Salam... Pekabo sume? Harap-harap sihat je..hihihi.. Aku baru je balik dari Bukit Larut, Perak. Best nak mampus dok atas sana. Cam dok kt London lak, SEJUK!!! hehehe
Dah lama dah hajat nak ke sana. Akhirnya tercapai jugak walau rintangan 2 memang KAW2.. Tapi alhamdulillah, Allah tunaikan jugak hajat ku.. Alhamdulillah.. Lepas bersiap, kami bertolak jam 7.30 pagi. Dalam perjalanan, aku agak risau sebab takut lewat sampai. Kalau lewat, abis la kene bayar RM200.. huhuhu.. Namun Alhamdulillah, Allah bantu lagi..
Kat atas sana, bnyak kenangan dapat aku rakam dalam memori dan kamera aku. Ditambah lagi dengan kehadiran Aiman, aku dapat merasa betapa manisnya ukhuwah kami.. Kiranya objektif utama program ni tercapai iaitu menjernihkan ukhuwah yang telah terbina sebelum ni kat Gua Musang. Aku yakin, bila ukhuwah ni dah pulih, gerak kerja seterusnya iaitu tarbiah dapat dimulakan dengan segera. Tanpa tarbiah, ukhuwah ni akan jadi sia2 je.
Kat atas sana jugak, aku sempat jugak call si dia.. hihi.. Saje je tanya kabo ye sebab da masuk UIA Kauntan sekarang ni.. Ad jugak angan2 ( dalam kepala aku je...) klu nak honeymoon, nk g sna tp rse susah sket kot sebab nak naik atas tu jalan Masya Allah.... huhu.. Kang nt mabuk lak si dia..hihihi.. Tapi tempat ye memang best la.. Dah la sejuk.. Dari atas tu, leh nampak bandar Taiping. Lawo tol nak2 time malam.. Lampu bergemerlipan.. huhu.. Tapi klu nak g aku gan ye je bahaya jugak sebab atas tu memang xde orang. huhu..
>> Dah la koya Fahmi oi! Sape ler nak kt mu ni.. hahahaha
Bila turun, sempat jugak kami ke zoo taiping. Aku ambil gambar dengan ular sawa woo!! hehe.. Best jugak la.. Kali pertama pegang ular.. hehe.. Rase nak pegang lagi la.. hehehe..
Tapi bagi aku, ni la proses aku belajar untuk matangkan diri dan pemikiran aku, tambah ilmu dan kemahiran.. Sebab ni sume xkan ada dalam bilik darjah, xkan ada dalam lecture, xkan ada kt tenet or mana2 pun.. Sebab ia adalah pengalaman.. Pengalaman bagaimana kita mengurus suatu perkara.. Walaupun ia susah, namun ia amat berharga untuk kita tingkatkan diri dalam hidup kita.. Aku suka belajar melalui pengalaman, kajian dan pemerhatian. Pengalaman aku sendri dan jugak pengalaman orang lain. Kajian bagaimana setiap perkara berlaku dan pemerhatian terhadap semua benda di sekitar aku termasuk alam dan manusia. Banyak kita akan jumpa dan betapa hidup ni amat kompleks dan warna warni.. Hanya usaha kita dan takdir yang telah ditetapkan oleh Ilahi akan menentukannya.. kan?
okla, nak rehat da ni penat... hehehe
salam
No comments:
Post a Comment