Sunday, 17 January 2010

Bila Terasa Manisnya Ukhuwah Fillah..


Salam sahabat-sahabat.. Pekabo? Long time no post.. hehe.. Maaf la aku sibuk sket 2-3 minggu ni.. Banyak sangat kerja-kerja yang masih tak siap dan menunggu untuk disiapkan.. huhu.. Aku sihat je.. Cuma agak penat baik fizikal atau mental.

Alhamdulillah semalam aku bersama-sama teman seperjuangan yang lain telah berjaya menganjurkan satu bengkel nuqaba'. Bengkel ini menghimpunkan naqib dan naqibah bertujuan meningkatkan kemahiran menguruskan dan merancang usrah serta memberi kefahaman berkenaan islam dengan lebih menyeluruh dan terbuka. Cukup manis ukhuwah yang terjalin. Di mana aku menjadi fesi bahagian memasak, sahabat-sahabat ku yang lain bertungkus lumus mengelola agenda yang telah ditetapkan. Segala penat lelah, sakit-sakit badan terasa berbayar dengan keikhlasan sahabat-sahabat bekerja bersama-sama tanpa sedikit pun rasa hasad dengki.

Lebih manis apabila ukhuwah yang terjalin ini hanya kerana untuk mencari keredaan Allah. Di situ Allah mencampakkan rasa manisnya dalam berukhuwah. Insya Allah sedikit masa lagi aku akan upload gambar-gambar yang disnap dalam program tersebut. hehe.

Dalam minggu ni jugak aku agak sibuk dengan mesyuarat dan perjumpaan jemaah. Alhamdulillah akhirnya penubuhan platform baru iaitu Persatuan Intektual Mualim (PIM) telah berjaya dijalankan. Namun tanggungjawab yang lebih besar iaitu bagaimana untuk menggunakan platform ini seoptima yang mungkin dan menguruskannya dengan sebaik mungkin. Aku ditaklifkan sebagai Timbalan Presiden 1. Jawatan yang cukup besar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Namun aku hanya mampu memohon kepada Allah agar diberi kekuatan, pedoman dan hidayah dalam aku menjalankan amanah ni. Nasib baik tak terpilih jadi JPP. Kalau tak, mesti lagi penat. huhu.. Namun di sini juga aku mengharapkan agar kemanisan ukhuwah itu dapat dirasai bukan sahaja aku malah seluruh warga PIM. Kerana bemula dari situlah, kerja-kerja yang mendatang insya Allah akan menjadi lebih senang dan lancar..

Oklah, aku nak g kelas lak ni.. Take care.. salam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...