Sunday, 7 February 2010

Allah Benci Bilamana ....


Salam sahabat-sahabat. Apa khabar sume? Harap-harap sihat jugak. Aku pun sihat je. Cuma penat sikit sebab dalam seminggu dua ni, sibuk sangat dengan study dan program jemaah dan persatuan. Apa pun alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Lagi pun aku berharap setiap kerja ini akan menjadi ibadah untuk aku. Amin...
Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Februari. Tah apa la yang aku buat dalam sebulan yang lepas. Harap-harap ia lebih baik dari bulan lalu dan insya Allah bulan ini akan lebih baik dari bulan lepas.
Em sebut pasal bulan Februari, aku teringat satu acara yang akan disambut oleh setiap pasangan kekasih di seluruh dunia, ' Valentine Day'! Kononnya untuk memperingati sang kekasih walaupun pada hakikatnya tiada sedikit pun ikatan sah antara mereka. Malah sambutan seolah-olah menjadi satu perkara yang wajib bilamana seseorang itu berkasih, bercinta. Terfikir aku, mengapa ini berlaku?
Fenomena ini bukan sahaja melanda dunia remaja yang jarang sekali telinganya dimasuki ceramah-ceramah dan kuliah agama, malah remaja yang sepanjang hidup sentiasa dididik dengan pena-pena ulama pun, hanyut dengan dunia cinta. Teringat aku kat kawan-kawanku di sekolah agama dulu. Lepas keluar je dari sekolah, semua berubah. Dari tudung labuh kepada tudung sejengkal. Dari baju labuh kepada body-fit. Dari tak bermekap kepada berlapis-lapis bedak. Bukan itu sahaja, malah hukum halal dan haram juga hilang dari amalan. Bersentuhan dengan bukan muhrim, couple, mendedahkan aurat dan macam-macam lagi lah. Ke mana semua ilmu yang siang malam dicurahkan oleh ustaz dan ustazah? Aku pun tak tahu nak cakap camne. Rasa sedih mengenangkan firman Allah dalam surah Assaf ayat 2-3:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kamu kerjakan? (2) Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu kerjakan (3)
Dan akhirnya aku membuat rumusan, masih ramai remaja-remaja islam yang akal, minda dan pemikirannya masih dijajah dan dikongkong oleh idea-idea barat dalam usaha menjatuhkan islam. Dan bukan senang hendak mengikis semua karat-karat itu. Namun itulah tugas dan tanggungjawab setiap muslim dan muslimah yang sedar akan perlunya menjalankan amal makruh nahi mungkar atau dalam erti kata lain, berdakwah. Lebih-lebih lagi kepada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, rakan-rakan, jiran, masyarakat dan negara amnya. Dan lebih penting lagi, perlunya pengamalan yang istiqamah dalam melaksanakan setiap tuntutan dan mengamal setiap ilmu yang telah dipelajari.
Ya Allah,
berikanlah aku kekuatan, iradah, hidayah dan inayahMu,
dalam aku berlari mencari cahaya keredaanMu.
Ya Allah,
Kau selamatkanlah aku, keluargaku, saudara maraku, rakan-rakanku,
dari segala fitnah, bala dan bencana,
yang mungkin datang secara sedar atau sebaliknya..
Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...