Thursday, 18 February 2010

Lain Dari Kebiasaan: Salahkah? Berdosakah?



" Kau pergi main sana sorang-sorang. Sebab kau tak sekepala dengan kami!"

" Kalau nak bincang apa-apa, jangan ajak dia tu. Sebab dia lain sket dari kita,"

" Kau tutup mulut boleh tak? Kan senang kalau kau terima je setiap apa aku cakap!"

" Kau ni pelik lah!"

"Awak ni cam nak lawan hukum Allah je!"

"Apa yang kau cadang ni? mengarutlah!"

"Hujah kau ni tak boleh pakai la..Tak ikut Alquran n sunnah. Pakai logik akal je. Seolah-olah kau dah membelakangkan Alquran dan hukum Allah tao!"

" Tengok la dia tu. Asal cakap nak menang. Pastu mulalah sanggup nk benarkan sesuatu yg salah..yelah bila emosi diadukan ngn pejuangan.nak menang sangat!"


p/s: Korang pernah tak dapat salah satu dari pernyataan di atas? Aku dah dapat semua. Hehe..

Lain dari kebiasaan. Seolah-olah menjadi pantang larang, tabo dalam institusi masyarakat, jemaah, pertubuhan, organisasi dan kumpulan. Sama ada kita sedar atau tidak, ia tetap berlaku. Dan yang paling pasti, orang yang mengalaminya akan sentiasa sedar, tahu dan faham ia pernah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Persoalannya, mengapa ia berlaku?

Lain dari kebiasaan atau dengan kata mudahnya adalah perbezaan. Perbezaan merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat dielakkan dek kerana perbezaan fikrah, pemahaman, tahap ilmu, iman, amal, taqwa, pandangan, pemikiran, keadaan, budaya dan sbgnya. Perbezaan yang disebut ini merupakan perbezaan yang dapat dilihat dengan mata kasar namun terdapat satu lagi perbezaan yang menjadikan setiap manusia berbeza, iaitu hidayah Allah. Hidayah Allah merupakan suatu yang subjektif dan bukan dalam lingkungan akal dan pemikiran kita. Ia boleh datang dan pergi tanpa kita dapat jangka. Kita dapat melihat ramai yang sembahyang tungang tunggek tapi seinci hidayah pun Allah tak bagi. Adakala kita dapat lihat seorang yang cukup rosak, teruk dan kejam malah seorang kafir tiba-tiba mendapat hidayah dari Allah. Walhal dari mata kasar kita, mana mungkin hidayah dapat sampai kepadanya dek kerana dosa dan kekufurannya? wallahua'lam..

Apabila penerimaan hidayah ini berbeza-beza, inilah yang menjadi faktor utama wujudnya perbezaan. ilmu yang ada akan difahami dan dihayati berdasarkan hidayah yang Allah berikan kepada kita. Begitu juga dalam kita mendifinisikan keadaan, fikrah, iman, taqwa dan sebagainya. Namun sudah menjadi sebahagian dalam kalangan manusia, perbezaan dipandang jijik, kotor, biadap dan menyeleweng. Apabila timbul sahaja sesuatu yang asing, berbeza dan lain daripada majoriti, ia seolah-olah menjadi suatu dosa yang maha besar, suatu kesilapan yang tidak akan dimaafkan sampai bila-bila dan wajib dihukum! Walhal perbezaan inilah yang menjadi garis antara mana yang benar, mana yang salah, mana dosa, mana pahala, mana bahaya, mana selamat, mana kejayaan, mana kegagalan dan mana cahaya dan mana kegelapan.

Dalam sesuatu organisasi, perbezaan sering berlaku sama ada dalam memberi dan menerima pendapat, berhujah, cadangan dan penerimaan terhadap sesuatu. Itu memang merupakan suatu fitrah dan mahu atau tidak, akan memberi kesan terhadap organisasi tersebut. Perbezaan ini lahir daripada pemahaman, ilmu dan pemikiran yang berbeza namun berkongsi satu matlamat yang sama. Dan selalunya yang berbeza pendapat itu akan menjadi kumpulan minoriti dan sering kali diketepikan. Mereka akan dipandang sepi, ditohmah dengan perkara negatif dan bermasalah. Malah ada juga yang dikenakan tindakan, hukuman dan ditarik hak-hak yang sepatutnya dinikmati bersama.

Keadaan ini wujud akibat daripada sikap dan tahap pemikiran yang cukup sempit dan membinasakan. Ramai beranggapan, perbezaan itu merupakan suatu yang negatif dan perlu dihindari. Dengan itu mereka mudah menghukum dan membuat spekulasi negatif. Ramai juga yang mengambil tindakan sendiri sehingga bertindak diluar batasan dan bidang kuasa. Hingga akhirnya, lahirlah satu golongan yang secara langsung menolak sebarang perbezaan, diktator. Sesiapa yang berbeza dengannya dianggap salah dan perlu dihukum atas nama pengkhianat. Kata-katanya seolah-olah wahyu dan perbuatannya sentiasa maksum. Cukup sesat dan menyesatkan kerana setiap manusia pasti akan ada positif dan negatifnya.

Kita perlu dan wajib faham, perbezaan itu pasti akan berlaku. Oleh itu, sebagai makhluk yang sentiasa berinteraksi antara satu sama lain dan hidup dalam sosial, kita mestilah tahu dan faham, bagaimana untuk mengendalikan suatu perbezaan.

Kenal Pasti Perbezaan
Pertama, kita mestilah mengenalpasti jenis-jenis perbezaan yang berlaku. Antara jenis-jenis perbezaan yang sering berlaku adalah perbezaan dari segi pendapat, cadangan, idea, hujah, tindakan dan sebagainya. Setelah itu, kenalpasti skop perbezaan tersebut seperti melibatkan hukum-hukum agama, undang-undang, adat, fakta, rujukan dan sebagainya. Langkah ini penting dalam kita menguruskan perbezaan yang timbul kerana setiap perbezaan itu menuntut kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang berbeza.

Pilih Pendekatan Dan Kaedah
Setelah kita berjaya mengenal pasti dan memahami perbezaan tersebut, seterusnya kita hendaklah memilih pendekatan dan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam menangani perbezaan yang timbul. pendekatan dan kaedah tersebut mestilah selari dengan syarak, undang-undang, adat, kemampuan dan tahap keberkesanan supaya pendekatan yang diambil sesuai dan seboleh-bolehnya tidak menimbulkan konflik khususnya perkara yang masih samar-samar, dalam perbahasan, tiada keputusan dan masih diperingkat kajian. Langkah ini amat penting kerana jika kita tersilap membuat pilihan, besar kemungkinan kita tidak menguruskan perbezaan itu dengan betul.

Melaksanakan Pendekatan Dan Kaedah
Dalam kita melaksanakan pendekatan atau kaedah, perkara yang perlu dijaga dan diberi perhatian adalah bagaimana untuk membuatkan semua pihak termasuk diri sendiri, pihak yang bebeza dan penonton (pihak ketiga) merasa selesa dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Pendekatan atau kaedah yang telah dipilih hendaklah dilaksanakan sesuai dengan masa, keadaan dan melibatkan semua pihak yang terlibat. Ini membolehkan semua pihak memahami dan berfikir dengan rasional.

Menilai Kesan
Setelah kita berjaya melaksanakan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih, kita mestilah menilai setiap kesan yang timbul di semua pihak. Ini membolehkan kita mengesan sebarang perubahan sama ada perubahan positif atau negatif.

Oleh itu, kita mestilah sentiasa berfikir dengan rasional dan elakkan dipengaruhi oleh emosi negatif. Sekian, wasalam..

p/s: ini hanyalah catatan hasil dari pengalaman dan ilmu yang ada pada saya. Segala kelemahan dan kekurangan amatlah dikesali.

Wednesday, 17 February 2010

Fuh, Lega!


Salam.. Apa khabar sahabat-sahabat? Harap-harap semua sihat. Aku pun sihat je kat sini. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat rehat setelah penat dalam dua minggu berturut-turut. Lega rasanya. Tambah pulak sekarang ni cuti raya cina. Boleh la rehat-rehat sekejap dengan family.

Dalam dua minggu lepas, aku agak sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti persatuan dan jemaah. Bermula dengan persiapan untuk program IEC, lepas tu datang pulak kerja bertimbun-timbun. Kerja apa? Assignment la.. hihi. Menyebabkan aku takde masa untuk update blog aku ni. Tambah lak, wireless kat asrama aku tu, dah tak boleh nak buka blogspot. Apa punya bangang la kerajaan. Nampak sangat nak bakal-bakal cikgu ni jadi cam katak bawah tempurung dan bagai lembu dicucuk hidung. Bodoh!

Sehingga post ni ditulis, aku masih lagi dalam proses mencari maklumat untuk tugasan aku. hehe.. Time cuti ni pulak, aku terlibat dalam satu program anjuran Hismat Kawasan Kuala Nerus iaitu program motivasi Remaja Perlu Bangkit (REMPIT). Aku dilantik untuk menjadi AJK bahagian persiapan dan teknikal. Padahal sebelum ni tak pernah lak aku jadi bahagian teknikal sebab tak pandai.. hehe. Tapi oklah, boleh belajar.

Esok aku akan berangkat ke negeri serambi mekah pulak, untuk menghadiri satu program untuk mengikat aku dalam gerakan islam. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan aku masih ada masa untuk assignment aku. Amin...

Oklah, dah nak masuk Isyak ni. Take care n salam...

Sunday, 7 February 2010

Bila Kita Berfikir Di Luar Kotak...

sahabat-sahabat, perbezaan pendapat, reason, sebab itulah apa yang dikatakan oleh ulama, khilaf itu satu anugerah. jika Allah menjadikan manusia di muka bumi sama sahaja, mana mungkin akan ada tahap dan perbezaan di akhirat kelak. sebagai contoh, jika di bumi ada muslim, ad munafiq, ad kafir, ad fasik, di akhirat juga ada syurga firdaus, neraka jahaman dan sebagainya.

islam suatu agama yang syumul, agung dan mendapat keredaan Allah namun jangan kita lupa, islam juga bukan agama paksaan, yang bermaksud, setiap apa yang ada di dalam islam diamalkan secara berperingkat. dr seorang kafir, seorang jahil kepada org y b'ilmu, faham dan mengamalkan ajarannya. maksud ana, bukan bermakna kita boleh meninggalkan ajarannya sesuka hati namun dalam konteks dakwah, perlu berperingkat. pada pandangan hati ana, di sini Allah nak selitkan satu nilai yang dinamakan hormat menghormati.

kita amat mengetahui dan arif, org kafir merupakan golongan yang sesat dan akan mendapat azab di neraka Allah kelak namun kita ditegah dan dilarang sama sekali menzalimi, memusuhi bahkan mendikriminasi sekalipun. ini kerana kita hormat atas dasar kemanusiaan bukan kerana pegangan mereka.

begitu juga dengan golongan jahil, baru mengenal islam, masih belajar hingga kepada yang bertaraf ulama, murabbi, semuanya mempunyai peringkat-peringkat dan tahap-tahap yang berbeza.

Orentalis, suatu golongan yang memang sah bertujuan untuk memusnahkan islam. tetapi dalam konteks dakwah, bagaimanakah pendekatan kita dalam menghadapi mereka? bagaimana pula dalam konteks kita sebagai penegak dan pembela agama? berbeza bukan?

sy cuba mengajak sahabat-sahabat berfikir, dalam kita ghairah berhujah sana sini, mungkin kita tidak sedar, kadang kala hujah itu akan menjadi racun kepada tujuan asal kita. maaf jika pernyataan ini agak kontroversi namun jika kita cuba untuk berfikir diluar kotak, diluar ruang muzakarah kita, menjadi seorang pemerhati dari luar, mungkin baru kita akan sedar, positif dan negatif setiap kata-kata, ucapan, tingkah laku yang kita buat.

dalam berhujah, kita amat mengetahui terdapat berbagai-bagai jenis hujah. antaranya rujukan utama seperti Alquran, sunnah, ijmak, qias, rujukan sekunder seperti buku rujukan, tulisan-tulisan cendekiawan, sarjana, ilmuan, pakar, logik akal, teori, pandangan dan sebagainya. memang diketahui, rujukan utama adalah yang paling solih dan perlu dijadikan rujukan utama namun adakah rujukan sekunder tidak penting dan tidak perlu diterima? cuma haruslah diingat dalam membuat rujukan, perlu ada ilmu dan rujukan yang dibuat bukan hanya dari satu sumber.

oleh itu, pada pendapat ana, jika kita mahu menjadi seorang pejuang agama allah, sebagai seorang daie yang hebat, bukalah minda seluas-luasnya. janganlah terlalu 'rijik' atau terlalu terkongkong dengan hanya satu pendapat, hujah, idea kerana ia akan merugikan kita. wassalam..

Allah Benci Bilamana ....


Salam sahabat-sahabat. Apa khabar sume? Harap-harap sihat jugak. Aku pun sihat je. Cuma penat sikit sebab dalam seminggu dua ni, sibuk sangat dengan study dan program jemaah dan persatuan. Apa pun alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Lagi pun aku berharap setiap kerja ini akan menjadi ibadah untuk aku. Amin...
Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Februari. Tah apa la yang aku buat dalam sebulan yang lepas. Harap-harap ia lebih baik dari bulan lalu dan insya Allah bulan ini akan lebih baik dari bulan lepas.
Em sebut pasal bulan Februari, aku teringat satu acara yang akan disambut oleh setiap pasangan kekasih di seluruh dunia, ' Valentine Day'! Kononnya untuk memperingati sang kekasih walaupun pada hakikatnya tiada sedikit pun ikatan sah antara mereka. Malah sambutan seolah-olah menjadi satu perkara yang wajib bilamana seseorang itu berkasih, bercinta. Terfikir aku, mengapa ini berlaku?
Fenomena ini bukan sahaja melanda dunia remaja yang jarang sekali telinganya dimasuki ceramah-ceramah dan kuliah agama, malah remaja yang sepanjang hidup sentiasa dididik dengan pena-pena ulama pun, hanyut dengan dunia cinta. Teringat aku kat kawan-kawanku di sekolah agama dulu. Lepas keluar je dari sekolah, semua berubah. Dari tudung labuh kepada tudung sejengkal. Dari baju labuh kepada body-fit. Dari tak bermekap kepada berlapis-lapis bedak. Bukan itu sahaja, malah hukum halal dan haram juga hilang dari amalan. Bersentuhan dengan bukan muhrim, couple, mendedahkan aurat dan macam-macam lagi lah. Ke mana semua ilmu yang siang malam dicurahkan oleh ustaz dan ustazah? Aku pun tak tahu nak cakap camne. Rasa sedih mengenangkan firman Allah dalam surah Assaf ayat 2-3:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kamu kerjakan? (2) Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu kerjakan (3)
Dan akhirnya aku membuat rumusan, masih ramai remaja-remaja islam yang akal, minda dan pemikirannya masih dijajah dan dikongkong oleh idea-idea barat dalam usaha menjatuhkan islam. Dan bukan senang hendak mengikis semua karat-karat itu. Namun itulah tugas dan tanggungjawab setiap muslim dan muslimah yang sedar akan perlunya menjalankan amal makruh nahi mungkar atau dalam erti kata lain, berdakwah. Lebih-lebih lagi kepada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, rakan-rakan, jiran, masyarakat dan negara amnya. Dan lebih penting lagi, perlunya pengamalan yang istiqamah dalam melaksanakan setiap tuntutan dan mengamal setiap ilmu yang telah dipelajari.
Ya Allah,
berikanlah aku kekuatan, iradah, hidayah dan inayahMu,
dalam aku berlari mencari cahaya keredaanMu.
Ya Allah,
Kau selamatkanlah aku, keluargaku, saudara maraku, rakan-rakanku,
dari segala fitnah, bala dan bencana,
yang mungkin datang secara sedar atau sebaliknya..
Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...