Salam sahabat-sahabat sekelian. Apa khabar semua? harap-harap sihat hendaknya. Aku di sini juga sihat dengan izinNya. Doakan aku terus sihat untuk sama-sama berjuang untuk agamaNya.. Amin..
Alhamdulillah dalam seminggu ini aku diberi kesempatan oleh Allah swt untuk membedah sebuah buku yang bertajuk 'Catatan Kanvas Kehidupan' karangan Riduan Mohamad Nor DLL. Sebuah buku yang mengumpul nurkilan-nurkilan pejuang-pejuang muda yang berjuang untuk agama Allah dalam tahun-tahun 90an. Tulisan-tulisan yang menceritakan bagaimana suatu perjalanan perjuangan demi menegakkan agama dalam dunia yang cukup benci akan kebangkitan islam. Perjalanan yang penuh dengan susah payah, kepedihan, kesakitan, debaran dan ujian yang cukup untuk menggongcang iman dan taqwa jiwa muda. Namun semuanya berjaya dilalui dengan izinNya dan kini menjadi sirah yang penting untuk tatapan dan iktibar kepada generasi-generasi baru pejuang yang masih setahun jagung.
Jika sebelum ini kita selalu mendengar ungkapan "lidah lebih tajam berbanding mata pedang", namun hari ini aku sedar, titipan nurkilan baris-baris perkataan juga mampu menikam jika perkataan-perkataan itu dititip dengan ikhlas. Belum pernah air mataku menitis takkala membaca sesebuah buku namun hari ini, aku kalah. Terasa benar diri ini masih kerdil, masih terlalu lemah iman yang ada dalam diri. Mengaku seorang islam yang berazam untuk menjadi pejuang agamanya tetapi masih cetek pengetahuan berkenaan agamanya. Mengingatkan kepadaku, perlunya hidup dalam bermuhasabah dan merendah diri dalam mencari keredaan dan keampunannya.
Sahabat-sahabatku, berdampinglah dengan catatan, nurkilan yang mampu mendekatkan dirimu kepadaNya, yang mampu menjadi cermin kepada hidupmu kerana padanya terdapat ilmu, pedoman dan inayah yang mungkin kita sendiri tidak sedar, kita memerlukannya. Salam

No comments:
Post a Comment