Assalam.. Setiap hari kita menadah tangan untuk berdoa. Jadi hari ni Mie nak share sedikit tips untuk kita berdoa. Selamat beramal.. (^_^)
1. Ibu jari anda adalah yang terdekat dari wajah anda. Jadi, mulailah doa anda dengan berdoa untuk orang-orang terdekat. Mereka adalah yang paling mudah untuk diingat. Jadi berdoa bagi mereka yang anda cintai, seperti ibu bapa, keluarga, saudara, suami/isteri dan kaum kerabat.
2. Jari seterusnya adalah jari telunjuk. Berdoalah untuk mereka yang mengajarkan kepada kita ilmu pengetahuan dan membantu menyembuhkan penyakit. Ini termasuk guru, doktor, dan siapapun yang mengajar sesuatu. Mereka memerlukan sokongan dan kebijaksanaan dalam memberi petunjuk kepada orang lain ke arah kebenaran. Sebutlah mereka dalam doa-doa anda.
3. Jari seterusnya adalah tengah iaitu jari tertinggi. Hal ini mengingatkan kita pada para pemimpin kita. Berdoa agar kita memiliki pemimpin insya Allah merupakan Muslim yang baik. Orang-orang ini akan memimpin umat Islam di seluruh pelusok dunia dan mereka amat memerlukan bimbingan dari Allah.
4. Jari keempat adalah jari manis kita. Mengejutkan banyak adalah kenyataan bahawa ini adalah jari kita paling lemah. Ini seharusnya mengingatkan kita untuk berdoa bagi mereka yang lemah, dalam kesulitan atau kesakitan. Contohnya golongan miskin, fakir dan mereka yang ditimpa kecelakaan serta ujian kesusahan dari Allah. Ia juga untuk umat islam yang masih ditindas di seluruh dunia seperti di Palestin, di Iraq, di Afganistan, Eropah dan sebagainya. Mereka memerlukan doa anda siang dan malam.
5. Dan terakhir adalah jari kelingking, jari terkecil dari semua. Yang mana kita perlu meletakkan diri dalam kaitannya dengan Allah dan orang lain. Pada saat anda telah berdoa untuk empat kumpulan lain, maka anda boleh berdoa untuk diri sendiri. Berdoalah semoga kehidupan kita sentiasa mendapat keredhaan dari Allah di dunia hingga ke akhirat.
4 comments:
Asslm sobat...aku copy yah gambarnya...
tapi tenang aja, aku sertakan sumbernya kok...
perkongsian yang sangat menarik...syukran..mhon izin copy utk dikongsikan dgn sahabat2 ana yg lain...syukran..
to f4dLY: wsalam..boleh saja..mau copy artikel juga dipersilakan... (^_^)
to atirah: syukran support me..dipersilakan.. semoga sma2 beroleh manfaat..;-)
salam,
thanks for giving permission to copy ur articles...may Allah bless u.
Post a Comment