Wednesday, 22 July 2009

Antara Atas dan Bawah

Salam...
Semalam ( 21.7 ) genap sebulan aku memegang jawatan Timbalan Pengerusi 1 dalam Rakan Masjid. Satu tempoh yang bagi aku amat singkat namun aku puas dalam menjalankan amanah ini. Banyak ilmu yang dapat aku belajar, banyak perkara yang dapat aku faham, banyak emosi yang dapat aku rasa.. Semua ni mengajar aku erti kehidupan yang penuh warna-warni yang kadang-kadang kita terkeliru dengan warna yang muncul di hadapan kita..
Sejak dari awal lagi, aku memasang cita-cita yang besar untuk Rakan Masjid. Angan-angan inilah yang membawa aku untuk berusaha gigih dalam membina kekuatan untuk Rakan Masjid. Kekuatan yang akan digunakan untuk mencapai matlamat BIAH ISLAMIAH di IPGMKB. Kekuatan yang akan digunakan untuk berdakwah, bertarbiah dalam membawa warna baru dalam setiap hati, jati sahabat-sahabat dan rakan-rakan di sini agar dapat melihat dan memahami ISLAM IS THE WAY OF LIFE!
Namun ini semua aturanNYA.. Aku hanya perantara untuk sampaikannya sahaja. Aku sedar itu. Tanpa inayahnya, petunjuknya, aku xkan mampu lakukan apa sekalipun walau hanya untuk memikirkan 1idea. Dan semua idea, cadangan dan setiap perkara yang telah, sedang dan akan aku utarakan hanyalah dari Allah. Aku doa'kn aku akan sentiasa mendapat petunjuk dan panduan dariNYA.. amin...
Dalam meniti detik-detik yang telah berlalu, aku berharap setiap apa yang aku laburkan, apa yang aku hulurkan, apa yang aku korbankan akan menjadi saham untuk ku di akhirat kelak, diterima oleh Allah. Aku mengerti, jika dibandingkan dengan pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah, para shuhadah di Palestin, di Mesir, di Iraq, di Chehnya, di Eropah dan di tanah airku sendiri, amat sedikit. Namun hanya ini kemampuanku sekarang. Insya Allah, mungkin dilain kesempatan, aku mohon, Allah berikan kepadaku sedikit kekuatan, sedikit hidayah untuk aku kuat melawan hawa nafsu yang cemburu dengan kebaikan.
Dalam 30 hari ini, aku dapat melihat, bagaimana pemandangan dari atas iaitu sebagai ketua atau pemimpin dan bagaimana pemandangan dari bawah iaitu sebagai pengikut atau orang bawah. Satu perkara yang cukup berbeza namun amat bermakna dan menimbulkan persoalan, bagaimana kita mahu mengadun kedua-dua perbezaan ini menjadi satu senjata yang ampuh? Aku melihat kepada dua faktor yang akan menjadi penentu kepada kejayaan dan jugak kegagalan.
Yang pertama adalah ikatan ukhuwah. Satu ikatan yang kita bentuk untuk mengikat tali persaudaraan, persahabatan antara satu sama lain. Jika ia kukuh, kita akan dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Namun jika ia longgar, ia akan membawa satu organisasi kepada kehancuran. Di dalam Rakan Masjid, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, kami berjaya mengikat kembali ukhuwah antara ajk dan amt.
Yang kedua adalah sistem berorganisasi. Sistem merupakan suatu perancangan yang kita bina untuk membantu kita menjalankan kerja-kerja dengan teratur dan sistematik. Sistem yang dibina juga mestilah bersesuaian dengan kekuatan dan persekitaran kerja kita. Aku sekarang dalam proses membina sistem-sistem yang boleh membantu Rakan Masjid. Alhamdulillah, beberapa sistem telah berjaya dilancarkan dan dijalankan. Makin ramai yang mula celik, mula sedar kepentingan sistem dalam berorganisasi.
Masih banyak perkara yang sedang bersarang, berlegar dalam kepala aku ni, untuk aku lontarkan. Namun aku juga perlu bersikap realistik, sedar akan kemampuan sekarang. Aku faham itu. Sebab itulah, aku dan sahabat-sahabat lain sedang cuba membuat persiapan, membina kekuatan untuk bersedia ke fasa seterusnya, dengan matlamat, biar Islam menjadi teras di IPGMKB.. amin..
Oklah, selamat menyambut sebulan pemegangan jawatan timbalan pengerusi 1.. hehehe.. Fahmi, teruskan usaha, jangan putus asa, kuatkan semangat, teguhkan hati, ok?hihi
salam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...