Tuesday, 3 November 2009

Emosi atau Rasional? Aku Di Mana?


Salam.. Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je. Aku lak selsema la ari ni.. Jadi malas tul nak study.. Dah la ada dua refleksi xbuat lagi.. Memang selsema membuatkan aku terbakar ditambah dengan resdung.. huhuhu.. Sape lagi selsema? Leh la join aku badmood.. hehehe

Ari ni aku terasa nak bercakap hal yang dah lama bermain kat kepala aku. Antara emosi dan rasional. Memang hidup ni takkan lari daripada dua benda ni. Antara emosi dan rasional. Dua perkara yang membentuk dunia hari ni. Dua perkara yang akan melahirkan pemikiran, perwatakan, perspektif dan cara hidup yang berbeza yang menghasilkan keputusan, tindakan, gerak balas dan pendapat yang berbeza.

Begitu juga aku. Saban hari aku berhadapan dengan pelbagai masalah dan ragam kehidupan yang dengan sengaja bermain-main dengan kekuatan fizikal dan mental aku. Pelbagai masalah yang datang sama ada dari pihak luar mahu pun dengan diri aku sendiri tak puas-puas menyerabutkan kepala ni. Namun di sini aku dapat lihat bagaimana emosi dan rasional memainkan peranan dalam memandu aku meneruskan kehidupan.

Dua perkara ini lah yang menjadi teras dalam aku memberi keputusan untuk menjaga hati semua pihak. Pengalaman mengajarku di mana aku terpaksa membuat keputusan antara perasaan cinta, sayang yang amat dengan tindakan yang cukup berlawanan dengan perasaan tersebut iaitu seolah-olah aku membencinya. Cukup penat aku berfikir dalam membuat keputusan ini.

________________________________________________

Emosi : Kau sanggup buat dia macam ni? Mana janji-janji kau?!

Rasional : Aku terpaksa, kerana aku yang perlu bertanggungjawab dalam hal ni. Aku yang perlu berkorban!

Emosi : Abis bagaimana dengan dia? Perasaan dia? Kau ingat ko boleh terlepas gitu je?

Rasinal : aku bukan lari. Aku hanya tidak mahu menyakitkan dia lagi..

Akhirnya aku akur aku perlu rasional dalam membuat keputusan walaupun cukup perit seolah-olah emosiku direntap-rentap.

_____________________________________________________

Emosi : Wao, smart tol baju ni. Ni kalau pakai gan seluar jeans memang kaw-kaw la..

Rasional : Betol-betul. Baju warna biru gelap, seluar jeans warna biru gelap jugak.

Amat seronok dalam membuat keputusan apabila situasi ini terjadi..

_____________________________________________________

Emosi : Mengapa aku tidak diterima oleh keluarga dia? Aku jahat ke? Aku ada buat silap ke? Hina sangat ke aku?

Rasional : Sabar.. Dah memang itu jawapannya. Kau tak boleh nak paksa sesiapa pun terima kau. Kau kene sedar siapa diri kau. Tak perlu tunding jari kat sapa-sapa. Andai nanti dia memang tak nak terima kau pun, kau kene redha..

Emosi : Tapi mengapa ini yang aku dapat setelah aku disiat-siat, dipijak-pijak demi kebaikan dia?

Rasional : Itulah kehidupan.. Kita tidak boleh berputus asa dan menyalahkan nasib dan takdir yang datang dariNya.. Kita hanya mampu berusaha.. Hasilnya kita perlu berserah padaNya.. Memang pahit namun itulah hakikat dunia..

______________________________________________________

Yup, itulah hakikat dunia dan kita hanya mampu berserah padaNya.. Itulah antara contoh-contoh bagaimana emosi dan rasional memainkan peranan dalam aku membuat keputusan dalam hidup. Yup, kadang-kadang pahit apabila ia bertembung dan kadang-kadang manis apabila wujud persamaan.

Pe pun, aku memohon agar setiap tindakan dan keputusan yang dibuat sentiasa mendapat hidayah dariNya..

Oklah, tenet masuk air hujan dah ni.. salam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...