan aku tenang balik dengan si dia.. Kami dah cam kawan cam biasa balik dah.. Bermula beberapa siri mesej pada malam raya ke-2@ ke-3, kami cuba untuk melupakan semua yang menyerabutkan kepala. Biar lah yang lepas pergi. Lepas tu beraya ke rumah cikgu sama-sama dengan kawan-kawan.. Dah la terpakai baju yang sama warna lagi.. Warna merah.. Tah camne dari dulu lagi kalau jumpa mesti warna baju akan sama walaupun tak berpakat pun.. Mungkin petanda ada jodoh kot.. Hahahaha.. Pastu dia sudi menerima hadiah baju labuh yang aku berikan.. She likes the baju labuh.. Pandai ko pilih er Fahmi.. hehehe.. Dan seterus-terusnya.. Kalau sebelum ni cam agak tegang la.. Tah mengapa.. Tapi yang pasti kami masih belum matang.. Masih perlu belajar untuk memahami each other..
Cuma yang pasti sekarang, aku dapat balik sahabat baik aku.. Syukur yang amat sangat, kami selesa berhubung antara satu sama lain, walaupun bukan atas nama sepasang kekasih.. Aku bahagia dengan keadaan ni.. Cuma masing-masing masih perlu menjaga hati masing-masing.. Lebih-lebih lagi aku.. Hahahahaha... Yela... Iman xseberapa sangat kuat.. Aku takut, hati aku jadi lain.. Oleh itu, aku kene kawal la dari selalu sangat berhubung dengan si dia.. Aku akui, setiap kali aku bercakap, apabila namanya terpampan di skrin hp, hati aku masih lagi berdebar seperti pertama kali aku mendapat mesej darinya, pertama kali aku mendapat call darinya.. Tah pe ayat dia baca.. haha.. So, aku kene kawal la..
Minggu ni aku ada exam untuk tiga kertas.. ELP, NL dan LB.. Tapi ni pun tak study lagi.. Adoi.. Huhuhu.. Tapi insya allah sempat lagi..
Sekarang ni aku dalam proses nak bina sistem baru untuk RM.. Sebab sekarang ni medan perperangan kami semakin membesar dalam JPP dan jugak dalam IPGMKB khususnya.. Insya Allah lepas exm nanti aku akan mula membuat sistem tu.. Namun aku masih lagi tidak pasti bagaimana jalan yang terbaik untuk membuatnya. Sebab sekarang ni sahabat-sahabat aku masih tidak nampak apa yang aku fikirkan. Bukan kerana nak membesarkan diri tapi matlamat aku bukan hanya fokus kepada biro kerohanian dalam JPP tapi keseluruhan medan yang ada dan akan diwujudkan. Untuk menguasai setiap elemen yang boleh menawan IPGMKB, pada pendapat aku, kita perlu menguasai Biro kerohanian, Biro kebajikan, Biro kesenian dan Biro sukan di dalam JPP. Kita juga perlu bersedia untuk Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI). Jadi, sistem baru mestilah mampu mengawal dan berperanan dalam setiap medan yang ada agar setiap kompenen dapat digunakan dengan semaksimum mungkin.
Sekarang bukan masa untuk kita memikirkan aspek kepimpinan tetapi kelengkapan tentera-tentera kita, kemahiran-kemahiran jundi-jundi yang ada dan kepakaran-keparan khas yang perlu untuk bekerja dengan baik dan cemerlang. Ini pendapat aku tetapi sahabat-sahabat ku masih tidak dapat menerimanya dan masih mempertahankan perlu fokus dahulu kepada biro kerohanian. Aku mengerti fokus utama kita adalah biro kerohanian tetapi bagi diriku, dengan kekuatan yang ada dan peluang untuk membentuk ketumbukan yang baru, aku yakin kita mampu untuk melakukannya.. Sebab aku percaya, kemenangan islam pasti akan berlaku. Hanya masa dan ketentuan ilahi yang akan menentukannya. Kita sebagai pejuang perlu berjuang bersungguh-sungguh dengan strategi yang tepat serta sesuai dengan keadaan dan peluang yang ada.
okla, tenet cam taik da ni.. tata
No comments:
Post a Comment