Salam.. Pekabo teman-teman? Harap sihat je dalam bulan y penuh dengan rahmat ni.. Hihi.. Masuk hari ni, dah hampir enam hari umat islam berada dalam bulan ramadan.. Bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan hidayah dari Allah.. Cuma atas kita lak, camne kita jalani hidup dalam bulan yang Allah sedia'kn hanya kepada umat Nabi Muhammad SAW je..
Namun ramai yang masih lena dengan kehidupan dunia, walhal sudah hampir satu minggu ramadan telah meninggalkan kita. Termasuklah aku ni.. Dalam enam hari ni, aku banyak bizi dengan tengok tv, tido, buat assignment, jalan-jalan.. Huhu.. Camne la aku ni.. Huhuhu.. Pe pun, aku azam nak isi tiga minggu lagi yang ada ni, untuk tambah iman, pahala aku lagi.. Insya Allah...
Em, rawatan hati aku masih dalam pemantauan.. Sebab tak sembuh 100% lagi.. Mungkin takkan sembuh sampai bila-bila.. Ada parut, kesan jahitan, komposisi hati yang berubah, tapi oklah.. Dah boleh fikir dengan waras sket, rasional sket, dada pun dah lapang sket, takde lah sesak sangat macam baru ni.. Hihihi.. Tu la Fahmi.. Kasih, sayang, kejujuran, pengorbanan bukan kunci kepada cinta yang kita impikan.. Takpelah Fahmi.. Hikmahnya, satu pengalaman baru, pengajaran baru dalam kita mencari kebahagaian.. Terus berdoa, semoga Allah tunjuk'kn jalan yang terbaik..Dan jangan lupa! Take note pe yang jadi ni, buat pengajaran untuk perjalanan hidup yang sedang ditempuh, dan akan ditempuh, ok?
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hatiku : Hmm.. Maafkan aku Fahmi, mungkin aku dah dikoyak rabak, disiat-siat sampai nyawa-nyawa ikan tapi aku tetap miliknya. Aku tak sanggup untuk berpisah dengannya. Kerana aku dah berjanji, berazam untuk dimilikinya.. Azamku untuk menjaganya, melindunginya.. Sampai aku tutup mata..
++ Habis bagaimana jika dia menolak mu? Meninggal mu? Menggantikan tempat mu dengan hati yang lain?
Hatiku : Aku hanya mampu berserah kepada Allah.. Hanya padaNya lah tempat aku memohon, mengadu, berharap.. Hanya dengan kuasanya, yang akan menentukan sama ada aku akan terus menjadi miliknya atau aku akan dibuang, ditinggalkan..
++ Habis sekarang? pe cite?
Hatiku : Biar aku bebas mencari kekuatan, hidayah dan petunjuk dari Allah untuk membersih kotoran-kotoran dosa yang bertompok-tompok ini.. Semoga suatu hari nanti, jika dia terbuka untuk memiliki ku, biarlah aku dalam keadaan yang bersih, suci.. Jika dia menolakku, biarlah aku bersedia menghadapinya.. Insya Allah..
++ Hmm.. Teruskan niat mu, kerana engkaulah yang mengawal ku.. Jika engkau kuat, maka kuatlah aku. Jika sebaliknya, aku juga sedemikian.. Aku akan cuba menjadi bahtera mu.. Aku punya mata untuk penglihatan, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara dan otak untuk berfikir. Malah kita juga ada senjata, iaitu AKAL, yang boleh menjadi kompas dan penunjuk arah dalam pelayaran kita.. Insya Allah..
>>> hihi... Tu lah dialog aku antara hatiku dan tubuh badanku pada satu dinihari selepas sahur.. Hahaha.. Satu proses untuk memujuk hatiku untuk kembali kuat, tabah dalam hadapi gelora kehidupan ini...
Oklah, da lewat ni, Selamat Kembali Pulih Fahmi.. Bersedialah untuk satu pelayaran baru yang menggunakan bahtera yang kita tinggal dulu, yang hanya ada mu dan diri mu.. No one will join us, no one any more!
No comments:
Post a Comment