Sunday, 29 November 2009

Time Kerbau Dikorban...

Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap masih lagi dalam mood raya.. hihi.. Ni gambo time family ak korban..

Ni lah kerbaunya.. Besar jugak la..



Bismillahirrahmanirahim...


Para penonton setia.. wakaka


Dari kiri: Harish, Izudin dan Mariam... Petugas setia..

" Hai.. saya Anas.. Cool x saya?"

Para datin sedang bersidang untuk membincangkan masakan apa akan dibuat dengan daging kerbau ni...


Stadium yang cukup lengkap dengan pagar.. hikhikhik


Pakar-pakar melapah sedang menjalankan tugas..



Info : Ibadah korban merupakan sunat muakkad dalam mazhab syafie...

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidil Adha...


Salam.. Pekabo kawan-kawan? Aku harap korang sihat je... Aku pun sihat jugak dalam cuti-cuti ni.. hehehe.. Korang wakpe cuti-cuti ni? aku lepak kat rumah je.. Sambung kerja wak sistem tu.. huhu..

Pe pun, di kesempatan yang ada ni, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog aku ni.. Tahun ini aku masih tak dapat nak korban pasal tak mampu lagi la.. hehehe..

Okla.. Nak pergi tengok lembu yang bakal dikorbankan esok ni.. Salam..

Monday, 23 November 2009

Yahoo!! Exam dah abis dan cuti bermula!!!


Salam... Pekabo teman-teman? Aku harap korang sihat je.. Aku pun sihat jgk... Hihi.. Seronoknya dah abis exam.. Pastu lak cuti lak mendatang.. huahuahua

Kepada kawan-kawan yang belajar di IPG, selamat bercuti.. Semoga dapat berjumpa lagi tahun hadapan.. Jaga diri molek-molek.. Salam

Tuesday, 17 November 2009

Kala Malam......

Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
termenung mencari petunjukNya,
termenung mencari inayahNya...


Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
mencoret pena di hamparan putih kertas,
mencoret idea dan buah fikiran yang mendatang...


Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
membayangkan jenuh perit perjuangan,
membayangkan jenuh perit pejuang-pejuang...


Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
sahabat-sahabat seperjuanganku,
datang menerbang di alam mayaku...


Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
menerawan meneroka tunas-tunas hidayah,
dalam persiapan perang kita...


Dikala sejuk malam menyelubungi,
daku masih di bangku meja,
menatap langit gelap,
sunyi tetapi damai dengan suara-suara zikrullah..


Dikala sejuk malam menyelubungi,
akhirnya daku tersungkur di bangku meja,
mencari ketenangan,
mencari kekuatan,
dalam meneruskan perjuangan...



2:55 am
17/11/09

Tuesday, 10 November 2009

Exam! Sape Suruh Kau Datang?




















" Biarlah tak tinggi pun asal berkat.. "



Salam. Pekabo kawan-kawan? Aku sihat je.. Yang pasti ade kawan-kawan aku yang tengah demam exam ni.. hehehe.. Bermula hari ni aku dah start exam dengan paper pertama MAB..

Satu paper yang agak susah la.. Sebab sport xjd.. huhuhu.. Abis minyak aku goreng tadi.. hehehe.. Pe pun aku harap aku dapat result yang baik.. Sejak aku masuk maktab, tak pernah lagi aku dapat pointer 3.5 ke atas..

Tah pe la salah aku.. Nak kata assignment xok, lecturer cakap ok. Nak kata exam, aku rasa ok je.. huhu.. Tapi aku bangga walaupun aku xtinggi, tapi aku tak bawak 'toyol' time exam cam sesetengah kawan-kawan aku.

Biarlah tak tinggi pun asal berkat. Itulah kata-kata keramat yang aku dapat dari sorang lecturer ni. Nanti gan duit gaji hasil belajar kat sini, nak bagi kat anak bini lagi. Bayangkan kalau duit 2 datang dari sumber yang tak berkat? Camne la nak bina keluarga islam.. kan?

Oklah, tenet xberapa ok ni.. Masuk air hujan kot.. hehehe.. Take care.. Salam

Tuesday, 3 November 2009

Emosi atau Rasional? Aku Di Mana?


Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je. Aku lak selsema la ari ni.. Jadi malas tul nak study.. Dah la ada dua refleksi xbuat lagi.. Memang selsema membuatkan aku terbakar ditambah dengan resdung.. huhuhu.. Sape lagi selsema? Leh la join aku badmood.. hehehe

Ari ni aku terasa nak bercakap hal yang dah lama bermain kat kepala aku. Antara emosi dan rasional. Memang hidup ni takkan lari daripada dua benda ni. Antara emosi dan rasional. Dua perkara yang membentuk dunia hari ni. Dua perkara yang akan melahirkan pemikiran, perwatakan, perspektif dan cara hidup yang berbeza yang menghasilkan keputusan, tindakan, gerak balas dan pendapat yang berbeza.

Begitu juga aku. Saban hari aku berhadapan dengan pelbagai masalah dan ragam kehidupan yang dengan sengaja bermain-main dengan kekuatan fizikal dan mental aku. Pelbagai masalah yang datang sama ada dari pihak luar mahu pun dengan diri aku sendiri tak puas-puas menyerabutkan kepala ni. Namun di sini aku dapat lihat bagaimana emosi dan rasional memainkan peranan dalam memandu aku meneruskan kehidupan.

Dua perkara ini lah yang menjadi teras dalam aku memberi keputusan untuk menjaga hati semua pihak. Pengalaman mengajarku di mana aku terpaksa membuat keputusan antara perasaan cinta, sayang yang amat dengan tindakan yang cukup berlawanan dengan perasaan tersebut iaitu seolah-olah aku membencinya. Cukup penat aku berfikir dalam membuat keputusan ini.

________________________________________________

Emosi : Kau sanggup buat dia macam ni? Mana janji-janji kau?!

Rasional : Aku terpaksa, kerana aku yang perlu bertanggungjawab dalam hal ni. Aku yang perlu berkorban!

Emosi : Abis bagaimana dengan dia? Perasaan dia? Kau ingat ko boleh terlepas gitu je?

Rasinal : aku bukan lari. Aku hanya tidak mahu menyakitkan dia lagi..

Akhirnya aku akur aku perlu rasional dalam membuat keputusan walaupun cukup perit seolah-olah emosiku direntap-rentap.

_____________________________________________________

Emosi : Wao, smart tol baju ni. Ni kalau pakai gan seluar jeans memang kaw-kaw la..

Rasional : Betol-betul. Baju warna biru gelap, seluar jeans warna biru gelap jugak.

Amat seronok dalam membuat keputusan apabila situasi ini terjadi..

_____________________________________________________

Emosi : Mengapa aku tidak diterima oleh keluarga dia? Aku jahat ke? Aku ada buat silap ke? Hina sangat ke aku?

Rasional : Sabar.. Dah memang itu jawapannya. Kau tak boleh nak paksa sesiapa pun terima kau. Kau kene sedar siapa diri kau. Tak perlu tunding jari kat sapa-sapa. Andai nanti dia memang tak nak terima kau pun, kau kene redha..

Emosi : Tapi mengapa ini yang aku dapat setelah aku disiat-siat, dipijak-pijak demi kebaikan dia?

Rasional : Itulah kehidupan.. Kita tidak boleh berputus asa dan menyalahkan nasib dan takdir yang datang dariNya.. Kita hanya mampu berusaha.. Hasilnya kita perlu berserah padaNya.. Memang pahit namun itulah hakikat dunia..

______________________________________________________

Yup, itulah hakikat dunia dan kita hanya mampu berserah padaNya.. Itulah antara contoh-contoh bagaimana emosi dan rasional memainkan peranan dalam aku membuat keputusan dalam hidup. Yup, kadang-kadang pahit apabila ia bertembung dan kadang-kadang manis apabila wujud persamaan.

Pe pun, aku memohon agar setiap tindakan dan keputusan yang dibuat sentiasa mendapat hidayah dariNya..

Oklah, tenet masuk air hujan dah ni.. salam..

Sunday, 1 November 2009

Exam Dah Mai Dah.....


Salam kawan-kawan. Pekabo? Aku sihat je. Harap-harap kawan-kawan pun sihat jugak. Bermula minggu ni aku dah masuk study week. Huhu dah dekat nak exam da..

Insya Allah aku akan start exam pada 10.11.09. Tak salah kertas MAB dulu. Tapi setakat aku tulis post ni, buku pun xbuka lagi.. huhuhu..

Pe pun aku harap sem ni aku akan dapat pointer tinggi sket. Sebab sem lepas pointer aku xtinggi pun.. Sobsobsob (i_i) . Walaupun harapan nak dapat tu agak susah la.. Dah la exam sem ni kaw-kaw punya subjek. Tambah lak amali Gerko Tenis, permainan kanak-kanak dan pemplet NL kurang memberangsangkan. huhuhu..

Kawan-kawan kat luar sana, doa'kn aku..
Salam..

Thursday, 29 October 2009

Pilih: Antara Perjuangan Dan Keluarga


Salam.. Pekabo teman-teman? Aku harap sihat je.. Aku pun sihat je.. Cuma ari ni selsema sket.. Tapi bukan selsema babi er.. hihi..

Em minggu ni aku terpaksa membuat pilihan antara balik rumah untuk jenguk Tok atau bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan ke destinasi ilmu. Aku akui memang sukar dalam membuat pilihan ini.

Namun aku yakin, pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik. Sejak mula lagi aku telah faham dan tahu perjuangan ini menuntut pengorbanan yang bukan sahaja harta, masa malah turut seluruh kehidupan aku. Namun aku tidak menyesal. Kerana aku yakin ini lah jalan yang perlu aku lalui.

Jalan yang bukan mudah, bukan untuk bersuka-suka kerana ia tidak dihampar dengan permaidani merah tetapi punuh dengan duri-duri yang cukup berbisa. Insya allah aku cuba untuk menjadi pejuang yang terbaik. Aku juga berharap semua pengorbanan ini akan menjadi saksi di padang Mahsyar nanti bahawa aku berusaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Sahabat-sahabat, teman-teman, doa'kn aku dalam perjalanan perjuangan ini. Sekian, Terima kasih.


Tuesday, 27 October 2009

Sekitar Sambutan Raya Aidilfitri Blok D 09

Salam.. Ni gambar-gambar time sambutan raya blok aku ari tu.. Pe lagi? layan...


Ni time masa nak siap-siap.. semangat tol dak-dak ni..

Tengok la hasil kekiatifan dak-dak lelaki.. hehehe



Camne, kacak tak aku? hahaha



Acara bermula dengan penuh grand.. hehehe



Amir: Ooo.. Sepak aku tadi ye.. Sengal punggung aku. Siap ko!
Hisham: Meh ler masuk kalau anok jatang! hip!



Kumpulan jejaka tak laku.. hahaha



Bergambar kenang-kenangan..



Kumpulan band yang tersesat.. hahaha

Sunday, 25 October 2009

Sweet? How's know?

Salam teman-teman.. Apa kabo sume? Harap-harap sihat je.. Aku kat sini pun sihat je.. Cume kadang-kadang sakit kepala sket.. Kawan cakap tu migrien.. Tah la aku.. Minggu ni aku agak kurang sibuk sebab kuliah banyak takde dan hal-hal persatuan dan jemaah agak kurang.. Masing-masing sibuk dengan tugas dan persediaan untuk peperiksaan dan bulan depan.. Aku lak study sket je.. huhuhuu...

Malam sabtu baru ni blok kolej kediaman aku ada buat sambutan raya Aidilfitri. Best jugak la dengan persiapan yang 'grand' dan sambutan yang hebat. Bermula dengan perarakan konvoi motosikal untuk menyambut Hj norizan, ketua warden kat sini.. Lepas tu ada kumpulan kompang lak. Mase ye berucap, ye cakap ye terharu la sebab ni first time ye dapat sambutan best camni.. Pastu ada persembahan silat, video dan kugiran. Seronok jugak la..

Semalam aku ke rumah Tikah gan dak-dak kelas aku.. Ye wak makan sket sebab besday anak sedara ye.. Memang full la aku semalam. Best tol makan masi kampit, puding, kek coklat, nasi gan lauk sup gear box, ayam goreng dan ayam kurma.. Huhu memang syok tol.. Dah la siang hari tu aku tak makan nasi. Makan kueh je 4-5 bijik sebab penat sangat urus kejohanan tenis gerko tenis aku tu.. Sebab tu la aku memang balun cukup-cukup.. hahaha

Semalam jugak dia sakit perut.. Kesian sangat aku dengar ye nangis tahan sakit.. Huhuhu... Memang betul la ye cakap, tu baru sakit perut, tak sakit nak bersalin lagi... Kalau tak, memang otak aku meletup la semalam.. Bimbang sangat-sangat.. Dah la ye sorang, tak nak cakap kat kawan-kawan ye.. Mintak g klinik pun xnak.. huhuhu.. Ye cakap mungkin sebab angin tapi aku bimbang jugak kot-kot ada bende xkene.. Yela, selalu sangat sakit perut dan kepala.. huhu.. Pe pn, aku doakan ye cepat sembuh dan selamat.. Exam pun dah tak lama dah, tanggal seminggu lebih je lagi.. huhuhu..

Malam ni genap seminggu tokki kembali kerahmatullah.. Aku masih lagi terbayang-bayang saat bersama-sama dengan ye time kecik-kecik dulu.. Ye memang sorang yang caring walaupun tegas.. Aku xleh lupa pandangan mata ye yang redup tetapi penuh makna tu.. Aku daoakan tokki aman di sana bersama-sama soleh-solihin, syuhadah dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin..

Oklah, Take care.. salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...