Salam.. Minggu ni intake baru masuk IPGMKB.. Dan kesunyian kt asrama makin mula melarikan diri.. hehe.. Dalam 280 lebih pelajar baru yang masuk.. Jumlah yang cukup besar dan paling ramai dalam sejarah.. Tapi sayang, aku tengok pengurusan time ni amat lemah dan teruk berbanding yang lepas. Tah apa yang silap dan yang pasti akan memberi kesan kemudian hari.
RM hanya ditugaskan untuk slot marhgrib dan subuh. Ok jugak xdela nanti kami cam lipas kudung bahagi AJK2.. Tambah lagi kami masih penat kerana kerja-kerja yang lepas. Cuma ari khamis ni ada slot dengan dorang bersama kesas dan jpp. Aku harap dorang akan dapat best looking for RM.. Amin..
Aku melihat intake yang baru ni suatu yang amat unik. Dah 2-3 hari ni, aku dapat melihat terdapat potensi-potensi yang besar dan pada masa yang sama, terdapat sekelompok yang lain, akan menjadi nila yang akan mengotori susu. Terdapat jugak kelompok yang agak asing di IPGMKB, non-muslim. Dalam intake ini, dalam 15orang non muslim yang aku anggap, suatu yang penting. Tah mengapa, hati aku kuat mengarahkan aku cuba membawa fokus kepada kelompok dorang ni. Dan aku mengerti apa maksudnya. Cuma sekarang, bagaimana aku akan mengaplikasikan fokus ini dalam platform RM ini... Bagaimana aku boleh mengeksploitasikan potensi-potensi yang ada untuk menguatkan RM dalam membantu mewujudkan iklim Islamiyah di IPGMKB ni sebelum aku melangkah keluar nanti.. Dan bagaimana perancangan untuk menyelamatkan kelompok yang telah tergelincir dari landasan yang benar..
Aku memohon ya Allah,
berilah aku kekuatan, pedoman dan petunjuk,
dalam aku cuba menegakkan agamaMU ya Allah...
Hanya padaMU aku memohon dan aku berserah...
Kerana aku hanya seorang hamba yang tiada apa-apa melainkan pemberian dan rahmatMU..
Amin...
Em Nuha dah balik rumah 14/7 baru ni.. Insya Allah aku akan balik petang Khamis ni lepas sesi dengan intake ni kt dewan..insya Allah.. Dah lama tak jumpa ye, cubit hidung ye... hahaha.. Aku adalah abang yang suka usik adik-adik!!! huahuahuahuahua
Seminggu dua ni aku selalu dengar lagu Rossa- Terlalu Cinta.. Tah kenapa lagu tu cam menyentuh hati aku.. Yup! kerana aku cuba jauh dari si dia, namun aku tak daya dari tidak mengingatinya, merinduinya.. Aku mohon ampun Ya Allah.. Maafkan aku kerana sesungguhnya aku terlalu cinta dia.. Cam lirik lagu tu.. hmmm..
Berikan kekuatan untuk ku Ya Allah...
Jangan lagi aku akan menjadi punca kepada dia berdosa padaMU..
Dan hanya padaMU aku berserah,
agar aku tabah dalam menahan rasa cinta, sayang, rindu ini..
Dan hanya padaMU aku berserah,
agar si dia tabah dan selamat dalam menjalani kehidupannya..
Kerana aku tahu, cintaMU sayangMU padanya lebih besar dari cintaku ini..
No comments:
Post a Comment