Monday, 28 February 2011

Women = Apple?

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. kadang kala epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkn martabatnya & menggugurkn diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi sentiasa mengiringi... 
 
 
Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?
  


Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
 
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.
 
 
 
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan.. Akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
 
Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia beguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.
 
P/S: Jagalah kemuliaanmu wahai wanita-wanita sekelian.. Kerana kamu memiliki mahkota yang amat mulia anugerah ilahi hanya kepada manusia yang bergelar wanita.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...