Sunday, 2 August 2009

Bila Difikirkan Kembali, Aku memang tidak layak untuk Itu.....

Salam... Pekabo semua? Harap-harap semua sihat.. Amin.. Minggu ni aku xdela bz sangat.. Cume dah mula buat assignment.. hehe
Dalam aku meniti-niti detik hidupku minggu ni, si dia hadir untuk membincangkan sesuatu pasal satu group kat U ye n ye nak join. Dah lama tak cakap lama-lama gan ye. Cakap sal tempat baru ye, family ye, dan macam-macam lagi la. Namun bagi aku, bukan itu yang menjadi sebab aku boleh tersenyum, tapi disebabkan dia dah makin kuat dan tabah berbanding dahulu. Dan jugak, kami boleh terus berhubung, berborak walaupun tanpa perhubungan yang kami lalui dulu. Aku berharap tiada lagi perhubungan sebegitu dalam hidupku. Cukup kesal. Tapi sekarang alhamdulillah, kami sudah faham dan masing-masing sedang cuba menjadi lebih baik hari ini berbanding semalam, sebagai persediaan hari esok. Semoga hari esok akan lebih bersinar.
Em, dari sehari ke sehari, masa berlalu dengan kita sebagai pena yang mencoret catatan di kertas masa. Dalam sehari ke sehari jugak, aku makin belajar dan cuba untuk berusaha bagaimana untuk menjadi pengikut dan pemimpin yang baik. Di kala ini, RM sedang meniti proses pembinaan dan pembaikian dari jurutera tidak bertauliah seperti aku. hehe.
YUP! jurutera yang tidak bertauliah. Aku bukan lahir dari keluarga kepimpinan. dari keluarga yang hebat dalam perjuangan, dan bukan jugak dari sistem pentarbiahan yang jitu dan padu dengan tamrin, kursus, seminar, bengkel seperti sahabat-sahabatku yang lain seperti k ida, k ana, gg, aiman, duki dan sebagainya. Fasih berbahasa istilah dan coretan-coretan tokoh tersohor. Personaliti dan pemikiranku lahir daripada pengalaman, pemerhatian, dan penilaian yang aku buat sendiri, dalam aku meniti hidup 20 tahun ini. Jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang lain, entah di mana tempatku. Tanpa asas jati diri yang kukuh, tanpa rujukan dan ilmu yang sempurna, tidak pernah mengenali mana-mana pejuang-pejuang yang sedang atau telah bersinar di seantero dunia. Namun aku cuba juga untuk cuba berbakti, cuba menempatkan diriku dalam kalangan pejuang-pejuang lain agar aku dapat menjalankan tanggungjawabku sebagaimana yang difardukan oleh Yang Maha Agung iaitu melakukan amal makruf dan mencegah kemungkaran. Aku cintakan itu.
Namun aku juga sedar, aku bukanlah pejuang yang lahir dari sistem-sistem yang telah melahirkan ramai pejuang-pejuang agung. Malah jika diteliti, aku sebenarnya bukan seorang pejuang. Hanya sekadar sebatang tubuh yang agak besar yang datang ke medan perjuangan ini tanpa sebarang senjata. Tapi jiwaku juga melonjak-lonjak memberontak, aku mesti sertai perjuangan ini. Walaupun hanya sekadar dengan tangan mu yang lemah itu. YUP, aku sahut itu! Bersemangat mengorak langkah, sama-sama maju, mara ke hadapan.
Tetapi kau jangan lupa wahai Fahmi, hakikat engkau bukan seorang pejuang yang lahir dengan sistem yang jernih, bersih dan sama dengan pejuang-pejuang lain!
Aku mengerti itu... Dan aku sedar, aku tidak layak untuk bergelar pejuang, untuk bergelar ahli jemaah yang memperjuangkan islam yang syumul, yang mulia ini. Seperti teman seperjuanganku ucapkan tempoh hari, aku tidak layak untuk ini. Aku amat mengerti...
Kepada sahabat seperjuanganku, terima kasih kerana mengingatkanku akan hakikat ini. Amat terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...