Tuesday, 17 May 2011

Analisa Menarik! Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman

Assalam.. Hari ni Mie nak share satu buku yang cukup best. " Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman" karangan Prof Dr Shaharil Mohd Zain.


Buku yang mengesahkan satu kajian analisa yang dijalankan oleh seorang pakar sains dan matematik kelahiran kelantan, Prof Dr Shaharil Mohd Zain. Menurut beliau, analisis ini dibuat berdasarkan menurut perspektif sains dan matematik berkenaan bagaimana seorang pemimpin memimpin sebuah kerajaan berteraskan islam terus bertahan sehingga kini yang menjangkau usia 20 tahun.

Malahan, kepimpinan Tok Guru juga mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Terbaru, duta baru Amerika ke Malaysia, Paul W Jones telah mengunjungi Tok Guru di pejabatnya di Kota Bharu. Sedikit jawapan dari satu soalan lazim yang ditanya kepada seseorang pemimpin, "Bagaimanakah Yang Berhormat memulakan kehidupan setiap hari?" Tok Guru segera menjawab bahawa seperti juga umat Islam yang lain, dia memulakan kehidupan setiap hari dengan solat Subuh, selepas itu dia memastikan tiba di pejabatnya pada jam 8.00 pagi, sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Jawapan ringkas itu serta mengetahui kehidupan Tuan Guru yang serba sederhana itu, duta tersebut merasa kagum. Kemudian mereka berbincang mengenai politik di mana Tuan Guru mengkritik dasar Amerika terhadap Palestin.

Pernah suatu masa dulu seorang wartawan Jerman yang bertemu Tuan Guru di rumahnya di Pulau Melaka begitu kagum apabila mendapati Tok Guru yang merupakan seorang ketua kerajaan menjalani kehidupan sederhana dan tiada beza berbanding masyarakat kampung lain. 

Tok Guru juga pernah menerima kunjungan Duta Brazil ke Malaysia, TYT. H.Y.T Sergio Barcellos Telles dan Duta EU ke Malaysia (klik di sini), Marc Barety bersama 14 orang peserta dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania,Italy, Denmark dan Findland (klik di sini). 

Begitulah bagaimana susuk tubuh ini diberi pengiktirafan oleh dunia namun difitnah nista di negara sendiri. (klik di sini). Sama-sama kita doakan semoga Tok Guru terus diberi kekuatan dan inayah dari Allah dalam memimpin umat islam Kelantan khususnya serta Malaysia dan dunia amnya.. Insya Allah.. Allahu Akbar!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...