Assalamualaikum kepada teman-teman. Harapnya masih lagi bersemangat dalam menempuh tahun baru 2011. Biasanya tahun baru akan mendatang dengan azam yang baru. Jadi bagaimana dengan anda? Sudahkah memulakan langkah untuk mencapai azam yang baru berusia seminggu? Info yang Mie dapat daripada sebuah akhbar menyatakan ramai yang dapat mengekalkan azam baru hanya dalam tempoh seminggu! hehe
So bagaimana nak kekalkan azam baru nih? Jom kita cuba sama-sama tips ni.. Ni Mie buat sendiri tau..hehe
1. Tulis azam baru kita kat mana-mana tempat yang mudah untuk kita lihat. Contohnya kat pintu dan halaman buku. Boleh juga kalau dibuat wallpaper untuk laptop atau handphone. Masa Mie kecil-kecil dulu pernah Mie buat poster cantik-cantik dan masukkan azam baru dan kata-kata semangat. Lepas tu gantung dalam bilik..hihi
2. Cuba buat sasaran, bila nak capai azam baru. Contohnya dalam masa 3 bulan ke, 5 bulan ke atau setahun terus. Tempoh waktu ni pula bergantung kepada azam yang kita buat lah. Contohnya azam nak berhenti merokok, mungkin hanya memerlukan masa 3-4 bulan sahaja.
3. Buat perancangan bertulis. Cuba kita fikir dan tulis langkah-langkah yang perlu diambil beserta tempoh pelaksanaan sekali. Sesudah itu, analisa kembali mana yang perlu dan paling sesuai dengan kemampuan dan situasi kita. Kalau bahasa dakwah, mengikut waqi'..hehe
4. Selesaikan azam satu persatu. Azam yang telah dibuat mestilah disusun satu persatu mengikut keutamaan untuk dilaksanakan. Jadi akan lebih mudah lah untuk kita laksanakan nanti..
Oklah nilah sikit tips yang dapat Mie share.. Selamat beramal... (^_^)
No comments:
Post a Comment