Salam teman-teman.. Pekabo? Harap-harap semua sihat je.. Aku pun sihat jugak.. hihi.. Alhamdulillah, malam ni aku diberi kesempatan untuk mengupdate blog aku setelah agak lama aku tidak berkesempatan. Hari-hari yang berlalu dipenuhi dengan kesibukan study dan berpesatuan. Tambah lak wifi kat IPG aku tu dah cam kene masuk virus je.. hehe
Em kawan-kawan, cuba tengok gambar kambing kat atas tu, happy je kan? Walaupun mungkin tu senyumannya yang terakhir sebelum disembelih tapi dengan senyuman itulah, semuanya seolah olah menjadi indah. Teringat beberapa hari yang lepas seorang sahabatku bertanya, bagaimanakah nak buat orang nampak kita friendly? Aku pun jawablah, cuba buat iras muka tu, cam permulaan nak senyum. Pe pendapat korang? Aku pun dalam proses praktik ni.. Hehehe
Namun aku akui, senyuman merupakan ubat yang cukup mujarab dan juga boleh menjadi senjata yang cukup ampuh. Dengan senyuman kita dapat melembutkan hati seseorang dan dengan senyuman kita dapat menyembunyikan apakah isi hati kita, kan? Best jugak senyuman ni.. hehe
Dalam hidup yang agak sibuk ni, aku banyak belajar tentang kehidupan. Bila mana setiap daripada kita akan cuba untuk membuatkan semua orang di sekeliling kita mengerti dan memahami setiap mesej yang kita ingin sampaikan. Namun tidak semua mesej tu dapat difahami dengan baik. Aku pun naik hairanlah, kenapa la susah sangat orang di sekeliling aku ni nak faham? Atau buat-buat tak faham? Aku pun tak tahu. Mungkin kerana cara aku berfikir agak lain daripada orang lain. Yup, mungkin dan itu mungkin satu kemungkinan yang paling tepat.
Namun itu bukan satu alasan untuk tidak memahami. Aku akan mula bertanya, mengapa begini dan mengapa tidak begitu? Perlukah terjadinya begini dan mengapa tidak terjadi begitu? Huhu penat nak jawab. Jadi resolusinya, biarlah aku sendiri yang memahami apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa isi hati aku, perasaanku. Mungkin hanya itu yang dapat menenangkan jiwa ini. Walaupun jauh di sudut hati masih mahukan sesiapa di luar sana mengerti dan memahami. Hihi lawak lak fikir balik.

Kesibukan ini juga mengajar aku untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah aku lalui. Aku pun kadang-kadang tidak mengerti mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Namun di sana aku mendapat guru yang lebih baik iaitu pengalaman. Guru yang mengajarku banyak perkara dalam kehidupan. Guru yang telah membentuk diriku hari ini. Tq.. hihi
Oklah, teman-teman, salam..
No comments:
Post a Comment