Alamak, dah masuk 2011 dah! Pejam celik-pejam celik, dah habis setahun. Tah apalah yang Mie buat dalam setahun yang lepas. Adakah lebih baik dari tahun-tahun yang sudah? Masih lagi menganalisa dan setakat hari ini, alhamdulillah ada peningkatan. Dah nama pun manusia yang berakal, mestilah perlu ada peningkatan kan? hehe..
Buku baru 2011 dah terisi tujuh hari. Tujuh hari yang menjadi 'kandungan' kepada buku tahun ini. Mie ada banyak perkara yang perlu dibuat dan dijalankan. First, my study laa.. Intro yang Mie dapat, this semester will be wild.. Masakan tidak, list untuk semester pertama tahun ini adalah:
- Praktikum
- Penganjuran KOT IPGKKB
- Penganjuran sukan dan permainan tradisional
- Lawatan ke pusat sukan dan kesihatan
- 6 subjek yang memerlukan peningkatan usaha untuk CGPA yang lebih baik
Huhu.. Tu tak termasuk kerja-kerja wajib cam presentation, tutotial, homeworks dan lain-lain..
Tambah menggila, pelajaran math bermula semester ni akan dijalankan dalam bahasa melayu. Namun untuk kelas Mie akan dijalankan dalam dwi-bahasa sebab lec Mie tu cina. So dia lebih prefer untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Tapi dalam kuliah, dua-dua bahasa bercampur melahirkan bahasa baru iaitu 'Malaylish'..hehe.. Punah habis ler bahasa-bahasa nih..
Tambah pula persatuan dan organisasi Mie tahun ini dalam usaha untuk mencapai visi kecemerlangan berorganisasi yang mempunyai empat misi yang perlu dilaksana dalam berbagai-bagai program dan aktiviti.. Semuanya memerlukan perhatian Mie sebagai AMT organisasi..
Yang menjadi mimpi ngerinya adalah kemampuan Mie untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap semua ini di tambah kekangan kewangan dan perbelanjaan yang dijangka melambung tinggi. Lagi kritikal kalau kerajaan terus menaikkan harga petrol dan barangan lain..huhu..
Cakap sal kewangan nih, tahun nih adalah tahun permulaan Mie untuk cuba kumpulkan simpanan. Setakat ni simpanan kosong je..huhu.. Tinggal dua tahun lagi Mie oi.. Tah camne la nak cari nih.. Kalaulah duit tu bergolek je datang kan best.. Kalau kene panjat pokok untuk petik pun Mie sanggup.. Tapi mana ada kat dunia nyata nih.. Khayalan boleh la..hehehe
So nak tak nak, Mie kena mula dari sekarang untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi hari mendatang yang dilihat penuh liku dan dipenuhi onak dan duri. Sedia selengkapnya dalam rohani, jasmani dan mental! Cuba untuk memflaksibel dan mencairkan diri sebaik mungkin untuk melalui lorong-lorong sempit yang mungkin adalah peluang-peluang yang datang hanya sekali dalam seumur hidup.
Insya allah, we strike foward and together!
No comments:
Post a Comment